Ketika Malaysia berdepan peningkatan kadar obesiti dan penyakit tidak berjangkit yang berkaitan (NCD), Pusat Perubatan Bukit Tinggi (BTMC) mengetengahkan pendekatan pengurusan berat badan yang melibatkan pelbagai disiplin dan dibawah pengawasan perubatan.
Pendekatan ini bertujuan untuk mempromosikan kaedah penjagaan obesiti yang lebih selamat dan tersusun, berasaskan saringan klinikal, bimbingan pesakit, dan sokongan jangka panjang.
Dalam sesi media bertajuk, “Melangkaui Diet Dan Trend Sementara: Pakar Perubatan Menguraikan Penurunan Berat Badan yang Berkesan dan Selamat dengan Pengawasan Pakar Kesihatan yang Professional,” BTMC menampilkan pasukan doktor perubatan dalaman, pegawai dietetik, ahli fisioterapi, dan wakil pesakit untuk menerangkan bagaimana rawatan obesiti yang berpandukan secara perubatan dapat menghasilkan kesihatan yang lebih baik, terutamanya bagi individu yang menhidap penyakit kronik atau menghadapi cabaran mobiliti.
Obesiti di Malaysia: Krisis Kesihatan Awam
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024, lebih separuh daripada warga dewasa Malaysia (52.1%) mengalami obesiti abdomen, faktor risiko utama untuk penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, strok, dan diabetes.
Di kalangan remaja pula, hanya 5.2% memenuhi saranan pengambilan sayur-sayuran, manakala tabiat pemakanan yang kurang sihat dan gaya hidup tidak aktif masih meluas.
“Obesiti bukan sekadar berat badan berlebihan, ia adalah keadaan perubatan kronik yang sering menyembunyikan pelbagai risiko kesihatan lain,” kata Dr Nurul Nadiah, Pakar Perunding Perubatan Dalaman.
Apabila pesakit mencuba perubahan drastik tanpa memahami tahap kesihatan mereka, ia boleh melakukan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.
Itulah sebabnya pengurusan berat badan yang dipantau, yang mengambil kira profil perubatan setiap pesakit, keperluan pemakanan, dan keadaan fizikal, adalah penting untuk hasil yang selamat dan sihat dalam jangka panjang.
Bagaimanakah Pengawasan Perubatan Dijalankan
Pengawasan perubatan memastikan bahawa isu kesihatan, seperti darah tinggi, sleep apnea, penyakit hati berlemak, atau ketidakseimbangan hormon dikenal pasti dan diambil kira sebelum pesakit memulakan program penurunan berat badan.
Sebagai contoh, pesakit dengan pra-diabetes mungkin memerlukan strategi pemakanan yang berbeza daripada mereka yang mempunyai penyakit tiroid. “Kami memulakan dengan ujian darah yang menyeluruh dan penilaian fizikal untuk mengenal pasti faktor risiko tersembunyi,” jelas Dr Nurul Nadiah. “Dengan panduan ini, setiap langkah rawatan peribadi pesakit dirancang khas untuk mereka bagi memastikan hasil yang lebih selamat dan berkesan.”
“Perjalanan setiap pesakit adalah berbeza. Kami menilai semula dari masa ke semasa,” kata Dr Tamilvani Arumugam, Pakar Perunding Perubatan Dalaman.
“Jika melibatkan ubat-ubatan, pemantauan rapi perlu dilakukan untuk memastikan ia berkesan dan mengelak kesan sampingan seperti keletihan, dehidrasi, atau ketidakseimbangan nutrien.”
Beliau menambah bahawa penyeliaan perubatan memainkan peranan penting dalam mengurangkan kadar pesakit yang berhenti, kerana susulan berterusan membantu pesakit mengekalkan komitmen dan menangani masalah dari awal.
Makanan yang Anda Sukai, Cara yang Lebih Sihat
Daripada meletakkan pesakit pada diet yang ketat atau asing, kaedah ini menggunakan makanan yang pesakit sudah biasa dan gemari.
“Makanan berkait rapat dengan budaya dan emosi,” kata Pegawai Dietetik Kanan, Cik Rama Parahakaran. “Kami bukan di sini untuk melarang anda dari menikmati makanan, tetapi membantu pesakit memahami cara menikmati makanan secara berpada-pada.”
