KelabMama

Resepi Bayi 7 Bulan Ke Atas Untuk Mama Cuba!

15 resepi bayi 7 bulan ke atas

Image from Adobe Stock

Resepi bayi 7 bulan ke atas ni pasti membantu mama untuk lebih kreatif dalam menyediakan menu si manja. Apabila si manja kian membesar, selera si manja juga kian berubah. Sebagai mama, kita mesti nak berikan makanan yang terbaik untuk si manja dan pada masa yang sama dapat menarik minatnya.

Perkongsian dari seorang mama, Puan Rosma Aiza telah memberi idea yang menarik untuk menu si comel. Kombinasi menarik dan sihat ini amat mudah untuk dibuat oleh para mama. Jom kita tengok 15 variasi resepi bayi 7 bulan keatas. Manalah tahu resepi ni nanti boleh pikat selera si manja mama.

Resepi Bayi 7 Bulan Ke Atas

#Jejari Kentang

Bahan-bahannya :

  1. Satu biji kentang
  2. Dua sudu tepung jagung
  3. Lobak Merah
  4. Brokoli

Cara-caranya :

  1. Kukus lobak merah dan brokoli untuk beberapa minit
  2. Kemudian cincangkan kedua bahan itu
  3. Rebuskan ubi kentang sehingga lembut
  4. Setelah masak, lenyekkan ubi kentang dan campurkan tepung jagung, lobak dan brokoli.
  5. Uli sehingga sebati dan bentukkan menjadi jejari panjang
  6. Untuk penyediaannya, jejari ini digoreng sehingga keemasan

#Tofu Buah

Bahan-bahannya :

  1. Tofu Organik
  2. Buah – mengikut kesukaan anda

Cara-caranya :

  1. Tofu perlu distim selama 10 minit
  2. Kisarkan buah tanpa air
  3. Campurkan kedua-dua bahan dan sedia untuk dihidangkan

#Mee Bolognese

Bahan-bahannya :

  1. Mee Bayi Organik
  2. Ayam
  3. Bawang Putih
  4. Bawang Merah
  5. Lobak Merah
  6. Brokoli
  7. Tomato Ceri
  8. Mirepoix
  9. Chicken Feet Stock (CFS)
  10. Pes Tomato
  11. Oregano
  12. Unsalted Butter

Cara-caranya :

  1. Cincangkan bawang putih dan bawang merah dan tumiskan bersama unsalted butter
  2. Bila dah naik bau, masukkanb cfs, mirepoix dan pes tomato
  3. Biarkan seketika dan masukkan ayam serta lobak merah
  4. Tambahkan sedikit air
  5. Kemudian, masukkan brokoli dan tomato
  6. Sambil itu, panaskan air untuk merebus mee.
  7. Bila air sudah mendidik, masukkan mee dan biarkan sehingga lembut

Tambahan: Buah naga sebagai snek

#Nasi Jagung & Ayam Grill

Bahan-bahannya :

  1. Beras
  2. Ayam
  3. Jagung
  4. Brokoli
  5. Bawang Putih
  6. Halia
  7. Mirepoix
  8. Mixed herbs
  9. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)

Cara-caranya :

  1. Masak bubur nasi seperti biasa
  2. Apabila nasi sudah mendidih masukkan jagung dan mirepoix.
  3. Sambil itu, perapkan ayam bersama bawang putih, halia dan mixed herbs
  4. Kemudian grillkan ayam di atas daun pisang
  5. Stimkan brokoli sehingga lembut
  6. Campurkan semua bahan dan kisarkan mengikut kesesuaian bayi anda
  7. Titiskan evoo dan sedia untuk dihidangkan

Tambahan: buah untuk snek

#Mee Sup Ayam

Bahan-bahannya :

  1. Mee Organik Bayi
  2. Ayam
  3. Chicken Feet Stock (CFS)
  4. Bawang Putih
  5. Bawang Merah
  6. Brokoli
  7. Sawi Pak Choy
  8. Tomato Cherry
  9. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)

Cara-caranya :

  1. Panaskan air dan rebuskan mee sehingga lembut
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah dengan minyak masak
  3. Masukkan CFS  dan tambahkan sedikit air
  4. Biarkan mendidih dan masukkan pula ayam dan biarkan seketika
  5. Masukkan brokoli, sawi dan tomato
  6. Campurkan mee bersama sup dan kisarkan mengikut kesesuaian bayi anda

