KelabMama

3 Sebab Mengapa Prebiotik Oat Sangat Baik Untuk Masalah Kulit Kering & Gatal

Oat sememangnya sangat terkenal dengan khasiatnya pada kesihatan tubuh badan kita – terutama sekali pada jantung dan juga dalam mengurangkan kolesterol jahat. Malah, sifatnya yang mengenyangkan juga membuatkan oat merupakan satu sumber terbaik untuk menurunkan berat badan. 

Tetapi, masih ramai juga tidak tahu khasiat oat pada kesihatan dan kecantikan kulit kita. Jangan risau, bukan Mama seorang sahaja yang baru tahu mengenai hal ini. Mama Siti pun baru sahaja didedahkan dengan khasiat oat pada kulit – thanks to masalah kulit kering yang dialami sejak beberapa minggu yang lalu. 

Kulit Mama Siti kering sangat dua tiga menjak ni. Tambah pula dengan cuaca panas terik sekarang. Sampai mengelupas dekat beberapa bahagian anggota badan. 

Sedih rasa tengok kulit sendiri yang sangat kering, Mama Siti terus lakukan beberapa research mengenai bahan-bahan atau produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Dan melalui kajian tersebut, oat merupakan antara bahan yang dapat membantu mengembalikan kelembapan kulit Mama Siti. Ya, betul Mama! 

Sebelum saya ceritakan lebih lanjut, jom ketahui beberapa manfaat oat pada kesihatan tubuh badan dan kulit kita:

#1 Oat mengandungi Beta-Glucan 

Beta-glucan yang terdapat di dalam oat merupakan satu sumber serat terbaik yang membantu dalam pertumbuhan probiotik sihat di dalam usus kita. Beta-glucan juga terbukti dapat menurunkan kadar kolesterol jahat dalam darah kita. 

Untuk pengetahuan Mama, Beta-Glucan juga bagus untuk kulit kita kerana ia tinggi dengan antioksidan yang dapat membantu menghalang kerosakan sel-sel kulit.

Malah, sifatnya yang antioksidan juga sangat bagus dalam mengekalkan keremajaan kulit dengan mengurangkan tekanan oksidatif yang boleh membuatkan kulit kelihatan lebih tua sebelum waktunya. 

Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan, beta-glucan juga dapat membantu merawat masalah dermatitis, ekzema, luka dan kulit terbakar dengan merawat kulit kita. 

#2 Nutrien yang Seimbang 

Oat yang kaya dengan serat, karbohidrat dan juga pelbagai vitamin dan mineral seperti folat, vitamin B1 dan vitamin B5 membantu dalam meningkatkan kesihatan kulit. 

Sebagai contoh, vitamin B5 yang juga dikenali sebagai asid pantotenik merupakan sejenis vitamin B yang membantu tubuh kita berfungsi pada tahap yang paling sihat dan kuat.

Oat yang kaya dengan vitamin B5 terbukti berfungsi sebagai pelembap semula jadi dan sama seperti beta-glucan, ia membantu dalam penyembuhan luka. Tambahan pula, sifatnya yang ‘humectant’ bagus dalam mengekalkan kelembapan kulit, menjadikan kulit kita lebih lembut dan terhidrat yang juga baik sebagai salah satu ejen anti-penuaan. 

#3 Membantu merawat kegatalan dan kulit kering

Sifat antioksidan dan anti-radang oat membantu merawat kulit kering dan membuang sel-sel kulit mati. Sebenarnya, oat sudah lama terkenal dengan penggunaannya dalam merawat kegatalan dan kerengsaan kulit. Malah, ia juga terkenal dalam membantu memulihkan pelbagai keadaan kulit seperti ekzema.

Kalau Mama tak tahu, kandungan pH yang tinggi boleh menyebabkan kulit kita kering dan gatal sehingga mengelupas. Oat merupakan antara sumber terbaik dalam mengembalikan tahap pH kulit kepada normal. Apabila pH kulit kita normal, kulit kita akan menjadi lebih lembut dan juga melindungi kulit daripada ‘external irritants’ dengan memberi kelembapan pada kulit. 

Ini merupakan antara manfaat oat pada kulit kita. Setelah Mama Siti tahu akan khasiat-khasiat oat ini, Mama terus ke mendapatkan produk penjagaan kulit kering yang menggunakan oat sebagai bahan utama (dan sesuai untuk kulit sensitif Mama Siti ini!) iaitu Aveeno®.

Aveeno® – Kaya Dengan Bahan Semula Jadi untuk Kulit Kering & Sensitif Anda 

Rangkaian produk Aveeno® yang kaya dengan Prebiotic Triple Oat membantu menguatkan ‘skin barrier’ dan menyokong ekosistem semula jadi kulit, menjadikannya lebih sihat dan cantik.  

