KelabMama

8 Punca Isteri Hilang Hormat Pada Suami Paling Popular

punca isteri hilang hormat pada suami

Setiap wanita pasti ingin menjadi seorang isteri yang baik, taat dan patuh kepada suaminya. Tetapi ada juga isteri yang hilang hormat terhadap suami disebabkan si suami sendiri atau orang sekeliling.

Sebenarnya, kehilangan hormat dalam perkahwinan adalah masalah yang serius dan boleh mempengaruhi hubungan suami isteri.

Ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor atau punca isteri hilang hormat pada suami dan memerlukan perhatian dan penyelesaian yang bersungguh-sungguh terutama dari pihak suami.

Hilangnya hormat seorang isteri ini juga merupakan isu yang kompleks, dan punca-punca untuk perkara tersebut boleh bervariasi. Untuk lebih jelas apakah punca isteri hilang hormat pada suami, teruskan membaca!

Tanda Seorang Isteri Hilang Hormat Pada Suamianya

Kredit gambar: www.guystuffcounseling.com

Di bawah ini adalah beberapa faktor yang mungkin menyebabkan seorang isteri kehilangan hormat terhadap suaminya:

Punca Isteri Hilang Hormat pada Suami

Kredit gambar: www.allprodad.com

Berikut adalah antara punca isteri hilang hormat pada suami iaitu:

#1. Suami Panas Baran 

Tidak ada wanita yang menginginkan suami yang bersikap panas baran apatah lagi sampai naik tangan. Pantang melakukan sedikit kesalahan terus dimaki hamun dan diherdiknya si isteri.

Suami yang mempunyai sikap panas baran ini hanya mementingkan diri sendiri dan tidak pernah fikir perasaan pasangannya. Isteri bukanlah tempat untuk para suami melepaskan semua kemarahan kerana isteri juga ingin merasakan kebahagiaan dalam rumah tangga. 

#2. Tidak Bertanggungjawab dan Lepas Tangan

Punca yang kedua adalah suami yang melepaskan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dalam rumah tangga. Contohnya, nafkah untuk isteri dan anak-anak tidak pernah diberikan.

Duit bulanan rumah, bil api dan air dibiarkan tertunggak berbulan-bulan. Apabila ada isteri yang bekerja dan tolong bayarkan, makin naik lemaklah si suami.

#3. Kaki Perempuan antara Punca Isteri Hilang Hormat pada Suami

Selain itu, isteri juga akan hilang rasa hormat terhadap suami yang kaki perempuan.

Apatah lagi bagi suami yang selalu memberi alasan penipuan dengan memberitahu bahawa perempuan yang menjadi simpanannya adalah pekerja bawahannya atau rakan lama pastinya lebih membuatkan si isteri naik angin dan terus hilang hormat.

Bahkan lebih teruk sampai bernikah di sempadan Thailand tanpa pengetahuan isteri sah pastinya akan membuatkan si isteri mula tawar hati dan hilang segala hormat.

#4. Suami Pemalas

Sesetengah suami ada yang berfikir tugas mereka hanya mencari nafkah, dan ramai yang tidak tahu atau buat-buat tak tahu bahawa kerja rumah juga adalah sebahagian tanggungjawab mereka yang dibantu isteri.

Lebih teruk lagi, ada suami yang jenis pemalas untuk bekerja apatah lagi melakukan pekerjaan di rumah.

Tabiat ini semakin menjadi-jadi apabila si isteri yang menanggung semua perbelanjaan rumah dan melakukan semua pekerjaan dalam rumah.

#5. Selalu Menyakitkan Hati Isteri

Tahukan anda, suami yang selalu menyakitkan hati isteri juga boleh menjadi punca untuk isteri mula hilang rasa hormat pada suami.

Contohnya, suami yang selalu bergurau sehingga mengeluarkan kata-kata yang tak elok didengari menyebabkan si isteri sakit hati.

Dalam Islam sendiri menegaskan untuk si suami agar sentiasa berbuat baik terhadap isteri. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: 

“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya, dan aku (Nabi Muhammad SAW) adalah orang yang paling baik di antara kalian kepada isteriku.” 

(Hadis Riwayat Ibn Majah)

#6. Suami Kedekut antara Punca Isteri Hilang Hormat pada Suami

Malang bagi wanita yang mendapat suami yang mempunyai sifat Haji Bakhil atau kedekut. Bila isteri meminta sedikit wang untuk membeli barang dapur untuk sebulan pun dibaginya wang untuk sehari.

Lebih teruk lagi ada yang meminta si isteri menggunakan wang sendiri untuk membeli barang dapur, belum campur lagi wang untuk membeli baju baru atau perhiasan untuk isteri dan dibiarkan si isteri memakai pakaian yang sudah lusuh.

Disini menunjukkan bahawa suami sudah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

#7. Tidak Pernah Mengakui Kesalahan

Disamping itu, ada juga suami yang tidak pernah mengakui kesalahan yang telah dilakukan. Apabila isteri bertanya dan menyuruh suami jujur, suami tidak akan mengakui dan kembali menyalahkan isteri.

Hal ini menyebabkan si suami akan terus mengulangi kesilapan yang sama dan membuatkan isteri mulai kehilangan rasa hormat. 

#8. Campur Tangan Mertua

Campur tangan orang tua suami juga boleh menyebabkan si isteri mula hilang rasa hormat pada suami. Ini kerana suami dah tak pedulikan tentang isteri dan hanya mendengar kata orang tuanya.

Sehinggakan nafkah untuk anak isteri pun dikawal oleh mertua. Banyak juga kes perceraian yang berlaku kerana orang tua. Disebabkan ini, isteri mula hilang kesabaran dan rasa hormat pada suami dan mertua.

Kesimpulannya, jika suami ingin isteri taat dan patuh terhadapnya, suami perlu mainkan peranan penting untuk menjadi contoh yang baik kepada isteri.

Orang kata, hubungan suami isteri yang kuat dibangun atas sifat kejujuran, kepercayaan dan rasa hormat. Suami juga perlu menghargai isteri yang sanggup bersusah payah melahirkan cahaya mata untuk suami.

Akhir sekali, suami perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan baik kerana isteri adalah sumber rezeki suami.


Dapatkan pelbagai lagi tips dan nasihat dalam perhubungan di SINI!