KelabMama

Berikan Reward kepada Anak-anak yang Berpuasa: Mendorong Semangat Mereka

beri reward untuk anak-anak yang berpuasa

Salah satu cara untuk Mama Papa tarik minat anak-anak untuk berpuasa adalah dengan memberikan reward sebagai penghargaan atas usaha mereka yang berjaya berpuasa.

Ini bukan reward untuk rasuah anak-anak puasa tau! Ia hanyalah sebagai pembakar semangat mereka untuk berpuasa. Bila lama-lama mereka akan mula belajar puasa dengan ikhlas kerana Allah Taala.

Kenapa Perlu Berikan Reward?

Kredit Gambar: Radar Bangkalan

Memberikan reward kepada anak-anak boleh memberi impak positif untuk menguatkan semangat mereka untuk terus kekal puasa sepanjang hari.

  1. Meningkatkan Motivasi: Reward dapat menjadikan insentif yang baik bagi anak-anak untuk terus berpuasa dengan penuh semangat tanpa merungut untuk berbuka.
  2. Memperkuat Rasa Percaya Diri: Mendidik mereka untuk percaya kepada diri mereka bahawa boleh untuk berpuasa walaupun penat dengan aktiviti di sekolah.
  3. Membangun Hubungan yang Positif: Berikan reward boleh menjadi cara untuk memperkuat hubungan antara Mama Papa dan anak-anak.
  4. Menanam Nilai-nilai Positif: Dengan reward ni juga, Mama Papa dapat mengajarkan kepada anak-anak pentingnya pengorbanan, kesabaran dan penghargaan atas usaha yang kita lakukan.

Idea Reward untuk Anak-anak yang Berpuasa

  1. Pujian: Mama Papa berikan mereka pujian atas kesabaran mereka seharian menahan lapar dan masih lagi melakukan aktiviti seperti biasa.
  2. Hadiah kecil: Mama Papa berikan hadiah kecil kepada mereka selepas berbuka, seperti coklat, mainan atau buku kepada mereka sebagai tanda berjaya puasa pada hari tersebut.
  3. Iftar istimewa: Mama buatkan menu yang spesial atau masakan makanan kegemaran anak-anak sebagai tanda menghargai kejayaan mereka melengkapkan puasanya pada hari tu. Atau Mama Papa bawak anak-anak iftar di luar, iftar ala-ala picnic dekat Putrajaya confirm anak-anak suka.
  4. Perjanjian: Lakukan satu perjanjian, kalau mereka berjaya puasa sehingga 30 hari atau jumlah yang ditetapkan Mama Papa akan hadiahkan sesuatu kepada mereka.
  5. Wang Tunai: Mama Papa berikan reward dalam bentuk wang RM2 untuk satu hari pun sudah memadai, tetapi wang yang diberikan akan dimasukkan dalam tabung simpanan mereka, ini akan menarik minat mereka untuk terus puasa esok hari dan mengajar mereka untuk menabung jugak tau.

Reward tidak semestinya dalam bentuk wang je, ada pelbagai reward yang Mama Papa boleh berikan. Reward ni pun salah satu cara yang berkesan untuk menggalakkan semangat, kesabaran dan keyakinan mereka sepanjang bulan Ramadan ni.

Tapi kalau anak-anak Mama Papa sudah tidak bertenaga untuk teruskan puasa jangan paksa mereka ye. Biarkan mereka belajar berpuasa slow slow, nanti kelamaan mereka akan terbiasa.

Dengan berkat didikan dan kesabaran Mama Papa yang layan karenah anak-anak sepanjang bulan Ramadan ni, boleh berikan anak-anak menikmati dan menghargai detik-detik berharga sepanjang bulan mulia ni.


Apa waktu mustajab untuk Mama Papa berdoa di bulan Ramadan? Klik di SINI.