Sebagai contoh, mengubah suai hidangan seperti nasi lemak boleh dilakukan dengan mengecilkan saiz hidangan, menggantikan nasi bersantan dengan sedikit nasi perang, atau menukarkan ikan bilis goreng kepada ayam panggang.
Tanpa perlu mengelak makanan kegemaran, kami melatih pesakit membuat pilihan sihat secara berterusan, walaupun semasa musim perayaan, majlis keluarga, atau semasa makan di luar.
Komponen pendidikan merangkumi mengajar pesakit cara membaca label makanan, merancang hidangan seimbang, mengawal nafsu makan, dan mengamalkan waktu makan yang teratur bagi mengelakkan tabiat makan berlebihan.
Pemulihan Pergerakan dengan Matlamat
Aktiviti fizikal adalah bahagian penting dalam pengurusan berat badan, tetapi hanya apabila dilakukan dengan selamat. Majoriti pesakit obesiti menghadapi sakit sendi lutut, postur badan yang tidak baik atau isu keseimbangan.
Ahli fisioterapi menjalankan penilaian kekuatan dan kebolehan bergerak secara individu dengan bantuan teknologi AI, di mana ia membantu pemantauan kemajuan pesakit dengan tepat dan boleh diukur secara objektif.
“Matlamat kami bukan hanya untuk meningkatkan aktiviti atau pergerakan, tetapi memulihkan fungsi tubuh dengan mengambil kira kemampuan pesakit obesiti,” kata Kiran Kaur, Ahli Fisioterapi dan Pengurus Besar Pusat Rehabilitasi DAVID.
Kami mengajar pesakit melalui pergerakan seperti latihan kestabilan tulang belakang atau senaman pinggul dan bahu bagi mengurangkan ketegangan sendi dan meningkatkan kawalan dan stamina.
Pelan rawatan ini diadaptasi dari sesi ke sesi bagi membolehkan peningkatan secara berperingkat. “Apabila seseorang yang dahulu menghindari menaiki tangga atau berjalan jauh kini mampu melaksanakan aktiviti harian tanpa rasa sakit, ini merupakan kemajuan bermakna, bukan sahaja dari segi fizikal, malah emosi,” tambah beliau.
Perjalanan Peribadi, Bimbingan Profesional
Seorang pesakit obesiti, Karthikeyen berusia 37 tahun, berkongsi bagaimana pendekatan klinikal berstruktur mengubah persepsinya. “Sebelum majlis perkahwinan, saya cuba menurunkan berat badan secara bersendirian, namun sering kembali kepada tabiat lama,” ujarnya. “Setelah memperoleh bimbingan yang tepat daripada doktor pakar, ahli dietetik, dan fisioterapi, barulah saya memahami. Saya masih dalam perjalanan ini, tetapi kali ini saya melakukannya dengan betul.”
Sesi ini juga termasuk demonstrasi bagaimana alat fisioterapi dengan keupayaan AI boleh membantu ahli klinikal memantau kemajuan dan membuat keputusan segera bagi memastikan aktiviti fizikal kekal selamat dan berkesan.
Walaupun tiada pendekatan yang sesuai untuk semua kes obesiti, kaedah yang menggabungkan rawatan klinikal, kepekaan budaya, dan penilaian berterusan dapat menawarkan jalan yang lebih realistik dan berkekalan ke arah kesihatan yang lebih baik.
“Rawatan obesiti bukan bergantung kepada kekuatan mental. Ia mermerlukan struktur, pendekatan saintifik dan sokongan berterusan,” kata Dr Nurul Nadiah.
Bagi mereka yang bersedia untuk mengambil langkah seterusnya, Pusat Perubatan Bukit Tinggi (BTMC) menawarkan program penurunan berat badan komprehensif selama 3 bulan, termasuk perundingan perubatan, bimbingan ahli dietetik, dan sokongan fisioterapi 12 sesi. Untuk maklumat lanjut, layari www.bukittinggimedicalcentre.com.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Ikuti pelbagai aktiviti dan acara menarik untuk Mama Papa di SINI.