KelabMama

15 Pulau di Sabah Yang Kaya Dengan Pelbagai Aktiviti – Mandi Lumpur, Hiking, ‘Blue Tears’ & Banyak Lagi!

senarai pulau di sabah terkini

Negeri Sabah sangat terkenal dengan tempat-tempat menarik dan pulau-pulaunya yang sangat cantik. Pasir dan pantainya yang memutih, digandingkan pula dengan kepulan awan biru di langit serta air lautnya yang jernih, melengkapkan landskap ikonik pulau di negeri Sabah.

Kali ini, Mama Siti kongsikan senarai pulau terbaik di Sabah, lengkap dengan aktiviti yang Mama dan seisi keluarga boleh lakukan sepanjang bercuti di sana. One thing for sure, semua WAJIB pergi walau sekali seumur hidup di pulau-pulau di Sabah ini!

Kredit gambar: JomJalan

15 Pulau Di Negeri Sabah (Paling Best Snorkeling, Hiking dan Food Hunting)

1. Pulau Mabul

Kredit gambar: lembehresort.com

Sebelum ini Pulau Mabul agak kurang dikenali oleh pelancong. Namun kini, ia semakin populer disebabkan aktiviti muck diving. 

Bayangkan lah dengan kawasan terumbu karang seluas 200 hektar, tentu menjadi habitat sotong kurita, sotong mimik, ketam dan pelbagai jenis ikan. 

2. Pulau Bohey Dulang

Tempat paling sesuai untuk terapi mata. Kepulan awan di langit digabungkan dengan air laut membiru dengan terumbu karang. 

Pulau Bohey Dulang agak kurang dengan aktiviti air. Apa yang ditawarkan disini ialah aktiviti mendaki bukit. Selain itu, Mama boleh melawat Taman Marin Tun Sakaran untuk melihat sendiri pembiakan spesies kerang gergasi dan rumpai laut.

3. Pulau Mataking

Kredit gambar: tampabay.com

Di pulau ini terdapat resort mewah. Selain menarik golongan berkeluarga dan bujang, Pulau Mataking sesuai bagi mereka yang ingin berbulan madu.

Pulau Mataking terletak 40 dari Semporna dan 45 minit dari Pulau Sipadan. Aktivit menarik di sini ialah melihat fluorescent coral iaitu hidupan laut yang bercahaya di waktu malam. 

3. Pulau Timba-Timba

Kredit gambar: TripAdvisor

Perjalanan ke Pulau Timba-Timba mengambil masa kira-kira 15 minit dari Pulau Pom Pom dengan menaiki bot laju. 

Pasir pantai yang memutih serta memanjang di tengah-tengah laut. Hebat bukan? Persis seperti filem Hindi 3 Idiots.

Pulau Timba-Timba terkenal dengan landskapnya yang menarik di samping aktiviti yang terdapat disini seperti snorkeling, menyelam dan bersantai.

4. Pulau Manukan

Kredit gambar: Viator

Pulau kedua terbesar yang berada di Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Cara untuk datang ke sini tak lain tak bukan adalah dengan menaiki bot. 

Pulau Manukan ini boleh dikatakan underrated disebabkan terdapat banyak aktiviti menarik disini dengan pemandangan yang memukau. Aktiviti parasailing memberikan Mama perasaan berada di udara dan mencecah air laut dengan payung terjun. 

5. Pulau Gaya

Kredit gambar: sabah.attractionsinmalaysia.com

Boleh dikatakan sebuah pulau yang paling dekat dengan Kota Kinabalu. Ini kerana jaraknya hanya memakan waktu lebih kurang 10 minit sahaja. 

Pulau Gaya ada apa? 

Nikmati pengalaman flying fox di atas terumbu karang yang melalui Pulau Gaya ke Pulau Sapi. Taman Negara Tunku Abdul Rahman terletak berhampiran dengan Pulau Gaya. pelbagai aktiviti ada di sini. 

6. Pulau Mamutik

Kredit gambar: kmkmiaksarawak.com

Tumpuan destinasi percutian pelancong ke negeri Sabah ialah melawat Pulau Mamutik. Di Jesselton Point ada perkhidmatan sewaan bot disediakan.

Apa yang Mama perlu lakukan ialah menyewa bot dan memberitahu mereka jam berapa mereka perlu menjemput Mama.

Aktiviti snorkeling boleh dilakukan di sini tetapi hendaklah peka dengan keadaan sekeliling kerana terdapat banyak obor-obor.

7. Pulau Sapi

Kredit gambar: Pulau Seribu

Terletak bersebelahan dengan Pulau Gaya dengan keluasan 25 ekar. Aktiviti snorkelling dan menyelam antara aktiviti pilihan disini. 

Peminat aktiviti perkhemahan? 

