KelabMama

RASA SAYANG – BUKU LAGU RAKYAT KANAK-KANAK TEKAN-BUTANG BERBAHASA MALAYSIA PERTAMA DI NEGARA

Tahukah anda apa itu lagu rakyat? Biasanya lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun senario semasa di kawasan tersebut. Lagu rakyat pada suatu ketika dahulu dinyanyikan semasa bermain, mendodoikan anak, hiburan setelah penat membanting tulang dan juga semasa majlis-majlis keraian. Lagu-lagu rakyat juga dilihat amat suka didendangkan secara berkumpulan oleh kanak-kanak di sekolah. Lagu tradisional kanak-kanak seperti ini sebahagian daripada penyatuan identiti budaya kita sebagai warga Malaysia tidak kira bangsa. Contohnya seperti lagu ‘Rasa Sayang’ merupakan lagu rakyat terkenal di Nusantara dan bertahan berabad merentasi Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Tanya sahaja bangsa apa sekali pun, Melayu, Cina, India dan sebagainya pasti tahu akan lagu rakyat ini.

                Demi memperkasakan lagu rakyat agar generasi hari ini tidak melupakannya, wujud sebuah buku berlagu kanak-kanak berjudul Rasa Sayang : Sing-And-Record Fun Book  diangkat menjadi medium terkini seiring dengan ledakan teknologi terkini untuk menghidupkan lagu rakyat agar sentiasa segar. Ditujukan khas kepada bayi seawall 6 bulan, kanak-kanak, ibu bapa dan semua peringkat umur, Rasa Sayang: Sing-And-Record Fun Book adalah produk keluaran Baba Baa di bawah pengurusan Peyron Singapore Pte Ltd. yang mesti anda semua miliki. Buku berlagu ini membolehkan kanak-kanak generasi hari ini mengetahui mengenai lagu warisan budaya mereka dengan cara yang menarik dan menyeronokkan. Pada masa sama, ia turut dipersembahkan dengan ilustrasi seni yang cantik, unik serta berwarna-warni. Ilustrasi kreatif dan meriah dari awal ke akhir buku menjadi daya penarik kepada kanak-kanak untuk merangsangkan imaginasi mereka dan meningkatkan potensi pembelajaran, sambil mereka membaca dan mendengar lagu ini.

                Menariknya, Rasa Sayang: Sing-And-Record Fun Book mempunyai butang dengan simbol tersendiri yang boleh ditekan, sekali gus mendengar alunan instrumen tradisional seperti gamelan dan seruling sebagai muzik latar yang sungguh mengasyikkan. Sebanyak tujuh buah lagu rakyat  kanak-kanak diperkenalkan dalam buku ini iaitu Rasa Sayang, Chan Mali Chan, Burung Kakak Tua, Anak Itik Tok Wi, Lenggang Kangkung, Bengawan Solo dan Gelang Sipaku Gelang.

                Terjemahan Bahasa Inggeris untuk lirik Bahasa Malaysia turut disertakan bagi memberi lebih manfaat kepada proses pembelajaran kanak-kanak. Untuk menggalakkan kanak-kanak ke dalam proses pembelajaran ini, buku ini direka dan berpaksi sekitar muzik, sentuh dan interaksi. Selain butang tekan-dan-main konvensional untuk lagu yang sudah dirakamkan, buku ini juga menampilkan butang rekod bagi merakam nyanyian ibu bapa dan butang ulang untuk mendengar semula rakaman.

                Rasa Sayang Sing-and-Record Fun Book boleh didapati pada harga RM75 sebuah atau datang dalam bentuk set beserta patung comel berharga RM96 di kedai buku terpilih seluruh negara atau secara dalam talian di www.bababaa.com/shop-baba-baa.

 

Untuk tutorial Rasa Sayang: Sing-And-Record Fun Book lihat video ini

 

MANFAAT BUKU BERMUZIK RASA SAYANG

Buku bermuzik dapat membantu perkembangan sosial emosi kanak-kanak di mana mereka dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti mendengar muzik. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya muzik terlibat secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Hari ini, kebanyakkan unsur budaya semakin pupus kerana generasi muda lebih terdedah dan gemar kepada dunia digital yang moden. Mereka kurang berpengetahuan mengenai warisan budaya nenek moyang mereka. Oleh itu, Buku bermuzik Rasa Sayang dicipta untuk memperkenalkan budaya dalam lagu rakyat kepada anak-anak kita. Buku ini dapat menjadi penghubung generasi muda dengan asal usul budaya kita.

 

Dalam usia masih kecil, anak anda boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi daripada irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut daripada buku ini. Proses mendapatkan maksud daripada lagu merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa mereka.

 

Selain daripada itu,buku ini juga boleh dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Muzik, lagu dan pembacaan sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia adalah cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak meneroka bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori.

 

Dengan pendedahan buku bermuzik, anak anda berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental. Kanak-kanak yang memiliki pendedahan terhadap muzik mempunyai kelebihan dari segi berfikir kerana kedua-dua bahagian otak mereka berfungsi dengan baik akibat daripada pengaruh muzik yang didengar.

 

 

UNTUK MAKLUMAT

 

Peyron Singapore Pte Ltd

28 Leonie Hill, #14-28 Leonie Towers, Singapore 239227

Email: info@bababaa.com

Website: www.bababaa.com