KelabMama

Banyak Rupanya Pulau di Terengganu Ni! Ini Senarai 12 Pulau Yang WAJIB Mama Kunjungi Cuti Sekolah Ini

pulau di terengganu yang cantik

Apabila Mama berkunjung ke Terengganu dengan melawat tempat-tempat menariknya, JANGAN lepaskan peluang untuk ke 12 buah pulau di Terengganu ini.

Pulau-pulau di Terengganu antara pilihan untuk bercuti, berbulan madu dan berseronok bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Istimewa kali ini, Mama Siti kongsikan kelebihan yang terdapat di kesemua pulau yang ada di Terengganu.

Untuk pengetahuan Mama, 12 pulau di Terengganu ini bukan sahaja menawarkan aktiviti air yang menarik, aktiviti seperti merentas hutan dan mencanting batik juga ada di beberapa pulau terpilih. 

Ayuh kita lihat lebih terperinci informasi di setiap pulau-pulau di Terengganu. 

12 Pulau Di Terengganu Yang Tak Rugi Dikunjungi

#1 Pulau Redang

Pasir putih halus di mengelilingi pantai ini. Itulah bayangan pertama Mama Siti setiap kali orang bercerita tentang Pulau Redang. 

Rupa-rupanya ada banyak aktiviti yang disediakan di pulau ini. 

Cara akses ke Pulau Redang ialah melalui dua jeti iaitu jeti Merang & jeti Shahbandar. 

Harga tiket ke Pulau Redang:
– Dewasa: RM110 pergi balik
– Kanak-kanak: RM60 pergi balik

#2 Pulau Kapas

Terletak di tangga kedua dalam senarai pulau paling populer di negeri Terengganu. Pulau ini terletak di daerah Marang. Bahagian barat Pulau Kapas selalu menjadi pilihan peminat aktiviti selam dan snorkeling. 

Air yang jernih kebiruan menyimpan kepelbagaian hidupan marin yang menanti untuk diteroka. Aktiviti lain dari yang lain ada di pulau ini adalah seperti mencandat sotong, bersantai di tepi pantai dan melihat matahari terbenam. 

Harga tiket bot:
– Dewasa – dari RM 40.00
– Kanak-kanak – dari RM 20.00
– Kanak-kanak bawah 3 tahun – Percuma

#3 Pulau Gemia

Pulau ini juga turut dikenali sebagai Coral Island bagi sesetengah orang. Pemandangan pantainya adalah tarikan kedatangan pengunjung ke Pulau Gemia. 

Pulau yang dikelilingi terumbu karang di samping pasir nya yang memutih. Padanlah ramai yang datang ke Pulau Gemia kerana jaraknya dari semenanjung Terengganu hanya 5 km sahaja.

Berkayak, snorkeling, merentas hutan dan melihat telur bertelur di waktu malam ialah aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini.  

#4 Pulau Rhu Hentian

Mungkin ada di kalangan Mama yang tidak pernah mendengar nama pulau ini. Walaupun ia tidak tersenarai dalam peta pelancongan tetapi kunjungan Mama ke sini pasti buat Mama tak boleh ‘move on

Aktiviti menarik di Pulau Rhu Hentian:

Dalam masa dua jam sahaja, Mama boleh mengelilingi pulau ini sambil melihat flora dan fauna yang terdapat di dalamnya.

Tiket bot pergi balik berharga RM60.00 seorang untuk bot laju dan RM40.00 seorang untuk bot biasa.

#5 Pulau Perhentian Kecil

Pulau ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian coral bay dan pantai. Kedua-duanya sedikit berbeza dari beberapa perkara.

Contohnya, kawasan coral bay sesuai untuk mereka yang inginkan masa bersendiri kerana tempat ini lebih privasi dari bahagian yang satu lagi. Pemandangan melihat matahari terbenam bakal mempersonakan mata Mama.  

Di bahagian pantainya pula unik kerana bentuk pantai di Pulau Perhentian Kecil seperti bulan sabit.

Tambahan pula, banyak aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini seperti;

Harga tiket dan waktu perjalanan bot:
Jeti Kuala Besut – Pulau Perhentian:
– Dewasa: RM 70 pergi balik
– Kanak-kanak: RM 40 pergi balik

Dari Jeti Kuala Besut: 8 AM, 9, 10, 11, 12 PM, 1, 2, 3, 4, 5PM

Dari Pulau Perhentian: 8 AM, 12 PM, 4PM 

#6 Pulau Lang Tengah

Perkataan ‘Lang’ diambil sempena burung helang yang sering berterbangan di kawasan pulau ini. Pulau Lang Tengah berada di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. 

Bayangkan lah, Mama boleh island hopping di kedua-dua pulau yang terkenal itu. Macam-macam aktiviti boleh dilakukan. 

Di Pulau Lang Tengah, terdapat tiga tempat peranginan yang dibina berhampiran pantai. Walaupun saiz pulau ini kecil namun tak kalah juga aktiviti yang ada disini. 

