KelabMama

Ragam Anak Tahun Satu Hari Pertama Bersekolah Yang Mencuit Hati

Ragam Anak Tahun Satu Hari Pertama Bersekolah

First day sekolah ni ada macam-macam jenis ragam kan Mama Papa. Lebih-lebih lagi ragam anak tahun satu! Ada yang siap nak ikut Mama Papa balik sekali.

Ada jugak yang terlebih gembira apabila dapat berjumpa dengan kawan-kawan baharu, sekolah baharu, suasana baharu. Rasa teruja nak ke sekolah!

Jom tengok beberapa ragam hari pertama sesi persekolahan 2024. Memang mencuit hati!

Ragam Anak Tahun Satu di Hari Pertama Bersekolah

@miszzhanafirmien

gelagat adik Abdul Hakim Saifuddin, murid Tahun 1 Sk Ismail Petra di hari permulaan sesi persekolahan #cerebralpalsywarrior #mulasekolah #tahunsatu2024

♬ original sound – NaNaNaNaNa – NaNaNaNaNa
Kredit Video: Tiktok miszzhanafirmien

Bila tengok video ni, Mama Siti rasa kagum bukan dengan Hakim je tapi dengan Mamanya sekali yang tabah dan gelagatnya yang begitu gembira sekali pada hari pertama persekolahannya.

Adik Hakim ni menghidap cerebral palsy sejak lahir lagi tapi semangatnya nak pergi sekolah siap bangun pukul tiga pagi lagi. Apa yang bertambah comel lagi bila dia menaiki kereta mainan untuk memudahkan pergerakannya sementara menunggu kerusi roda yang ditempah khas untuknya sampai.

Kredit Video: Tiktok azizul.shah83

Awalnya seorang saje yang menangis tapi selepas tu berjangkit menangis beramai-ramai dalam kelas.

Macam-macam ragam hari pertama bersekolah ni, sampai cikgu terpaksa tutup grill, risau ada yang berlari keluar nak ikut Mama Papa balik rumah.

@azfaizalaziz

Hari pertama lah hari paling berharga, memori ni paling best#haripertamasekolah

♬ original sound – Cikgu Faizal – Cikgu Faizal
Kredit Video: Tiktok azfaizalaziz

Menangis-menangis pun tetap kena masuk kelas jugak tau. Cikgu pun bukan main ye kuat mengusik mereka semua.

Kredit Video: TikTok wahidanazeebkhan

Cair hati Mama Siti bila tengok video ni, kasih sayang seorang abang kepada adiknya. Maklumlah hari pertama sekolah risau kalau adik tak dapat beli makanan di kantin.

Kredit Video: TikTok sufimuhamad2

Amboi dia penat sangat tu sampai tersengguk-sengguk dalam dewan ye, ini belum masuk dalam kelas lagi, Mama Siti risau dia sambung tidur dalam kelas pula. Mama patut simpan video ni tau bila besar nanti boleh tunjuk hari pertama sekolah je dia dah tidur.

@dedara.co

Hai la anak. P sekolah pakai kain. Balik sekolah kain hilang . Nasib baik la seluar panjang kat dalam. #ragamanaksekolah #firstdayofschool #darjah1 #budaksekolah #fypγ‚· #foryoupage #fypγ‚·γ‚šviral

♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel
Video Kredit: TikTok dedara.co

Gelagat anak ni buat Mama Siti geli hati tau, first day sekolah kain dah hilang. Dengan Mama Siti sekali terfikir kain dia tertinggal dekat mana, tapi rupanya kain dia tak hilang tau.

Lepas guna toilet, dia lupa nak turun kan semula kain dekat pinggang. Jadinya, kain dia tak hilang cuma tersorok dekat pinggang je. Nasib baik ada kalau tak Mama terpaksa jadi detective cari kainnya yang hilang.

@utusantvofficial

10 MAC 24: Auntie dulu hari pertama berguling-guling menangis . Auntie doakan adik berjaya ye dalam menimba ilmu. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp #membawang #haripertamasekolah

♬ original sound – Wanamerah – Wanamerah
Kredit Video: TikTok utusantvofficial

Wah-wah ini dah tahap kakak-kakak first day sekolah ni. Siap bergosip lagi dengan kawan sebelah, kawan-kawan yang lain semua muka sedih je kena sekolah tapi mereka bukan main rancak ye bercerita. Agak-agak cerita apa yang mereka riuh sangat tu ye.

Kredit Video: Tiktok honeymyst396

Wah bukan setakat cikgu-cikgu je yang sambut, kakak abang pun sambut sekali kedatangan adik-adik tahun satu. Ceria-ceria je mereka semua ye, tak sabar nak bersekolah siap dapat belon lagi dari maskot.

Kredit Video: TikTok ziahzara_15

Amboi amboi biasa dia ye, cikgu busy nak bagi tag nama dia tidur dalam dewan siap peluk beg lagi. Maklumlah sekolah sesi petang ni aura mengantuk kuat dekat mana-mana pun boleh tidur kan.

Kredit Video: TikTok katak_baling

Nak menangis tak nak pergi sekolah pun tak jadi bila tengok maskot anak katak pun ikut pergi sekolah sekali. Tapi laju je tangan tu capai air kotak ye, cikgu bagi pembaris pandai tak nak ambik ye.

Macam-macam ragam anak tahun satu ye, ada yang excited dan tak ketinggalan juga yang menangis tak nak berpisah dengan Mama Papa tapi ada juga gelagat yang mencuit hati dari mereka ni. Mama Papa pun tak terlepas peluang untuk merakam video anak-anak di hari pertama sekolah.

Moga Mama Papa bersabar layan karenah anak-anak sehingga mereka dapat biasakan diri mereka dengan suasana persekolahan ni, silap hari bulan mereka yang lebih excited nak pergi sekolah walaupun hari cuti.


Apa yang Mama Papa perlu tahu tentang Tahap Penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)? Klik di SINI.