Selain daripada Prebiotic Triple Oat, produk Aveeno® juga telah diformulasi dengan pelbagai bahan semula jadi yang lain, yang membantu menyembuhkan dan memulihara kulit kita, terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. 

Produk Aveeno® juga telah terbukti secara klinikal dalam menghilangkan kulit gatal dan kering dalam hanya satu hari*! Sebab itulah ia juga disyorkan oleh para dermatologi. Mama jangan risau, bahan-bahannya yang semula jadi dan bebas daripada bahan kimia seperti ‘triclosan’, ‘microbeads’, ‘phthalates’, ‘1,4-dioxane’, dan ‘formaldehyde-releasing preservatives’, menjadikannya selamat untuk digunakan oleh orang dewasa dan bayi. 

* Berdasarkan penilaian klinikal: Dengan penambahbaikan melebihi 70%

Antara produk Aveeno® yang WAJIB Mama cuba untuk merawat kulit kering dan sensitif Mama adalah: 

Aveeno® Skin Relief Body Wash 

Sabun badan ini mengandungi oatmeal yang menenangkan yang dapat membantu melembapkan kulit kita walaupun selepas dibilas. Aveeno® Skin Relief Body Wash bebas tanpa sebarang pewarna, bebas pewangi dan juga hypoalergenik, menjadikannya sangat lembut walaupun untuk kulit sensitif!

Aveeno® Skin Relief 24hr Moisturizing Lotion 

(Personal favourite Mama Siti!) 

Losyen ini diformulasikan dengan Triple Oat Complex, minyak oat dan juga shea butter semula jadi. Bahan-bahan yang sangat ‘powerful’ ini menjadikan kulit kita lebih lembab dan membantu dalam memulihkan kulit kering. Ia cepat menyerap, bebas tanpa sebarang bahan pewangi dan juga bebas steroid. Losyen ini turut terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kegatalan dan kulit kering sejak pertama kali menggunakannya. Sebab itulah Mama Siti sangat sukakan losyen ini!

Aveeno® Daily Moisturizing Lotion 

Antara bahan utama yang terkandung dalam losyen ini ialah Oatmeal Kolodial. Losyen ini terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit kering dalam hanya 1 hari dan dengan peningkatan yang ketara dalam 2 minggu. Kulit Mama Siti terasa lebih lembut dan licin selepas setiap kali penggunaan. Ia juga bebas wangian, tidak berminyak dan tidak komedogenik. 

Apa yang lebih menarik, Aveeno® kini turut mempunyai rangkaian produk penjagaan kulit untuk bayi iaitu  Aveeno® – Aveeno® Baby Wash & Shampoo dan Aveeno® Baby Daily Moisture Lotion. 

Sama seperti rangkaian produk Aveeno® untuk dewasa, Aveeno® Baby diperbuat khas untuk bayi yang mengalami kulit sensitif. 

Aveeno® Baby Wash & Shampoo

Aveeno® Baby Wash & Shampoo mengandungi ekstrak oat semula jadi. Ia membersih kulit bayi tanpa mengeringkan dan juga melindungi kulit mulus si manja kita. Yang membuatkan Mama Siti percaya dengan Aveeno® Baby Wash & Shampoo ini ialah ia hypoalergenik, bebas sabun dan tidak memedihkan mata bayi, lembut untuk kegunaan seharian dan juga disyorkan oleh pakar pediatrik. 

Aveeno® Baby Daily Moisture Lotion

Kulit si manja pun perlukan losyen sebagai pelembab juga tau! Lagi-lagi untuk kulit anak yang kering dan sensitif. 

Losyen ini diformulasikan dengan Oatmeal Kolodial yang membantu melindungi kulit bayi selama 24 jam sehari. Ia tidak berminyak, hypoalergenik, bebas tanpa sebarang pewangi mahupun pewarna, bebas paraben dan phthalate, menjadikannya cukup lembut untuk kegunaan seharian. 

Dengan penggunaan kerap rangkaian produk Aveeno®, kulit Mama Siti lebih lembab dan sihat. Jom sama-sama kita memulihara kesihatan kulit kita dengan mendapatkan satu botol Aveeno® Skin Relief Lotion 30g bernilai RM9.50 secara PERCUMA dengan setiap pembelian losyen untuk orang dewasa di Watsons sehingga 29 Mac 2021 (Semenanjung Malaysia) dan 5 April 2021 (Sabah & Sarawak).

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Aveeno®, layari laman rasmi, Facebook, Instagram dan laman Youtube Aveeno® hari ini.