KelabMama

Tips Renovate Rumah Yang Jimat Dan Kesalahan Dalam Proses Ubah Suai

cara renovate rumah dengan jimat

Kredit gambar: istockphoto

Biasalah, bila dah bertahun tinggal, pasti akan ada kebocoran atau kerosakan dalam ruang rumah yang memerlukan pengubah suaian.

Terfikir juga, alang-alang nak baiki tu, apa kata renovate sikit bahagian tandas ni untuk bagi besar dan tukar design nya serba sedikit.

Tapi risau juga, kot terlebih bajet nanti. Macam mana nak renovate rumah secara jimat ya?

5 Cara Renovate Rumah Dengan Jimat

Boleh sangat lah! Asalkan perancangan Mama dan Papa jelas, plan renovate rumah boleh disesuaikan dengan bajet Mama.

1. Teliti pelan rumah

Kredit gambar: istockphoto

Langkah pertama yang Mama harus buat ialah, teliti, kaji dan nilai pelan rumah Mama. Tengoklah kesemua sudut rumah dari segi ukuran, ruang dan luasnya.

Ada sesetengah ruang tidak sesuai dengan reka bentuk yang Mama mahukan. Sebagai contoh, kalau Mama ingin renovate dan pasang built-in kabinet di dinding dapur, tetapi ruang yang Mama ingin pasang itu adalah ruang di mana tempat tapak suis.

Jadi sebarang proses drilling tidak sesuai dilakukan di situ, risau nanti akan terkena atau ganggu wiring rumah. Haa.. kan bahaya pula nanti.

Jadi, pastikan Mama jelas tentang segala sudut keselamatan dan ukuran pelan rumah dahulu ya?

2. Tetapkan ruang dan features untuk ubah suai

Dah faham dan teliti pelan rumah betul-betul, bolehlah tetapkan;

Di ruang mana nak renovate dan apakah ciri-ciri yang diidamkan?

Jangan terlebih ambitious dan terburu-buru ya. Biar jelas dahulu ruang mana yang Mama nak renovate, satu persatu jika mahu, bergantung kepada bajet Mama.

Katakanlah, Mama mahu renovate dapur kesayangan. Tetapkan dulu tujuan Mama. Jangan nanti bertukar-tukar, tiba-tiba nak renovate billik air pula.

Bila dah jelas objektifnya, senaraikan pula features untuk diubah suai tu. Nak tambah kabinet ke, nak buat dapur luar terbuka ke, apa sahajalah yang diidamkan di hati!

3. Nyatakan bajet anda

Bila dah jelas tentang ruang dan ciri-ciri yang nak diubah suai, barulah boleh tentukan dan tetapkan bajet. Bajet ni mestilah bersesuaian dengan perancangan secara keseluruhannya.

Dalam perkongsian oleh PropertyGuru, berikut adalah anggaran bajet untuk renovate ruang di dalam rumah ya:

Bilik tidur – RM15 000 hingga RM30 000
Dapur – RM20 000 hingga RM40 000
Tandas – RM6000 hingga RM15 000
Ruang tamu – RM10 000 hingga RM30 000

Ini anggaran sekitar bajet yang mungkin habis, tetapi bergantung kepada luas, material yang digunakan dan kos man power. Pada anggaran ini, bolehlah Mama sesuaikan dengan bajet yang Mama tetapkan nanti.

4. Dapatkan panduan dan nasihat yang sepatutnya

Kredit gambar: istockphoto

Perancangan dah ada ni, boleh ke terus renovate? Eh nanti dulu…Mama mestilah dapatkan panduan dan nasihat dari orang sekeliling dan mereka yang arif terlebih dahulu.

Sebagai contoh, jika Mama ada rakan yang dari latar belakang pembinaan dan reka bina, boleh dapatkan pendapat mereka dahulu berkenaan perancangan dan bajet Mama tadi.

Tanyakan kepada ibu bapa dan saudara mara yang pernah renovate rumah. Maklumat harga dan kenalan mereka, mungkin boleh membantu Mama serba sedikit.

Kadang-kadang tu, susah juga nak cari kontraktor di kawasan sendiri yang berpengalaman dan tulus. Bila orang terdekat kita pernah menggunakan khidmat kontraktor yang bagus, mungkin kita pun akan pertimbangkan untuk dapatkan khidmat mereka kan?

Dapatkan panduan dan nasihat yang sewajarnya dahulu ya?

5. Dapatkan sebut harga yang jelas

Dah selesai semuanya dan Mama ingin dapatkan khidmat kontraktor, perkara pertama yang Mama perlu buat adalah jelaskan tentang ubah suaian yang bagaimana Mama mahu, bajet Mama dan dapatkan sebut harga terlebih dahulu.

Biar kesemuanya jelas dan kedua-dua belah pihak faham tentang seluruh proses dan kos renovation ni, barulah boleh teruskan renovate rumah!

3 Kesalahan Renovate Rumah

Selalu je kita dengar mereka di sekeliling kita menjadi mangsa renovation rumah ni. Sama ada salah sendiri ataupun salah pihak kontraktor, banyak je kes macam ni kan?

Jom tengok beberapa kesalahan yang biasa dilakukan bila renovate rumah:

1. Terlebih bajet

Ini yang selalu terjadi. Pemilik rumah selalu je terlebih bajet, mungkin sebab tak tetap pendirian tentang ruang dan features untuk renovation. Akhirnya, terlebih bajet dan timbul masalah lain pula.

2. Guna bahan murah dan tidak berkualiti

Banyak projek renovate rumah bermasalah bila bahan yang digunakan tak berkualiti dan tidak sesuai. Sama ada tuan rumah nak cut budget atau pihak kontraktor yang culas, kedua-duanya akan menyebabkan renovation rumah Mama tidak seperti yang diidamkan.

Bahkan, kalau nak betulkan atau baiki ke apa pula, kos akan lagi mahal nanti.

3. Terlalu percaya kontraktor

Kredit gambar: istockphoto

Rambut sama-sama hitam tetapi hati yang lainnya. Kadang tu, ada je kita dengar kes yang walaupun dan tanda tangan surat perjanjian, masih ada kesilapan dari pihak kontraktor.

Disebabkan itulah, dari awal Mama mestilah dapatkan maklumat jelas tentang khidmat mereka. Dari bajet, bahan-bahan yang digunakan, tempoh masa projek, semuanya lah.

Ini supaya Mama tidak tertipu dan sepanjang proses ubah suai tu, Mama mestilah pantau ya. Pastikan mereka menggunakan bahan-bahan yang telah dijanjikan dengan kemahiran yang sepatutnya.

Renovate Rumah Secara Bijak

Nak renovate rumah ni, bukanlah semestinya perlu bajet yang tinggi. Dengan bajet kecil pun, boleh je ubah suai rumah kita. Tapi janganlah pula mahukan kualiti yang tinggi pada harga yang sederhana ya?

Tengok pada kesesuaian dan utamakanlah keselamatan. Semoga urusan Mama dipermudahkan! Jom baca deco rumah kecil pula!

Sumber: PropertyGuru