KelabMama

Buat Orang Kelainan Upaya, Jangan Risau Lagi: Mohon Roadtax Percuma Di JPJ

Semestinya, kemudahan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) perlu dititikberatkan. Berita baik untuk ibu bapa dan penjaga OKU, kini mereka dapat kemudahan mendapat cukai jalan percuma ini, ia dapat meringankan beban mereka dan sekeluarga. Tetapi insurans harus dibayar. Hanya roadtax sahaja yang dapat pengecualian tau Mama.

Sejak 15 Mac 2022, Mama sudahpun boleh memohon untuk pengecualian cukai jalan. Mama nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca di bawah.

Pengecualian Roadtax

Bukan roadtax RM2 je dapat percuma, roadtax Honda Accord Rm536 setahun pun dapat percuma. Roadtax sahaja, bukan INSURAN. Sebab ramai yang tanya,

Insuran kena bayar jugak ke?

Ya, insuran masih kena bayar. Roadtax sahaja percuma. Masih ramai lagi yang tak tahu untuk roadtax percuma bagi ibu bapa yang mempunyai anak OKU. Bukan untuk oku sahaja yang layak mohon, ibu ATAU bapa ATAU penjaga pun layak mohon. Dengan syarat waris yang didaftarkan di JKM mestilah nama pemilik kenderaan.

Contoh, Ali ada anak OKU berumur 5 tahun. Dalam sistem JKM Ali sebagai waris. Kereta atas nama Ali, dan Ali ada lesen memandu. Secara automatik Ali layak memohon roadtax percuma dengan syarat kereta tersebut buatan Malaysia atau pemasangan tempatan.

Dokumean Yang Perlu Dibawa Bersama Ke JPJ

Kredit gambar: Shutterstock.com

Bagi waris yang nak mohon roadtax percuma, boleh mohon di JPJ CAWANGAN atau JPJ NEGERI sahaja. UTC memang tak boleh ya. Bawa dokumen original dan salinan 1 keping.

  1. Kad OKU
  2. IC OKU
  3. IC waris
  4. Lesen waris
  5. Geran
  6. Isi borang permohonan di kaunter JPJ

Syarat Permohonan Pengecualian Cukai Jalan Bagi OKU

Kredit: Facebook Akhi Akmal

Ada beberapa syarat yang perlu Mama pertimbangkan, antaranya adalah:

  1. Ada lesen memandu.
  2. Individu OKU atau ibu bapa dan penjaga atau pasangan telah berdaftar dan mempunyai rekod dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  3. Kenderaan mestilah berdaftar dan dilesenkan atas individu OKU yang memohon.
  4. Kenderaan mestilah yang telah diubahsuai khas untuk kegunaan individu OKU atau
  5. Kenderaan pemasangan tempatan dan kenderaan nasional sahaja.
  6. Hanya satu kenderaan kereta dan satu motosikal sahaja untuk satu permohonan.

Permohonan hanya sekali sahaja boleh digunakan. Contoh sekiranya oku tu sendiri nak mohon untuk dirinya, waris dah kira tak layak.

Jika Mama nak lebih info tentang ini, boleh klik di sini.

Pesan Mama Siti:

Pasti ramai lagi tidak tahu yang ibu bapa atau penjaga boleh memohon pengecualian cukai jalan ni. Jom serbu JPJ selepas ini!

Kredit: Akhi Akmal


Dapatkan panduan berguna lagi DI SINI.