KelabMama

Keunikan 8 Pulau di Melaka Untuk Pelancongan, Kaki Pancing dan Eksplorasi

‘Teringin nak jelajah Melaka tapi bosanlah asyik-asyik pergi Bandar Hilir.”

Mama Siti faham sangat perasaan itu. Selain klise, tempat-tempat menarik di Melaka itu sudah sangat sesak dengan kunjungan pelancong. 

Apa kata kali ini kita tengok-tengok pulau di Melaka pula? Melaka pun ada pulau cumanya tak semua dibuka untuk aktiviti pelancongan. 

8 Pulau Di Melaka dan Aktiviti Yang Disediakan

Kredit gambar: Paradise 101

Melaka yang kita lihat pada hari ini sangat jauh berbeza dengan lanskap negeri Melaka suatu ketika dahulu. 

Walaupun kini telah banyak tempat-tempat yang telah di tambak, kita masih boleh merasai suasana tepi laut dengan mengunjungi pulau-pulau di negeri Melaka. 

Namun begitu, bukan semua pulau di negeri ini sesuai untuk aktiviti pelancong. Ada sebahagiannya dikhususkan untuk kaki pancing, ada pula yang dilarang untuk memasuki perairan tersebut. 

Tak usah khuatir kerana masih ada pulau yang menyediakan tempat penginapan dengan aktiviti yang menyeronokkan seperti Pulau Upeh dan Pulau Melaka.

#1 Pulau Hanyut

Kredit gambar: Pulau Seribu

Sebuah pulau yang memukau pandangan dan menenangkan jiwa. Kaki pancing selalu datang ke pulau ini untuk mencuba nasib mengail ikan di lubuk-lubuk tertentu. 

#2 Pulau Nangka

Kredit gambar: mStar

Dikatakan Sultan Mahmud Shah ada menyembunyikan hartanya di pulau ini ketika era penjajahan Portugis itu. 

Kisah harta karun sultan terakhir negeri Melaka itu pernah menjadi sensasi dan mendapat perhatian banyak pihak. 

#3 Pulau Undan Melaka

Kredit gambar: Kosmo Digital

Di sini, Mama berpeluang menyelam skuba dan snorkeling di laut. Kelebihan Pulau Undan Melaka ialah ianya dibuka sepanjang tahun, dan dibenarkan melakukan aktiviti air dalam tempoh tersebut.

Jadi, jika Mama teringin nak berenang dan melihat terumbu karang, datang lah ke Pulau Undan walaupun ketika musim tengkujuh.

#4 Pulau Upeh

Kredit gambar: The Star

Melihat potensinya dalam sektor pelancongan, kerajaan Negeri Melaka kini telah membuka Pulau Upeh sebagai lokasi percutian pengunjung dari dalam dan luar negara. 

Lokasinya yang dekat dengan dengan Pantai Klebang memainkan peranan besar kedatangan pelancong. Mama boleh menginap di chalet sambil menikmati udara segar sambil menyaksikan penyu mendarat di pantai pulau ini. 

#5 Pulau Dodol

Kredit gambar: The Vibes

Sejak diwartakan sebagai Taman Laut Negara, aktiviti melabuhkan tukun tiruan telah pun dijalankan bagi tujuan konservasi terumbu karang yang unik di peringkat antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri melarang sebarang aktiviti perikanan dalam jarak satu batu nautika

#6 Pulau Hantu

Kredit gambar: Pulau Hantu

Tidak jauh dari Pulau Besar Melaka terletaknya Pulau Hantu. Saking dekatnya lokasi kedua-dua pulau itu, Mama boleh berjalan kaki dari Pulau Hantu ke Pulau Besar Melaka ketika air surut. 

Lebih unik lagi, Pulau Hantu berkongsi hak milik dengan kerajaan Singapura. Jadi, jangan aneh pula kalau Mama jumpa petanda sempadan ketika menjelajah pulau ini. 

#7 Pulau Besar Melaka

Kredit gambar: Astro Awani

Lokasinya yang hanya tiga batu nautika dari Banda Hilir Melaka ini menarik minat pengunjung untuk melihat keindahan alam semula jadi yang ada di pulau ini. 

Cara datang ke Pulau Melaka adalah melalui pengangkutan feri dari jeti Anjung Batu dan juga melalui bot laju dari jeti Umbai. 

Tempat menarik di Pulau Melaka:

#8 Pulau Melaka

Kredit gambar: Jomjalan

Negeri Melaka juga tidak ketinggalan memanfaatkan kawasan pinggir laut yang ditambak menjadi pulau buatan seluas 40 hektar dan 50 hektar. 

Tarikan utama Pulau Melaka ialah Masjid Selat atau juga dipanggil Masjid Terapung kerana struktur binaan atas air.   

Kredit gambar: Resort World Langkawi

Lokasi jalan-jalan yang bermakna tak semestinya kena pergi ke tempat-tempat viral. Kita bahagia cara kita. 

Tak rugi kita terokai khazanah yang ada di pulau sekitar negeri Melaka. Perhatikan lah keunikan negeri ini agar bertambah kecintaan kita terhadapnya. 


Jom ke pelbagai tempat menarik di Malaysia dengan klik di SINI.