KelabMama

Senarai Restoran Cina-Muslim Yang Halal & Harga Berpatutan di Lembah Klang – Part 1

Tahun Baru Cina nak dekat dah, Mama ada craving makanan cina tak macam dim sum, mantou, dumplings, mapo tofu dan macam-macam lagi. Sebenarnya, sudah banyak restoran Cina-Muslim yang wujud di Malaysia ini yang sesuai dengan citarasa Melayu kita.

Jom baca senarai di bawah.

6 Restoran Cina-Muslim Yang Affordable Mama Perlu Cuba

#1 Amber Chinese Muslim Restaurant

Kredit gambar: Amber Chinese Muslim Restaurant

Cari tempat untuk raikan Tahun Baharu Cina bersama keluarga dan kawan-kawan Mama? Datanglah ke Amber Chinese Muslim Restaurant! Dengan hidangan yang menarik Mama dapat makan dengan selesa dan rasa mahal.

Banyak menu yang Mama patut nantikan bila datang sini. Cadangan Mama Siti bila Mama datang sini adalah, dumplings, ayam kung pao, penkek kucai dan brokoli tumis dengan cendawan mereka!

Makan pulak dengan nasi panas-panas, wow! Mesti akan datang lagi. Kedai mereka berada di Bangsar South, 1 Utama dan juga Pavilion.

#2 Homst

Kredit gambar: Homst

Antara restoran favourite Mama Siti! Masakan asli cina daripada Chef Yusoff Lau Bin Abdullah, Homst wujud lebih dari 10 tahun yang lalu di Kuala Lumpur.

Antara menu yang menjadi kegemaran ramai adalah, telur kukus, wet buttered chicken, kari kepala ikan, sweet and sour chicken dan HOMST taufu. Mama juga perlu try roti ban ayam BBQ mereka!

Mereka mempunyai beberapa cawangan seperti di TTDI, Wangsa Maju, Kampung Baru, Bangi, Putrajaya, Cyberjaya dan macam-macam lagi. Singgah jangan tak singgah Mama~

#3 Dolly Dim Sum

Kredit gambar: Dolly Dim Sum

Menjadi kegemaran majoriti orang Malaysia, kedai Dolly Dim Sum tidak pernah sepi! Dengan suasana yang eksklusif, memang tak dinafikan makanan mereka pun sedap hingga tak terkata.

Menu kegemaran orang ramai adalah roti kastard telur dengan karamel kuning telur masin yang manis. Satu lagi, Mama perlu cuba shu mai yang disedia Dolly Dim Sum.

Kalau datang sini, memang wajib order yang ni! Hidangan Mama mesti tak lengkap tanpa hidangan pencuci mulut kan? Orderlah mochi durian snowflake dan tembikai snowflake untuk lengkapkan hidangan Mama.

Restoran Dolly Dim Sum berada di Avenue K, Nu Sentral, Sunway Putra, Pavilion KL, KL East Mall dan macam-macam lagi! Jom serbu sekarang~

#4 Restoran Lamb Shepherd

Kredit gambar: Restoran Lamb Shepherd

Lamb Sheperd mempunyai pelbagai hidangan masakan Cina asli oleh Cina Muslim dari China. Ia terkenal dengan dumpling sup, kambing goreng cili api, cendawan goreng dan terung rebus mereka.

Kedai mereka berada di Jalan Genting Klang, Desa Setapak. Datang la bersama keluarga Mama kalau nak rasa makanan cina muslim asli!

#5 Chopsticks by Muhammad Oon

Kredit gambar: Chopsticks by Muhammad Oon

Jika Mama nak makan nasi berlauk masakan cina, boleh la kunjung ke sini! Hidangan makanan laut pun ada! Termasuklah ketam dan sotong.

Kalau Mama taknak makan lauk pun, boleh jugak order hidangan a la carte yang mereka seperti nasi goreng dan mi sup. Ramai pengunjung memesan cili padi & bawang putih lala, baby crab goreng, kari sayur claypot, mee Hokkien dan otak-otak. Restoran ni terletak di Taman Tun Dr Ismail. Kalau Mama dekat, boleh la singgah!

#6 MALATOOP

Kredit gambar: Malatoop

Restoran Cina-Muslim terbaharu di TTDI! Jika Mama suka pedas, sinilah tempat yang Mama perlu datang. Bahan mereka menggunakan lada Sichuan yang pedas memang meletop!

Mama boleh pilih tahap kepedasan dia juga seperti Malatoop bowl yang mempunyai di empat tahap kepedasan. Pelbagai pilihan hidangan lagi yang Mama patut cuba di sini. Mesti tak menyesal punyalah~

Mujurlah ada senarai ni, boleh Mama rancang nak makan apa weekend Tahun Baru Cina ni! Semoga bermanfaat~


Restoran mana lagi best? Jom klik di SINI!