QL Eggs meraikan sambutan kemerdekaan ke-68 dengan memecahkan rekod 6,800 biji telur di Karnival QL Eggs Breakathon. Acara ini menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk menyaksikan detik bersejarah, sambil menambah kebaikan nutrisi emas ke dalam nasi lemak kegemaran ramai yang disediakan oleh Chan Mari Chan.
Bertempat di Padang Bola Sepak The Campus, Ampang, pencapaian ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records, sekaligus mengukuhkan kedudukan QL Eggs sebagai peneraju inovasi dalam membawakan pemakanan berkualiti kepada rakyat Malaysia.
QL Eggs yakin bahawa amalan pemakanan sihat seharusnya dinikmati oleh semua rakyat Malaysia, bukan sahaja melalui sumber protein yang mudah didapati, malah menerusi nutrisi yang seimbang dan menyeluruh bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan.
Melalui operasi Integrated Livestock Farming yang merangkumi perolehan bahan mentah makanan ternakan, pengilangan makanan ternakan, dan penternakan ayam, QL Eggs memastikan setiap peringkat pengeluaran memenuhi piawaian tertinggi.
Dengan kemudahan rumah tertutup moden yang dilengkapi sistem kawalan persekitaran dan langkah biosekuriti yang ketat, QL Eggs mengekalkan kualiti produk tanpa kompromi sambil memastikan telur kekal sebagai salah satu sumber protein penting untuk rakyat Malaysia.
QL Eggs turut bekerjasama dengan institusi seperti Fakulti Pertanian UPM dalam penyelidikan dan pembanguna penternakan moden, bagi memastikan pengeluaran telur yang konsisten, selamat, dan bernilai tinggi dari segi khasiat.
Seiring semangat inovasi ini, QL Eggs juga memperkenalkan telur Brain+, iaitu telur dengan kandungan DHA bersamaan lapan gelas susu, serta Kolin untuk menyokong tumpuan, daya ingatan, dan perkembangan otak, demi melahirkan generasi yang lebih bijak dan sihat.
Ayam ternakan QL diberi diet premium termasuk probiotik dan enzim, menghasilkan telur yang diperkaya dengan Gold Class NUTRI™, gabungan Vitamin A, B12, D, E, iodin, selenium dan protein berkualiti tinggi memberikan khasiat yang lengkap untuk diet harian rakyat Malaysia.
“Daripada bahan asas yang biasa, kami terus berinovasi dalam nutrisi pemakanan dan berusaha meningkatkan manfaatnya, inilah yang kami maksudkan dengan ‘Breakthrough Goodness’,” kata Encik Chia Song Kooi, Group CEO QL Resources Berhad.
“Karnival Breakathon bukan sekadar sambutan, malah menjadi peringatan bahawa setiap kali rakyat Malaysia memecahkan telur, mereka akan teringat kepada QL Eggs dan sekaligus yakin dengan kualiti yang konsisten, khasiat yang diyakini, serta keprihatinan tulus kami.”
Komitmen QL Eggs tetap utuh untuk memperkasa rakyat Malaysia melalui inisiatif yang menginspirasi, memberi kekuatan, dan membantu setiap individu menyerlah di setiap peringkat kehidupan.
Pelbagai Tawaran Hadiah Menarik & Kehadiran Selebriti ke Acara c
EGG-stra BIG Hadiah (cabutan bertuah)
Hanya dengan pembelian 2 pek 15’s QL Eggs, para pengunjung berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah istimewa seperti Golden Egg bernilai RM11,390*, bekalan QL Eggs untuk setahun, serta setengah tahun.
*Nilai emas berdasarkan harga pada 29 Julai 2025.
EGG-stra BIG Hadiah Percuma
Para pengunjung turut menikmati pelbagai ganjaran menarik. Antaranya termasuk rakaman momen di acara Breakathon yang dimuat naik ke media sosial untuk menebus QL Eggs percuma, menikmati nasi lemak percuma yang dimasak khas oleh Chan Mari Chan menggunakan QL Eggs, serta penyertaan dalam mini game di pentas untuk memenangi hadiah tambahan.
EGG-stra BIG Barisan Selebriti
Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pasangan beregu badminton negara, Goh Sze Fei & Nur Izzuddin, sesi masakan istimewa oleh Chef Selebriti Datuk Fazley Yaakob dan Abe Yong, serta siaran langsung TikTok jualan telur yang dikendalikan oleh Pinnyang & Jason Jezi.
EGG-stra BIG Surprises
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan patung Blind Box QL Eggs edisi terhad, menjadikannya antara koleksi eksklusif yang paling dinantikan.
EGG-stra BIG Lifesized Egg
Selain itu, tarikan utama lain ialah Sunny Side Up gergasi, di mana para pengunjung merakamkan kenangan unik dan istimewa sepanjang acara berlangsung.
Mengenai QL Resources Berhad
QL Resources Berhad ialah syarikat agromakanan terkemuka di Malaysia, dengan operasi merangkumi produk marin, penternakan ternakan, aktiviti kelapa sawit, tenaga boleh diperbaharui dan bisnes kedai serbaneka. Jenama unggulnya, QL Eggs, adalah salah satu pengeluar telur terbesar di Asia, membekalkan berjuta-juta biji telur setiap hari kepada isi rumah di seluruh rantau ini.
Ditubuhkan pada tahun 1980-an, QL telah berkembang daripada sebuah perniagaan keluarga kepada sebuah syarikat bernilai berbilion ringgit yang tersenarai di Bursa Malaysia. QL juga merupakan pemegang francais induk FamilyMart di Malaysia, menawarkan makananan sedia dimakan yang dipadankan dengan cita rasa rakyat Malaysia.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Ikuti pelbagai aktiviti dan acara menarik di SINI.