KelabMama

Pusat Perubatan Subang Jaya dan The Nurts Berganding Bahu Membantu Keluarga Memulakan Perbualan Tentang Kesihatan Kanak-Kanak Melalui Buku Cerita

Pusat Perubatan Subang Jaya dan The Nurts

Setiap hari, kanak-kanak belajar sesuatu yang baharu, termasuk tentang kesihatan, emosi dan dunia di sekeliling mereka. Namun bagi ramai ibu bapa, menerangkan topik seperti ini kepada anak kecil bukanlah sesuatu yang mudah.

Menyedari cabaran itu, The Nurts dan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) bekerjasama melancarkan The Nurts Tales: Growing Strong, Inside and Out, sebuah buku cerita kanak-kanak yang dihasilkan menerusi kerjasama antara sebuah hospital kuaternari dan platform keluarga berasaskan permainan, yang menggabungkan penceritaan yang menarik dengan kepakaran perubatan untuk membantu keluarga membincangkan topik kesihatan penting dengan lebih yakin.

Sesuai untuk kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun, buku ini merangkumi lima kisah yang dekat dengan kehidupan seharian. Melalui watak-watak The Nurts seperti Zoey, Mia, Liam dan Noah, serta maskot kesayangan SJMC, Teddy Paws, kanak-kanak diperkenalkan kepada topik seperti emosi, tabiat harian, nutrisi dan komunikasi dengan cara yang menyeronokkan serta mudah difahami.

“Sebagai ibu bapa, kita semua pernah berdepan saat apabila anak bertanya soalan yang sukar dijawab, terutamanya berkaitan kesihatan dan kesejahteraan. Melalui buku ini, kami berharap cerita-cerita yang disampaikan dapat membantu ibu bapa memulakan perbualan dengan lebih mudah, sambil mewujudkan ruang untuk anak-anak belajar, bertanya dan berkongsi perasaan mereka,” kata Adrian Tan, Pengasas Bersama The Nurts yang juga penulis buku ini.

Sebagai platform keluarga berasaskan permainan yang telah memenangi pelbagai anugerah, The Nurts membantu kanak-kanak dan keluarga berhubung, belajar dan membesar bersama melalui aktiviti serta pengalaman yang bermakna. 

Kolaborasi ini juga mencerminkan komitmen SJMC dalam menyokong kesihatan kanak-kanak melalui penjagaan perubatan, pendidikan, dan aktiviti bersama komuniti.

SJMC turut diiktiraf sebagai hospital pediatrik No. 1 di Malaysia dalam senarai Newsweek-Statista’s Best Specialized Hospitals Asia Pacific 2026 dan Hospital Swasta Terbaik (Selangor) dalam Parenthood Parents’ Choice Awards 2026, sekali gus mengukuhkan komitmennya untuk menyokong kanak-kanak dan keluarga bukan sahaja di hospital, malah juga di luar persekitaran hospital.

“Saya sendiri dilahirkan di SJMC, jadi saya memahami dan telah menyaksikan komitmen hospital ini dalam menjaga kesihatan keluarga dari satu generasi ke generasi yang lain. Kolaborasi bersama The Nurts ini mencerminkan komitmen SJMC dengan cara yang berbeza, iaitu melalui sebuah buku cerita yang menjadikan pembelajaran tentang kesihatan lebih menarik, dekat dengan kehidupan seharian dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Kami berharap buku ini dapat mencetuskan rasa ingin tahu, menggalakkan pilihan yang sihat, serta memperkasa pembaca muda dengan pengetahuan untuk membina tabiat sihat sepanjang hayat.” kata Joanne Lee, Pengarah Pembangunan Perniagaan, Strategi & Transformasi di Pusat Perubatan Subang Jaya.

Lebih daripada sekadar buku cerita, buku ini turut dilengkapi dengan soalan refleksi, panduan perbincangan dan tip praktikal untuk membantu ibu bapa berbual tentang kesihatan dengan cara yang mudah difahami dan sesuai mengikut usia anak.

Pada masa yang sama, ia menunjukkan bagaimana penceritaan boleh menjadi cara yang menyeronokkan dan berkesan untuk menyokong kesejahteraan emosi serta meningkatkan literasi kesihatan kanak-kanak.

Dr Sanjay Woodhull, Pakar Perunding Pediatrik di Pusat Perubatan Subang Jaya, turut bersetuju bahawa penceritaan merupakan satu cara yang berkesan untuk membantu kanak-kanak memahami kesihatan diri, di samping memberi keyakinan kepada ibu bapa untuk memulakan perbualan tentang topik yang mungkin sukar dibincangkan.

“Kanak-kanak belajar dengan lebih mudah apabila mereka seronok. Sebab itulah kami percaya cerita boleh menjadi cara yang berkesan untuk memperkenalkan topik kesihatan. Pasukan pediatrik kami bekerjasama rapat dengan The Nurts bagi memastikan setiap cerita mengangkat topik yang sering menjadi persoalan dan kebimbangan keluarga, berdasarkan pengalaman kami merawat kanak-kanak setiap hari. Dengan menterjemahkan isu-isu kesihatan yang dihadapi dalam kehidupan kepada cerita yang dekat dengan pengalaman kanak-kanak, kami berharap buku ini dapat menjadi panduan praktikal kepada ibu bapa untuk memupuk amalan hidup sihat sejak usia muda,” katanya.

Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan sesi bual bicara bersama wakil The Nurts dan SJMC. Antara yang terlibat ialah Adrian Tan; Dr Sanjay Woodhull; Dr Wan Asyikin binti Wan Azlan, Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja di SJMC; serta Joanne Lee, yang berkongsi pandangan tentang kesejahteraan fizikal dan emosi kanak-kanak, kepentingan tabiat sihat serta bagaimana ibu bapa boleh memulakan perbualan yang bermakna bersama anak-anak.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, SJMC akan menyumbangkan naskhah buku cerita tersebut kepada beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO) kanak-kanak terpilih demi meluaskan manfaatnya kepada lebih ramai kanak-kanak dan keluarga.

Pelancaran ini juga menandakan bermulanya jelajah buku komuniti selama tiga bulan di beberapa kedai buku terpilih, sebagai sebahagian daripada usaha bersama untuk membantu kanak-kanak Malaysia membesar dengan sihat, dari dalam dan luar.

The Nurts Tales: Growing Strong, Inside and Out kini boleh dibeli di rantaian kedai buku utama serta kedai dalam talian rasmi di laman web The Nurts, https://www.thenurts.com/products/the-nurts-tale-growing-stronger-inside-and-out

Untuk maklumat lanjut mengenai SJMC dan rangkaian perkhidmatannya, sila layari laman web rasmi https://subangjayamedicalcentre.com/.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Kelab Mama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Ketahui lebih banyak acara dan berita trending sekarang untuk Mama Papa ketahui DI SINI!