Aktiviti menarik di Pulau Lang Tengah:

Maklumat perjalanan dari jeti Marang boleh didapati disini ya.

#7 Pulau Rawa

Kredit gambar: penang-traveltips.com

Pulau Rawa? Johor kan? BUKAN!

Nama yang sama tapi tempat yang berbeza. Untuk pengetahuan Mama Pulau ini tidak menyediakan tempat penginapan. Sesiapa yang berminat mengunjungi Pulau Rawa boleh menginap di pulau berhampiran iaitu Pulau Perhentian. 

Tak lain tak bukan aktiviti snorkeling di sini sangat mengasyikkan. Air lautnya yang biru jernih bak kristal menampakkan keindahan terumbu-terumbu karang. 

Meluangkan masa beberapa jam di pulau ini dapat merehatkan minda dari kekusutan pekerjaan dan urusan lainnya. 

Harga feri pula bermula dari RM 35.

#8 Pulau Serenggeh 

Pemandangan dari atas pulau ini sangat unik menurut Mama Siti. Pulau ini terkenal dengan pasirnya yang memutih serta aktiviti menyelam bagi melihat batu karang jenis table coral.

Table coral terjadi apabila pantulan cahaya matahari menembusi air laut dan menghasilkan kilauan yang sangat mempesonakan.

Memandangkan tiada petempatan disini maka tempat ini tidak ramai orang. Jadi, sangat sesuai untuk Mama bersantai sambil menikmati pemandangan tenang yang terbentang luas di depan mata.

#9 Pulau Tenggol

Peminat aktiviti selam wajib datang ke Pulau Tenggol. Pulau ini dinobatkan sebagai lokasi menyelam terbaik di semenanjung Malaysia oleh Asian Diver Magazine Annual Edition.

Memang tidak hairanlah kerana terdapat 20 tempat menyelam ditawarkan di Pulau Tenggol. 

Antara lokasi menyelam adalah seperti:

Perjalanan ke Pulau Tenggol hanya mengambil masa 50 minit perjalanan bot dari jeti Kuala Dungun.

Harga tiket dan feri bermula dari RM 60- RM65

#10 Pulau Bidong

Buat pengetahuan Mama, pulau ini ialah sebuah pulau tinggal. Ia pernah didiami oleh pelarian Vietnam pada tahun 1975 disebabkan perang antara negara Vietnam dan Amerika. 

Jadi tidak hairanlah jika Mama melihat bangunan-bangunan lama usang yang ditinggalkan di pulau ini. Contohnya, sekolah, rumah panjang, gereja, tokong, kedai roti, pasar, kedai jahit, pejabat pos, bar dan bengkel.

Selain melihat sendiri peninggalan sejarah itu, Mama boleh juga melakukan aktiviti selam skuba di tempat tarikan terbaru iaitu 11 monumen negara Asean. 

Tidak dilupakan, di Pulau Bidong juga Mama berpeluang melihat Blue Anemone. Hidupan laut ini mengeluarkan cahaya biru dari badannya.

#11 Pulau Duyong

Sebuah pulau petempatan nelayan yang lengkap dengan fasiliti ekonomi dan kemudahan awam. 

Di waktu petang, penduduk kampung mengadakan pertandingan layang-layang antara kampung. Layang-layang tertinggi dan tercantik akan dinobatkan sebagai pemenang. 

Selain itu, Mama boleh melakukan aktiviti seperti melawat bengkel pembuatan kapal kayu tradisional, mengunjungi muzium di Kota Lama Duyong dan mempraktikkan seni fotografi di Jeti Pulau Ketam.

Harga Tiket Feri: RM110/pergi balik

Trip Snorkeling: RM60-RM90

#12 Pulau Perhentian Besar

Bahagian Pulau Perhentian yang satu lagi ialah Pulau Perhentian Besar. Hampir keseluruhan pulau ini mampu memukau pandangan mata Mama. 

Pulau Perhentian Besar menawarkan ‘spot’ snorkeling dan menyelam skuba yang menjadi kegemaran ramai orang bercuti di pulau ini. 

Tidak cuma itu, Mama berpeluang menikmati pengalaman mendaki bukit untuk ke puncak kincir angin serta berkayak.

Harga tambang Pulau Perhentian Besar:
– Dewasa : RM70
– Kanak-Kanak : RM35

Pulau di Terengganu umpama anugerah buat peminat pulau. Banyak sekali aktiviti yang boleh dilakukan di setiap pulau. 

Beberapa pulau tidak menawarkan tempat penginapan kerana bertujuan untuk mengekalkan ekosistem dan memelihara khazanah semulajadi flora dan fauna. 

Buat Mama yang ingin membeli-belah dan memilih perjalanan day trip, Mama Siti cadangkan supaya Mama datang ke Pulau Duyong. 

Semoga Mama dapat berseronok dan menikmati percutian sepanjang di pulau-pulau di Terengganu ini. Selamat bercuti! Jom tengok senarai pulau lain di Malaysia pula!


Jom ke pelbagai tempat menarik di Malaysia dengan klik SINI.