Jemput datang ke Pulau Sapi ya tapi jangan lupa pula minta kebenaran dengan Warden Taman terlebih dahulu.

8. Pulau Sipadan

Kredit gambar: Flickr

Salah satu tempat terbaik buat penggemar aktiviti selam. Apa yang mereka cari ialah barracuda tornado iaitu fenomena arus kuat oleh ikan barracuda.

Oh ya, Mama jangan terkejut pula ya kalau terlihat banyak anggota keselamatan di kawasan sekitar. Dahulunya, Pulau Sipadan sering menjadi tumpuan penculikan.

Disebabkan itu, anggota ATM & TLDM ditugaskan untuk memperketat keselamatan.

9. Pulau Kapalai

Pulau Kapalai terletak di sebuah lokasi yang terpencil. Disebabkan itu, kebersihan dan kehidupan marin di pulau ini masih terjaga. 

Aktiviti menarik di Pulau Kapalai adalah seperti berenang di dasar terumbu karang sambil menikmati kejernihan air lautnya. 

10. Pulau Banggi

Terletak di Kudat, Sabah dan merupakan pulau ketiga terbesar di Malaysia. Aktiviti menarik di Pulau Banggi ialah mendaki bukit setinggi 529 m atau kira-kira 2 jam pendakian.  

Pulau Sibodo Bangi menawarkan makanan laut segar dengan harga yang berpatutan untuk mama nikmati. Kelebihan melancong di Pulau Banggi ialah Mama berpeluang merasai sendiri cara hidup masyarakat tempatan. 

11. Pulau Rusukan Besar

Orang setempat memanggil pulau ini sebagai Pulau Rugokan Besar. Ia terletak di daerah Labuan dan berkeluasan 30 ekar sahaja. 

Kredit gambar: joysaball.com

Walaupun kecil ia menawarkan aktiviti seperti scuba, mendayung perahu, penetasan telur penyu dan peluang menikmati ‘blue tears’. Blue tears ialah fenomena plankton bercahaya yang terdampar di darat dalam warna biru terang di waktu malam. 

12. Pulau Sebangkat

Kredit gambar: theborneopost.com

Merupakan sebuah pulau yang paling dekat dengan daratan kota Semporna. Dengan menaiki bot, Mama boleh sampai ke Pulau Sebangkat dalam masa 15 minit sahaja kerana jaraknya hanyalah 10km.

Perkampungan bajau laut atau sea gypsy mungkin menarik perhatian pengkaji antropologi di seluruh dunia. Aktiviti lain yang terdapat di sini ialah snorkeling, menyelam skuba, muck diving serta melawat tempat pembiakan rumpai laut.

Sebenarnya ada tiga akses untuk ke Pulau Sebangkat;

  1. Menaiki bot dari Semporna- 15 minit
  2. Menaiki bot dari Pulau Pom Pom- 30 minit
  3. Menaiki bot dari Pulau Mataking- 1.5 jam 

13. Pulau Pom Pom

Naik bot laju dari Semporna terus ke Pulau Pom Pom. Tempat ini agak terpencil dan tidak ada ramai pengunjung. 

Suasananya pun damai  tenang. Mama Siti rasa tempat ini sangat sesuai untuk golongan introvert dan ambivert. 

Kredit gambar: JomJalan

Pulau Pom Pom terkenal dengan pemandangan bawah lautnya yang memukau. Selain itu, ia menawarkan lokasi terbaik untuk majlis tertentu seperti hari perkahwinan. 

14. Pulau Tiga

Ia juga dikenali sebagai Pulau Survivor bersempena penggambaran rancangan televisyen Survivor musim pertama. 

Untuk sampai ke Pulau Tiga, Mama perlu menempuh perjalanan sejauh 140 km dari Kota Kinabalu ke Kuala Penyu. Kemudian, menaiki bot selama 45 minit untuk sampai ke Pulau Tiga.

Aktiviti air dan hutan ada disini. Mama boleh menerokai hutan bagi melihat sendiri kepelbagaian flora dan fauna.  Disinilah satu-satunya tempat boleh mandi lumpur kesan dari letusan gunung berapi suatu masa dahulu.

Kredit gambar: badruddin / Shutterstock.com

Tidak disangkal lagi pulau-pulau di Sabah mashyur dengan pasir yang memutih dan terumbu karang. Selama ini Mama Siti fikirkn di Sabah hanya ada aktiviti air sahaja, rupa-rupanya terdapat aktiviti mendaki bukit dan penetasan telur penyu juga.

Kalau Mama melancong di Sabah jangan lupa dapatkan makanan laut yang segar dan harganya yang murah. Mama Siti yakin tak akan kecewa.

Baiklah, semoga perkongsian ini membantu Mama merancang aktiviti pelancongan di pulau sekitar negeri Sabah. Kita jumpa lagi.