KelabMama

RISIKO SI KECIL BERDENGKUR BOLEH HENTIKAN NAFAS KETIKA TIDUR

Alangkah  seronok perasaan ibu bapa apabila melihat gelagat si kecil mereka yang sedang tidur nyenyak tiba-tiba berdengkur. Ia pasti membuatkan ibu bapa tersenyum kerana situasi itu mungkin melucukan. Tetapi, jangan pula anda bergembira terlalu awal. Ada sebab mengapa keseronokan awal itu tidak kena pada tempatnya. Kalau dengkuran orang dewasa dikatakan mampu memekakkan telinga dan mengganggu lena orang yang tidur di sebelahnya, dengkuran si kecil juga bukan sekadar satu senario kosong yang mencuit hati.

 

GANGGUAN TIDUR

Sebaliknya, harus timbul kesangsian dan persoalan jika keadaan yang serupa berlaku pada anak anda. Sebabnya, berdengkur merupakan antara simptom klasik kepada sejenis gangguan tidur yang serius, apnea tidur obstruktif (OSA). Berasal daripada perkataan Greek, apnea membawa maksud tanpa angin. Dengkuran berlaku apabila udara gagal bergerak secara bebas di dalam rongga hidung dan mulut seseorang pesakit.

Dalam gangguan tidur, pesakit lazimnya berdepan dengan beberapa episod pernafasan terhenti seketika sewaktu tidur. Tempoh penghentian aktiviti bernafas boleh berlaku selama sepuluh saat atau lebih daripada itu. Malah, dalam sesetengah kes, mangsa dilaporkan mengalami episod pernafasan terhenti sebanyak tiga hingga 300 kali semalam. Meskipun kerap berlaku pada golongan orang dewasa khasnya lelaki pertengahan usia, OSA juga boleh menjadikan kanak-kanak sebagai mangsanya.

 

PUNCA OSA

 

KAJIAN PERUBATAN

 

SEGERAKAN RAWATAN

Ibu bapa perlu lebih peka terhadap simptom-simptom OSA agar anak boleh dirujuk kepada pakar bedah ENT secepat mungkin. Diagnosis akan dibuat bagi mengesan kebengkakan tonsil dan adenoid, masalah jantung, tekanan darah tinggi dan tumbesaran terencat.

Anak dengan masalah OSA juga ada ‘wajah Adenoid’ iaitu muka yang panjang dengan pipi mendatar. Mulut mereka juga sentiasa ternganga dengan bibir bawah yang tebal. Keadaan ini berpunca daripada tempoh pernafasan menggunakan mulut yang lama dan kemasukan sedikit udara ke dalam bahagian sinus maksilari.

Kaedah rawatan utama untuk kanak-kanak biasanya adalah pembedahan bagi membuang tonsil dan adenoid yang membesar. Kedua, Tan menyarankan agar anak sentiasa mengekalkan berat badan yang sihat.

 

PENCEGAHAN

 

 

 

 

Sumber: Kosmo