KelabMama

Cara Puasa Hari Arafah dan Amalan Sunatnya

Kredit gambar: Magic Orb Studio / Shutterstock.com

Selain sambutan hari raya Aidilfitri, ada satu lagi hari penting yang diraikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Sambutan Hari Raya Aidil Adha ialah sambutan yang tidak kurang pentingnya. 

Apa persamaan dalam kedua-dua perayaan ini? 

Kedua-duanya terdapat puasa. Namun masih ada perbezaan iaitu berkenaan hukumnya. Berpuasa di bulan Ramadan diwajibkan untuk semua orang beragama Islam yang mampu. Manakala berpuasa di bulan Dzulhijjah hukumnya sunat.

Puasa sebelum Hari Raya Aidil Adha dipanggil puasa hari Arafah. Ianya diambil sempena hari wuquf di Padang Arafah bagi orang yang mengerjakan haji di Mekah.

Ya, nampaknya Mama macam dah tahu apa topik kita kali ini kan? Kali ini, Mama Siti nak bercerita pasal puasa Hari Arafah. 

Kredit gambar: Suaramerdeka

Puasa Arafah termasuk dalam 11  jenis puasa yang terdapat dalam syariat Islam. Seperti yang kita semua tahu, Hari Raya Aidil Adha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. 

Tarikh 9 Dzulhijjah dipilih kerana peristiwa Nabi Ibrahim mendapat wahyu untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail AS. Wahyu tersebut terjadi melalui mimpi pada hari kesembilan bulan Dzulhijjah. 

Arafah bermaksud keyakinan dalam bahasa arab. Oleh kerana keyakinan baginda berdua untuk menjalankan perintah Allah itu, maka nama Arafah diabadikan sebagai nama padang tempat para jemaah haji berwukuf.

Khas untuk Mama yang bercadang ingin berpuasa pada tahun ini, pastikan Mama dah tanda di planner masing-masing tarikh puasa arafah tahun 2022. 

Pada tahun 2022, tarikh 9 Dzulhijjah 1443H  jatuh pada 9 Julai 2022 dan beersamaan dengan hari Sabtu. 

Kaifiat (cara-cara) Puasa Arafah

Niat

Kredit gambar: Akuislam.com

“Nawaitu shauma syahri dzil hijjati sunnatan lillahi ta’ala”

Maksudnya: Sahaja Aku berpuasa sunat Arafah kerana Allah Taala

Jangka Masa 

Puasa Arafah masih sama dengan puasa di bulan Ramadan. Bermula dari azan subuh hingga azan maghrib. Peraturan berpuasanya juga sama seperti puasa Ramadan. Dimana ia akan terbatal apabila seseorang melakukan perkara yang membatalkan puasa.

Doa Berbuka Puasa

Kredit gambar: Akuislam.com

“ Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Rohimin”

Maksudnya: Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Al-Imam As-Syafi`e berpendapat: 

“Disunatkan puasa pada hari Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat beribadat di ‘Arafah”

Menurut beliau, seelok-eloknya jemaah yang sedang menunaikan haji untuk tidak berpuasa agar mereka lebih bertenaga dalam melengkapkan rukun Islam kelima itu. 

Kelebihan Puasa Arafah

Kredit gambar: Muslim.okezone.com
  1. Diampunkan dosa untuk dua tahun

Dari Abu Qatadah Al-Anshari (ia berkata),” Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang (keutamaan) puasa pada hari Arafah?” Maka dia menjawab, “ Menghapuskan (kesalahan) tahun yang lalu dan yang sesudahnya” 

[HR Muslim]

Allah memberikan keampunan bagi orang yang berpuasa untuk satu tahun sebelum dan satu tahun kedepan.

  1. Hari Mustajab Berdoa

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda, “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah” [HR Tirmidzi]

Dari ‘Aisyah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” [HR Muslim]

  1. Sunnah Rasullulah SAW 

“Ada empat perkara yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah yaitu puasa asyura, puasa hari arafah, puasa tiga hari setiap bulan dan shalat dua rakaat sebelum subuh” [HR An Nasa’i dan Ahmad]

  1. Ganjaran Syurga

Riwayat Sayyidah Aisyah RA, bahawa siapa yang mengerjakan puasa arafah akan mendapatkan istana-istana di surga yang terbuat dari berlian dan emas :

Dari Rasulullah SAW : “Di surga ada istana-istana yang terbuat dari intan, berlian, emas dan perak , Sayyidah Aisyah bertanya : untuk siapa istana-istana tersebut ya Rasulullah? Rasulullah menjawab “untuk orang yang berpuasa di hari arafah”

Amalan Sunnah di Hari Arafah

Kredit gambar: Freepik
  1. Bertakbir

Dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata, “Kami pagi-pagi bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dari Mina menuju Arafah, di antara kami ada yang bertalbiyah dan di antara kami ada yang bertakbir” [HR Muslim]

  1. Berzikir

Daripada Ibnu ‘Umar Radiallahu ‘anhuma, Rasulullah SAW bersabda :

”Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah serta tidak ada hari-hari di mana amalan pada hari-hari tersebut lebih disukai olehNya lebih daripada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah ini. Maka perbanyakkanlah pada hari-hari itu tahlil dan takbir serta tahmid.” (HR Imam Ahmad)

  1. Berdoa

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”.

(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu)” [HR At-Tirmizi]

  1. Beristighfar

Sebaiknya, kita manfaatkan hari Arafah dengan memohon ampun dari Allah. Kita ambil peluang untuk berdoa sebanyak mungkin pada masa jemaah haji sedang wukuf di Padang Arafah. 

Selain itu, istighfar juga menjadikan kita lebih bertakwa. Semoga dengan usaha kita meminta keampunan dapat menyucikan jiwa. Sesungguhnya hanya tuhan yang mampu mengampunkan dosa-dosa hambaNya. 

  1. Bersedekah
  2. Membaca Al-Quran

Buatlah semampu Mama. Apa sahaja yang berkaitan dengan Al-Quran, insya allah dapat membantu kita melorongkan jalan ke syurga. 

Membetulkan bunyi mahraj, bacaan tajwid serta memahami tafsirannya. Pastikan anda berguru dengan individu yang dipercayai dan tidak membawa ajaran yang terpesong. 

  1. Menghadiri Majlis Ilmu

Puasa Hari Arafah tak lain tak bukan adalah agar kita menghayati erti pengorbanan melalui kisah Nabi Ibrahim AS dan anaknya. Kisah tersebut memberikan seribu satu pengajaran kepada umat Islam hari ini. 

Antara pengajarannya ialah kita hendaklah selalu menjalankan perintah Allah SWT dengan yakin. Suruhan tuhan tidak akan mensia-siakan manusia, sesungguhnya Dia lebih tahu tentang jiwa hamba-hambaNya. 

Oleh itu, penting untuk kita sebagai hamba agar selalu percaya bahawa tuhan itu maha adil. Elakkan diri daripada bersifat ragu-ragu dengan ketentuan Allah.