KelabMama

PRODUK NUK BANTU IBU BEKERJAYA MENYELESAIKAN MASALAH PENYUSUAN

Walaupun teori laktasi menegaskan penyusuan susu ibu menggunakan botol adalah tidak digalakkan dan melanggar etika penyusuan namun ia boleh menimbulkan pelbagai masalah dalam penyusuan terutama bagi ibu bekerjaya. Teknik penyusuan menggunakan botol amat berbeza jika dibandingkan dengan teknik penyusuan ibu secara terus. Jika bayi mula diperkenalkan penggunaan botol dan puting sejak dari kecil, dikhuatiri dia akan mengalami masalah keliru puting dan masalah-masalah lain dalam penyusuan. Walaupun ada alternatif lain selain menggunakan botol tetapi kaedah tersebut agak mencabar dan hakikatnya kebanyakkan ibu masa kini bekerja dan perlu meninggalkan anak sama ada di rumah sendiri, pengasuh atau taska. Atas alasan ini, anda tiada pilihan lain selain menyusukan bayi menggunakan botol sewaktu ketiadaan anda.

 

PEMILIHAN BOTOL SUSU NUK

../../../video/NUK_pasal_puting_3.mp4

Ramai ibu bapa di Malaysia mempercayai produk penyusuan NUK jenama daripada German yang telah mula bertapak sejak tahun 1956 dan memasuki pasaran Malaysia sejak 1993 lagi. Botol susu jenama ini bebas BPA (BPA free). NUK menampilkan botol jenis  Premium Choice, PP Botol Classic  dan Susu Botol Kaca dengan puting jenis Ortodontik dalam pilihan jenis silikon dan getah. Harga botol susu NUK dipasaran bermula dari RM30.

Puting Ortodontik Jenis Silikon & Getah

 ../../../video/NUK_pasal_puting_2.mp4

Permukaan puting NUK adalah sangat lembut, namun ia tidak mudah koyak. Dibuat dari bahan silikon dan juga getah berkualiti, puting NUK mempunyai keanjalan yang menyerupai payudara sebenar seorang ibu. Maka ia dapat mengelakkan bayi mengalami kecelaruan puting ketika ibu keluar bekerja. Bentuk Ortodontik puting NUK membuat mulut bayi membuka secara semula jadi, dan menyokong mulutnya secara lembut dan sangat sesuai dengan bibir bayi yang lembut. Tekstur puting NUK memastikan kelembutan ideal dan keanjalan supaya bayi boleh menghisap dengan mudah dan selesa.

 ../../../video/NUK_saiz_puting.mp4

Pakar penyelidik berpendapat, puting NUK direka dengan bentuk yang sesuai dan sempurna dengan lidah dan rahang bayi anda. Ia membolehkan pergerakan lidah lancar sambil meminimumkan pengambilan udara semasa menyusu. Inovatif sistem Air Anti-Colic yang terdapat pada produk botol susu NUK dapat mengurangkan risiko kembung perut bayi. Ia mengurangkan gelembung udara semasa bayi minum susu menggunakan botol, sekaligus dapat mengelakkan risiko kolik.

 

Kesemua botol susu NUK dan puting telah mendapat kelulusan daripada Yayasan Kesihatan Pergigian yang memperakui produk NUK menggalakkan pembangunan mulut bayi yang sihat. Setiap tahun, lebih 3 juta puting NUK Orthodontic digunakan di wad bersalin dan unit Neonatal di seluruh UK. 93% pakar kanak-kanak dan 87% daripada bidan mencadangkan penggunaan puting NUK.

 

Botol Susu NUK Edisi Disney

NUK merupakan antara pengeluar produk penyusuan seperti botol susu paling menarik pandangan kerana mempunyai corak dan grafik label yang cantik dan menarik mengikut tema tertentu berbanding botol susu jenama lain. Corak dan grafik pada botol susu NUK sentiasa diubah dari semasa ke semasa dan tidak akan diulang cetak semula.

 

CADANGAN NUK

 ../../../video/NUK_pasal_puting_1.mp4

INFO PENYUSUAN MENGGUNAKAN BOTOL UNTUK IBU BERKERJAYA.

Untuk ibu berkerjaya, anda pasti inginkan yang terbaik untuk si manja. Untuk mengelakkan bayi anda kecelaruan puting ketika menyusu badan  atau menggunakan botol susu ketika anda keluar bekerja, sarankan ini kepada pengasuh atau penjaga taska bayi anda.

 

Anda boleh dapatkan produk keluaran NUK di pasaraya besar terdekat: AEON, PARKSON, Giant, Manjaku, Robinson, Anakku atau atas talian di Angelland, Motherhood, Anakku, Lazada Malaysia dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, layari www.nuk.my atau kunjungi Facebook  NUK Malaysia www.facebook.com/nuk.my