Tambahan: betik untuk snek

#Bubur Nasi & Tomyam Ayam

Bahan-bahannya :

  1. Beras
  2. Ayam
  3. Bawang putih
  4. Bawang merah
  5. Mirepoix
  6. Pes tomato
  7. Daun limau purut
  8. Serai
  9. Lobak merah
  10. Brokoli
  11. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)

Cara-caranya :

  1. Panaskan air dan masukkan bawang putih, bawang merah, serai dan daun limau purut, mirepoix, pes tomato dan lobak merah
  2. Apabila mendidih masukkan ayam dan biarkan sekejap
  3. Masukkan brokoli
  4. Sambil itu, masakkan bubur nasi seperti biasa
  5. Campurkan dan kisarkan ia mengikut kesesuaian bayi anda
  6. Titiskan EVOO dan sedia untuk dihidang

Tambahan: buah delima sebagai snek

#Nasi Ayam

Bahan-bahannya :

  1. Beras
  2. Unsalted butter
  3. Bawang putih
  4. Halia
  5. 4 herba; Bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis
  6. Sup bunjut
  7. Ayam
  8. Mirepoix
  9. Chicken feet stock (CFS)
  10. Batang saderi
  11. Lobak merah
  12. Daun sup

Cara-caranya :

  1. Panaskan unsalted butter dan tumiskan empat herba dan bawang putih
  2. Masukkan sedikit air dan beras
  3. Masukkan pula hirisan halia biarkan nasi masak.
  4. Bagi sup,panaskan air dan masukkan sup bunjut dan lobak merah
  5. Bila air mendidih masukkan pula ayam, diikuti dengan mirepoix, CFS, batang saderi dan daun sup
  6. Campurkan nasi bersama sup dan kisarkan mengikut kesesuaian bayi anda

Tambahan: buah oren sebagai snek

#Ikan Tenggiri Grill & Sup Sayur

Bahan-bahannya :

  1. Beras
  2. Ikan tenggiri
  3. Bawang putih
  4. Ubi keledek
  5. Bayam merah
  6. Bunga kubis
  7. Minyak masak

Cara-caranya :

  1. Ikan tenggiri digrill di atas daun pisang
  2. Bubur nasi dimasa seperti biasa
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih
  4. Kemudian, tambahkan sedikit air dan masukkan ubi keledek
  5. Masukkan kobis bunga dan bayam merah
  6. Campurkan bubur, ikan dan sup sayur dan kisarkan mengikut kesesuaian anak

Tambahan: buah pear untuk snek

#Ikan Tenggiri Stim & Sayur Labu dan Bayam

Bahan-bahannya :

  1. Beras
  2. Ikan tenggiri
  3. Labu
  4. Baby bayam
  5. Mirepoix
  6. Serbuk ikna bilis
  7. Halia
  8. Extra Virgil Olive Oil (EVOO)

Cara-caranya :

  1. Bubur nasi dimasak seperti biasa
  2. Apabila bubur kian mendidih, masukkan labu
  3. Kemudian masukkan baby bayam, mirepoix, dan serbuk ikan bilis apabila bubur hampir masak
  4. Sambil itu, stimkan ikan tenggiri bersama halia
  5. Sejukkan kedua-dua nya kemudian dikisarkan mengikut kesesuaian bayi anda
  6. Titiskan sedikit EVOO sebelum dihidangkan

Tambahan: buah pear sebagai snek

#Ikan Merah Stim Halia & Sayur Campur

Bahan-bahannya :

  1. Beras
  2. Ikan Merah
  3. Ubi Keledek
  4. Kacang Peas
  5. Halia
  6. Tomato Ceri
  7. Mirepoix
  8. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)

Cara-caranya :

  1. Masak bubur nasi seperti biasa
  2. Apabila bubur sudah mendidih masukkan ubi keledek dan kacang peas
  3. Masukkan tomato apabila bubur sudah hampir masak
  4. Kemudian stimkan ikan merah bersama halia
  5. Campurkan kedua-dua nasi dan ikan dan kisarkan mengikgut kesesuaian bayi anda.

Tambahan: buah epal sebagai snek

#Sup Ikan Merah

Bahan-bahannya :

  1. Beras
  2. Ikan merah
  3. 4 herba; bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis
  4. Sup bunjut *jika mahu
  5. Bawang putih
  6. Bawang merah
  7. Halia
  8. Lobak merah
  9. Tomata ceri
  10. Daun sup
  11. Minyak masak

Cara-caranya :

  1. Tumiskan 4 herba tadi bersama bawang dengan menggunakan minyak masak
  2. Masukkan air, sup bunjut dan lobak merah
  3. Apabila air sudah mendidih, masukkan pula ikan merah
  4. Kemudian, masukkan tomato dan daun sup
  5. Bagi bubur, masak seperti biasa
  6. Kemudian kedua-duanya dikisarkan mengikut kesesuaian bayi anda.

