KelabMama

PRODUK JOHNSONS BABY BATH PEKA PENJAGAAN KULIT SI MANJA SEJAK ZAMAN BERZAMAN

Tahap sensitiviti kulit bayi adalah berbeza daripada golongan dewasa. Oleh itu mereka memerlukan penjagaan pembersihan yang sangat lembut dan tidak mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan kulit terdedah kepada kekotoran dan jangkitan kuman. Ini kerana semasa dalam kandungan ibu, bayi dilindungi secukupnya oleh lapisan semula jadi yang dipanggil verniks dan lipid yang dikenali sebagai seramida. Kedua-dua lapisan lembapan ini penting kerana kulit bayi yang baharu dilahirkan adalah 30 peratus lebih nipis daripada kulit orang dewasa. Selain kurang matang, kulit bayi juga lebih cepat kehilangan air, lebih rentan kepada persekitaran dan lebih sensitif kepada cahaya matahari. Struktur kulit bayi membuatkannya lebih cenderung kepada iritasi, jangkitan serta alahan berbanding orang dewasa dan akan terus berkembang sepanjang tahun pertama kehidupan. Tidak hanya terhad untuk tahun pertama sahaja malah kepentingan penjagaan kulit kanak-kanak akan berterusan sehingga mereka boleh berjalan atau bertatih.

 

Kanak-kanak bertatih ialah anak yang berusia antara satu hingga tiga tahun di mana ketika itu kulit mereka masih lembut dan sensitif. Apabila bayi membesar dan mula bertatih, keperluan nutrisi dan penjagaan kulit juga akan berubah kerana pada fasa ini mereka akan meneroka persekitaran dengan aktif. Memandangkan kanak-kanak menjadi lebih aktif pada usia ini, maka adalah penting untuk ibu bapa menggunakan produk yang lembut serta dirumus khas untuk kulit demi memastikan kulit mereka sentiasa sihat dan lembap. Ibu bapa mungkin menganggap sabun mandian keluarga atau orang dewasa adalah lebih baik untuk membersihkan kulit anak-anak, hakikatnya, tanpa mereka sedari produk-produk tersebut mungkin menjejaskan kulit si kecil yang masih sensitif dan halus. Anak-anak kecil ini sebenarnya masih tidak bersedia untuk menggunakan produk mandian keluarga kerana mungkin terlalu kasar dan boleh menyebabkan kulit anak-anak ini menjadi kering. Rangkaian produk Johnson’s dirumus khas untuk memberikan perlindungan lengkap kepada kulit kanak-kanak bertatih.

 

MANFAAT SEPENUHNYA MASA MANDI

 

Sentuhan lembut anda yang penuh kasih sayang semasamemandikan si manja dan dakapan hangat anda selepas itu menyokong perkembangan yang ceria dan sihat untuk bayi anda. Kajian membuktikan 84% daripada ibu bapa mengatakan masa mandi merupakan masa berkualiti yang terbaik bersama si manja mereka, ramai yang memandang rendah kuasa dan faedahnya. Sentuhan lembut anda yang penuh kasih sayang semasa memandikan si manja dan dakapan hangat anda selepas itu menyokong perkembangan yang ceria dan sihat untuk bayi anda. Malah, kajian menunjukkan bahawa sentuhan anda dapat menggalakkan perkembangan sosial dan emosi yang sihat serta meningkatkan kemahiran motor si manja.