KelabMama

PRIHATIN YA MAMA! BASUHLAH DENGAN KERAP MAINAN SI MANJA ANDA

Adakah anda membasuh alat permainan si kecil? Bilakah kali terakhir anda melakukannya? Memastikan alat permainan sentiasa bersih merupakan satu langkah yang bijak! Anak kecil terutamanya bayi sering memasukkan jari atau alat permainan ke dalam mulut. Jika alat permainan dan permukaan tempat si kecil bermain tidak bersih, bakteria dan virus pasti mudah berpindah kepada bayi. Perkara ini sering diambil ringan oleh para ibu bapa. Alat permainan yang kotor boleh meningkatkan risiko jangkitan bakteria dan virus pada kanak-kanak. Membersihkan alat permainan seharusnya dijadikan rutin kepada para ibu bapa sama seperti membasuh kereta mahupun mengemop lantai rumah.

 

BERAPA KERAP ANDA PERLU MEMBERSIHKAN ALAT PERMAINAN SI KECIL?

Ia terpulang kepada ibu bapa berapa kerap alat permainan itu hendak dibasuh. Anda tidak perlu menyusahkan diri membersihkannya setiap hari. Namun, adalah baik jika alat permainan anak anda dibersihkan pada masa yang tertentu seperti;

 

KAEDAH MEMBASUH ALAT PERMAINAN

Alat permainan keras (diperbuat daripada plastik)

 

KAEDAH 1

Gosok alat permainan dengan berus dan air sabun

Bilas dengan air bersih

Keringkan dan lap dengan tisu alcohol (wet wipe tissue)

 

KAEDAH 2

Gosok alat permainan dengan berus dan air sabun

Rendam di dalam *air yang dicampur peluntur selama 10-20 minit

Bilas dengan air bersih

Keringkan

Alat permainan yang mempunyai bateri/diperbuat daripada kayu atau besi/permainan bersaiz besar

 

Lap permukaan luar menggunakan span sabun

Kemudian lap menggunakan kain lembap yang telah direndam *air yang dicampur peluntur

Keringkan

*Cara mudah sediakan air campuran peluntur:

Campurkan 1 sudu (15 ml) peluntur untuk setiap 1 liter air.

Peluntur yang telah dicampurkan air pada jumlah yang betul adalah selamat untuk digunakan sebagai cecair pembersih alat permainan. Klorin pada peluntur akan tersejat dengan cepat semasa dikeringkan.

 

ALAT PERMAINAN LEMBUT/KAPAS/KAIN

 

MEMBASUH ALAT PERMAINAN MENGGUNAKAN MESIN BASUH

Membiasakan si kecil mempunyai bantal atau selimut busuk juga sebaiknya tidak perlu diamalkan. Ini kerana, kotoran bakteria akan berkumpul pada bantal dan selimut dan ia sebenarnya boleh mengundang jangkitan. Untuk anak yang mempunyai bantal/selimut busuk, basuhlah sekali-sekala terutamanya apabila ia kelihatan kotor.

 

TIPS LAIN MENJAGA KEBERSIHAN ALAT PERMAINAN

 

 

 

 

Sumber: zuriat.my