KelabMama

Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway dan Siemens Healthineers Memperkenalkan Pengimbas CT Pengiraan Foton Pertama Malaysia

Pusat Perubatan Sunway

Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) mencatat sejarah dalam bidang penjagaan kesihatan negara dengan memperkenalkan pengimbas CT pengiraan foton pertama di Malaysia. Teknologi generasi baharu ini menetapkan penanda aras baharu dalam pengimejan perubatan, menawarkan resolusi ultra tinggi untuk pelbagai fungsi klinikal — termasuk bagi kes-kes kardiologi, neurologi, onkologi, muskuloskeletal, pediatrik, dan pulmonologi — di samping mengurangkan pendedahan radiasi dan meningkatkan keyakinan diagnostik.

Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan SMC di barisan hadapan inovasi perubatan di Malaysia dan komitmennya untuk memberikan penjagaan kesihatan bertaraf dunia kepada rakyat Malaysia melalui pelaburan berterusan dalam penyelesaian diagnostik berteknologi maju.

Meningkatkan Ketepatan Diagnostik dan Keselamatan Pesakit

CT pengiraan foton membawa revolusi baharu dan kemajuan ketara dalam cara pakar perubatan memvisualisasikan dan memahami tubuh manusia. CT pengiraan foton mengesan dan mengukur setiap foton X-ray secara individu, menghasilkan imej yang lebih tajam, jelas dan terperinci.

Sistem ini membolehkan pakar klinikal mengesan variasi tisu halus, lesi kecil dan menilai struktur organ dengan ketepatan luar biasa, sambil mengurangkan dos radiasi yang diterima. Hasilnya: Imbasan yang lebih selamat, cepat serta lebih selesa untuk semua pesakit, termasuk untuk kanak-kanak dan warga emas dan mereka yang memerlukan pemeriksaan berulang.

Memperkasakan Kualiti Penjagaan Melalui Inovasi

Dato’ Lau Beng Long, Presiden Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway (SHG) berkongsi: “Di SHG, kami didorong oleh satu misi: untuk memberikan tahap penjagaan tertinggi melalui inovasi dan kecemerlangan. Dengan memperkenalkan CT pengiraan foton pertama di Malaysia, kami memperkasakan para klinikal kami dengan dengan alat diagnostik canggih yang meningkatkan ketepatan, menyokong keputusan klinikal yang yakin dan menambah keselesaan pesakit. Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan kami untuk meningkatkan standard penjagaan kesihatan dan menyediakan diagnostik bertaraf dunia kepada pesakit.”

Kolaborasi Strategik Meningkatkan Piawaian Global

Sistem yang dibangunkan oleh Siemens Healthineers ini adalah hasil daripada komitmen penyelidikan beberapa dekad teknologi pengesan CT pengiraan foton, Ms Siow Ai Li, Pengarah Urusan Siemens Healthineers Malaysia berkata: “CT pengiraan foton ialah satu pendekatan baharu yang mengubah landskap pengimejan diagnostik global. Kami berbangga bekerjasama dengan Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, untuk membawa teknologi ini ke Malaysia. Bersama-sama, kami membuka lembaran baharu dalam diagnostik tepat yang membantu pakar membuat keputusan rawatan dengan lebih cepat dan yakin.”

Meneruskan Legasi Kecemerlangan

Sebagai hospital kuaternari swasta terbesar di Malaysia, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway diiktiraf sebagai hospital terbaik Malaysia dan membuat penampilan sulung dalam senarai 350 Hospital Pintar Terbaik Dunia 2026 oleh Newsweek. Ia juga telah diiktiraf sebagai Hospital No. 1 Malaysia pada tahun 2025 dan tersenarai antara 250 Hospital Terbaik Dunia pada tahun 2024 dan 2025 oleh Newsweek. Dengan memperkenalkan CT pengiraan foton, hospital ini mengukuhkan peranan kepimpinannya di rantau ini, menyediakan diagnostik bertaraf dunia yang lebih selamat kepada para pesakit dan pakar klinikal, serta penjagaan berfokus.

Makluman:

Kenyataan oleh Siemens Healthineers yang dinyatakan di sini adalah berdasarkan hasil yang dicapai dalam persekitaran unik pelanggan. Memandangkan tiada hospital atau makmal lazim, dan terdapat pelbagai faktor yang berbeza (contohnya saiz hospital, jenis sampel, jenis kes, tahap penggunaan IT dan/atau automasi), tiada jaminan bahawa pelanggan lain akan mencapai keputusan yang sama.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Mama tengah fikir menu apa untuk masak malam nanti? Jom tengok resipi-resipi di SINI.