KelabMama

PUNCA KENAPA SERING TERJADI KEJADIAN BAYI TERSEDAK SUSU

Berdepan dengan banyak kes membabitkan bayi meninggal akibat tersedak susu ternyata sesuatu yang sangat membimbangkan. Sama ada disiarkan di media massa atau tidak, ia bukan persoalan. Apa yang penting, hal ini perlu diingatkan kepada ibu sama ada yang sudah melahirkan cahaya mata kedua dan seterusnya atau baru saja bergelar ibu supaya sentiasa mengambil tahu, banyak membaca supaya mempunyai ilmu pengetahuan mengenainya. Ramai beranggapan kes bayi maut akibat tersedak susu hanya berlaku kepada bayi yang minum melalui botol dan menerusi penjagaan di taska atau pengasuh saja. Tetapi sebenarnya ia turut banyak berlaku kepada bayi yang disusukan dengan susu ibu secara terus.

 

WASPADALAH!

Persoalannya, bagaimanakah bayi menyusu ibu boleh mengalami gejala tersedak susu? Sepatutnya pada usia satu hingga tiga bulan, bayi diawasi sepenuhnya oleh ibu atau penjaga mereka terutama selepas menyusu. Ini kerana kebanyakan kes tersedak susu berpunca daripada kecuaian dan kelalaian ibu sekiranya disusukan secara terus juga ahli keluarga dan pengasuh bagi yang meletakkan bayi di bawah jagaan orang lain. Oleh itu, bagi bayi yang mengalami tersedak susu dan berada dalam keadaan kebiruan sama ada sengaja atau tidak sengaja, disebabkan tiada siapa mengawasi bayi itu dalam satu hingga dua jam pertama selepas kali terakhir bayi dijaga. Ia juga berpunca daripada beberapa faktor seperti masalah dengan bayi, ibu, pengasuh, penjaga, botol susu dan posisi badan.

Tanda bayi tersedak susu:

 

BAGAIMANA MENGELAK BAYI TERSEDAK SUSU

Dalam apa juga masalah sekalipun pencegahan lebih baik daripada merawat. Ini kerana sekiranya bayi tidak diberikan bantuan selepas 20 minit tersedak dan tidak boleh bernafas sendiri, ia menyebabkan kecederaan yang kekal pada organ dalaman bayi. Ibu pula seharusnya mengetahui perkembangan bayi setiap waktu.  Jangan kerana bayi tidak sihat dan ibu tetap menghantar anak ke taska akan menyebabkan tumpuan pengasuh terganggu dan kemudaratan kepada bayi lain. Kepada pengasuh pula selalulah bertanya sama ada anda mampu menjalankan tugas pada hari ini walaupun rutin harian terganggu. Pemilik taska perlu lebih proaktif dalam menilai kemampuan serta kemahiran pengasuh mereka. Kepada ibu bapa, sentiasa berkomunikasi dengan pengasuh anak-anak. Sekiranya terpaksa bercuti, ambillah cuti demi keselamatan si kecil anda. Selalu membuat pemeriksaan atau lawatan mengejut agar ketelusan dan kualiti penjagaan anak berkekalan.

 

 

 

Sumber: Perunding Pediatrik Pusat Rawatan Islam Azzahrah Dr Md Nazim Abu  & Harian Metro