KelabMama

Resepi Dari Mama – Ayam Black Pepper Panggang Yang Juga Sesuai Untuk Ibu Berpantang

Kredit gambar: Facebook Atie SweetChocbakeries

Banyak resepi tentang ayam black pepper seperti Chinese style, Ala thai dan macam-macam lagi. Adakah Mama tahu lada hitam sangat bagus untuk Mama yang sedang berpantang? Kali ini, kita akan masak ayam black pepper yang crispy di luar dan juga juicy di dalam!

Sebelum itu, jom kita lihat tengok dahulu tentang kebaikan lada hitam terutamanya untuk wanita berpantang.

Kebaikan Lada Hitam

Banyak khasiat lada hitam ni tau Mama, ia boleh membantu dari segi kesihatan tulang, penyembuhan luka dan juga metabolisme! Ia juga kaya dengan vitamin dan mineral seperti:

Lepas ini Mama boleh la tambahkan lada hitam dalam masakan Mama untuk bantu sembuhkan luka-luka Mama.

Ikuti resepi di bawah daripada #MamaMasakMamaMenang yang dianjurkan Motherhood.com.my. Pasti akan menaikkan selera Mama dan sekeluarga.

Mama juga boleh tambah makanan sampingan seperti sayur-sayuran panggang dan juga kentang putar untuk dimakan bersama ayam black pepper panggang ini! Mama boleh follow je resepi ini kerana sangat senang dan hanya menggunakan oven sahaja.

Resepi Ayam Black Pepper Panggang

Kredit gambar: Facebook Atie SweetChocbakeries

Bahan-Bahan

Cara Memasak

  1. Bersihkan ayam dan gaul semua bahan kecuali kentang dan brokoli pada ayam, dan perap selama 1/2 jam ke 1 jam.
  2. Campurkan kentang dan brokoli, kemudian bakar ayam di dalam oven selama 40 minit pada suhu 200°C.
  3. Kemudian, sedia untuk dihidang bersama sayur-sayuran yang dibakar sekali.

Selamat mencuba Mama! Jom cuba resepi ikan bakar air asam menggunakan air fryer pula!