Tambahan: buah anggur sebagai snek

#Ikan Singgang & Sayur Sawi

Bahan-bahannya :

  1. Beras
  2. Ikan selar
  3. Bawang merah
  4. Bawang putih
  5. Kunyit hidup
  6. Lengkuas
  7. Asam keping
  8. Sawi pak choy
  9. Extra virgin olive oil (EVOO)

Cara-caranya :

  1. Masak bubur nasi seperti biasa
  2. Sambil itu, panaskan air dan masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan lengkuas yang diketuk serta asam keping untuk singgang.
  3. Masukkan ikan apabila air sudah mendidih
  4. Stimkan sayur sawi sehingga layu
  5. Campurkan bubur, ikan singgang dan sawi untuk dikisarkan mengikut kesesuaian bayi anda
  6. Titiskan EVOO sebelum menghidangkan menu ini

Tambahan: buah mangga sebagai snek

#Bubur Ayam Sayur Campur

Bahan-bahannya :

  1. Beras
  2. Ayam
  3. Baby Bayam
  4. Lobak merah
  5. Mirepoix
  6. Chicken feet stock
  7. Extra virgin olive oil (EVOO)

Cara-caranya :

  1. Masak bubur nasi seperti biasa
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam dan lobak merah
  3. Masukkan pula bayam, mirepoix dan CFS apabila bubur hampir masak
  4. Biarkan menyejuk dan kisarkan mengikut kesesuaian bayi anda
  5. Titiskan EVOO dan sedia untuk dihidang

Tambahan: buah oren sebagai snek

#Bubur Nasi dan Sup Ayam

Bahan-bahannya :

1. Beras
2. Ayam
3. Bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih
4. Bawang merah
5. Bawang putih
6. Lobak merah
7. Bunga kubis
8. Tomato ceri
9. Daun sup
10. Minyak masak

Cara-caranya :

1. Masak nasi bubur seperti biasa
2. Tumis empat sekawan bersama minyak masak dan masukkan bawang putih dan bawang merah.
3. Bila dah naik bau masukkan ayam dan kacau seketika
4. Tambahkan sedikit air
5. Masukkan lobak merah dan bunga kubis
6. Biarkan sehingga mendidih dan sayur menjadi lembut.
7. Masukkan tomato dan daun sup
9. Campurkan bubur nasi dan sup ayam dan hidangkan.

Tambahan: Buah anggur sebagai snek.

#Bubur Nasi, Ikan Tenggiri Grill, Sup Air Sawi dan Brokoli

Bahan-bahannya :

1. Beras
2. Ikan tenggiri
3. Bawang putih
4. Brokoli
5. Sawi pak choy
6. Extra virgin olive oil (EVOO)

Cara-caranya :

1.Ikan tenggiri digrill atas daun pisang
2. Panaskan air dan masukkan bawang putih yang diketuk
3. Masukkan brokoli dan biarkan sehingga lembut
4. Kemudian masukkan sawi pak choy
5. Boleh masukkan serbuk ikan bilis jika mahu
6. Bubur nasi dimasak seperti biasa
7. Campurkan dan kisar mengikut kesesuaian bayi
8. Siap untuk dihidang dengan titisan EVOO

Tambahan: Buah delima sebagai snek.

Semoga dengan 15 resepi bayi 7 bulan keatas ni dapat memberi manfaat kepada mama di luar sana dan juga menaikkan selera si manja mama.

Selamat mencuba!

Sumber: Rosma Aiza

BACA JUGA TUKAR TEKSTUR MAKANAN BAYI MENGIKUT UMUR

Pesan Mama Siti

Bagi mengekalkan kesegaran makanan si comel, mama semua boleh memasak dengan sedikit lama. Diharapkan ‘posting’ ini dapat merungkai kebuntuan ibu-ibu di luar sana. Di samping memilih makanan yang berkhasiat untuk kesihatan mereka, ibu-bapa juga perlu peka dengan kebersihan mainan si manja. Rajinkan untuk disinfeksi mainan anak. Ikuti cara disinfeksi mainan di sini.