KelabMama

RANCANG HARI LAHIR ANAK ANDA

Sambut ulang tahun hari lahir anak? Bunyinya memang menyeronokkan kerana ia suatu majlis yang menggembirakan semua orang. Baik orang yang menyambutnya, tetamu dan si empunya hari jadi. Kanak-kanak memang seronok menyambut ulang tahun hari lahir dan selalunya ia menjadi kenangan terindah dalam memori mereka. Seorang ibu muda mengadu, anaknya ramai jadi dia tidak menang tangan hendak menyambut ulang tahun hari lahir setiap seorang. Hendak menggunakan perkhidmatan katering mahal pula. Sebenarnya ulang tahun hari lahir anak boleh disambut secara sederhana di samping kemeriahannya tetap terasa. Apa yang penting perancangan awal dan menabung bagi tujuan itu.

Merancang sambutan hari istimewa anak anda sememangnya perlukan ketelitian walaupun hanya kecil-kecilan. Ini himpunkan inspirasi tema untuk parti hari jadi anak anda nanti.

 

Tema superhero

Setiap kanak-kanak pasti ada satu watak superhero yang menjadi idola mereka. Contohnya The Avengers, Spiderman, Superman, Robocop dan lain-lain lagi. Jadi pilih salah satu darinya dan jadikan tema hari jadi buat mereka.

 

Tema Watak Kartun Kegemaran

Watak kartun seperti Upin Ipin, Mickey Mouse, Spongebob,  dan lain-lain lagi mungkin menjadi kegemaran anak-anak anda. Pilih salah satu daripadanya yang pasti boleh buat anak anda melonjak kegembiraan.

 

Tema Sukan

Buat anak lelaki yang gemarkan sukan seperti bola sepak, badminton, rugby dan lain-lain lagi bolehlah anda cuba tema ini.

 

Tema Safari

Anak-anak yang sayangkan haiwan bolehlah anda cuba dengan tema ini. Mungkin lebihkan kepada tema hiasan saja sudah memadai.

 

Tema Pelangi

Seleksi warna pelangi menjadi tema hari jadi menceriakan lagi suasana parti anak anda.