KelabMama

Pilihan Restoran Menarik Untuk Makan Malam Krismas atau Sambutan Tahun Baru Bersama Keluarga

Mama dah rancang ke get together bersama keluarga tercinta pada Krismas dan tahun baru ni? Kalau belum lagi, meh sini Mama Siti tolong~

10 Restoran Menarik Untuk Makan Malam Krismas & Tahun Baru

 #1 Lady Yi’s Tea House, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur

Kredit gambar: Four Points by Sheraton Kuala Lumpur

Lebih sukakan minum petang daripada makan tengah hari ataupun makan malam? Jom datang ke Lady Yi’s Tea House.

Terletak di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur diinspirasikan oleh budaya Peranakan yang kaya dan pelbagai hidangan yang menarik dinantikan oleh pengunjung mereka.

Pada Krismas juga mereka mempunyai hidangan eksklusif tau!

Alamat: 2, Jalan Balai Polis, Pusat Bandar, 50000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Harga: RM161 per pax

 #2 Lobby Lounge, Shangri-La Kuala Lumpur

Kredit gambar: Shangri-La Kuala Lumpur

Pencuci mulut yang dihiasi dengan tema Krismas mesti Mama tak boleh lepaskan peluang ini! Sesuai sangat untuk Mama sambut Krismas bersama rakan-rakan dan keluarga. Hidangan istimewa yang mereka ditawarkan adalah

Mesti tak boleh miss yang ni Mama!

Alamat: Aras Lobi, Hotel Shangri-La, No 11, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur.
Harga: RM160 satu set

 #3 Pampas Boutique Steakhouse, Publika

Kredit gambar: Eatigo

Terletak di Publika Mall, steakhouse ini mempunyai suasana yang romatis untuk Mama dan Papa!

Dengan haisan perabot yang elegant Mama dapat nikmati hidangan mereka seperti menu pasta mereka, makanan laut dan barisan signature steak mereka.

Apa tunggu lagi, jom serbu!

Alamat: A4-01-07, Blok A4, Publika Mall, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur
Harga: Dari RM50+ seorang

 #4 Palms Cafe, Palm Garden Hotel Putrajaya

Kredit gambar: Palm Garden Hotel Putrajaya

Dengan cuti sekolah sekarang, jom tempah percutian ke Palm Garden Hotel Putrajaya dan nikmati hidangan bufet Krismas yang mewah di Palms Cafe, kedai makan sepanjang hari yang mewah yang terletak di dalam Palm Garden Hotel.

Dengan pemandagan hijau IOI Resort City, Mama mesti dapat nikmati masa bersama keluarga. Hidangan Krismas dan pencuci mulut perayaan ini menanti Mama.

Alamat: Palm Garden Hotel, IOI Resort City, 62502, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Harga: Dari RM111 setiap orang

 #5 SPICES, Furama Bukit Bintang

Kredit gambar: Klook

Terletak dia bandaraya Kuala Lumpur, Furama Bukit Bintang Mama dapat nikmati hidangan perayaan yang pelbagai!

Bufet mereka menawarkan menu barat dan pencuci mulut yang confirm sesuai dengan selera Mama.

Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai persembahan muzik live serta cabutan bertuah tau! Mesti mama akan love the ambiance.

Alamat: No 136, Jalan Changkat Thambi Dollah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Harga: RM96 per pax

 #6 LINK, Pullman Kuala Lumpur Bangsar

Kredit gambar: Pullman Kuala Lumpur Bangsar

Akhiri tahun 2022 Mama dengan manis bersama bufet perayaan Pullman Kuala Lumpur Bangsar.

Tak kisah untuk makan tengah hari atau malam, nikmati sajian mereka daripada pastri manis, biskut gula, pelbagai kuih balak, daging serta festive roast yang mereka tawarkan.

Selain itu, mereka juga menawarkan makanan laut segar dan chocolate fountain yang mengalir secara berterusan. Wow! Mesti akan menjadi kegemaran anak Mama.

Alamat: No 1 Jalan Pantai Jaya Tower 3, 59200 Kuala Lumpur
Harga: Dari RM123 setiap pax

 #7 Swez Brasserie, Eastin Hotel Kuala Lumpur

Kredit gambar: Eastin Hotel Kuala Lumpur

Mama craving makanan sempena perayaan Krismas ni? Pelbagai sajian yang menanti Mama dan sekeluarga di Hotel Eastin Kuala Lumpur. Terdapat Bufet Holly Jolly Xmas istimewa yang terdiri daripada:

Tunggu apa lagi Mama, jom tempah sekarang!

Alamat: 13, Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor
Harga: dari RM98 per pax

 #8 Le Méridien Petaling Jaya

Kredit gambar: Le Méridien Petaling Jaya

Semuanya lengkap di Le Méridien Petaling Jaya dengan sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam.

Tahun ini, mereka menawarkan menu bufet perayaan yang sangat meriah seperti daging panggang dan gula-gula Krismas yang mereka tawarkan mereka!

Bukan itu sahaja Mama, selain bufet Krismas, Mama juga boleh tempah minum petang di lobi mereka. Kurlass gitu!

Alamat: Le Méridien Petaling Jaya, Paradigm, 1, Jalan SS 7/26, SS7, 47301 Petaling Jaya, Selango
Harga: Dari RM111 per pax

 #9 Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Kredit gambar: Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Salah satu tempat yang menarik untuk sambut perayaan yang bermakna ini dengan keluarga tercinta. Untuk tahun ini, mereka melancarkan menu perayaan untuk Krismas dan Tahun Baru, lengkap dengan kegemaran klasik seperti:

Dan banyak lagi! Haa, siapa cepat dia dapat~

Alamat: 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur
Harga: Dari RM120 per pax

 #10 Latest Recipe, Le Méridien Putrajaya

Kredit gambar: Le Méridien Putrajaya

Datanglah ke bufet La Fete di Latest Recipe, Le Méridien Putrajaya. Mereka mempunyai pelbagai hidangan yang menanti Mama. Hidangan yang Mama boleh nantikan adalah seperti:

Bukan setakat menjamu selera sahaja, live music pun ada tau! Barulah sambutan Krismas dan tahun baru Mama lebih bermakna!

Alamat: Le Méridien Putrajaya, IOI City Mall, Lebuh IRC IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Selangor
Harga: Dari RM126 per pax

Wah banyaknya tempat menarik untuk luangkan masa bersama keluarga! Jom tempah sekarang Mama! Nanti fully booked pula.


Tempat menarik mana lagi nak pergi cuti sekolah ni ya? Klik di SINI untuk tengok senarai penuh.