KelabMama

Jadikan Sikap Positif Kebiasaan Baharu – 4 Perkara yang Boleh Dilakukan untuk Bersiap Sedia Menghadapi 2021

Tahun 2020 berlalu membawa banyak pengajaran, dengan pelbagai dugaan dan cabaran dihadapi walaupun tahun 2020 sukar bagi kebanyakan kita, marilah kita merenung kembali untuk mengambil iktibar dan mengiktiraf pelbagai mercu kejayaan yang telah kita capai dalam menghadapi ujian sejagat ini!

Sambil kita mengalu-alukan kedatangan Tahun 2021, hakikatnya kita perlu memanfaatkan pengalaman yang ditimba untuk menentukan bagaimana kita boleh memperbaiki diri pada tahun yang mendatang. Dalam pada itu, kami mengesyorkan empat (4) cara mudah bagi anda, sebagai ibu bapa, untuk bersiap sedia menghadapi Tahun Baharu yang lebih positif, dengan bantuan aplikasi mudah alih Kelab Enfamama A+ yang baru dilancarkan!

#1 Kesihatan itu kekayaan

Dalam dunia baharu sekarang, kekuatan imun kita semakin perlu dititikberatkan, lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak kerana mereka belum lagi membina benteng pertahanan semula jadi yang cukup kuat untuk melindungi diri sendiri daripada jangkitan dan penyakit. Tetapi usah bimbang kerana imuniti boleh dibina menerusi usus di mana 70% hingga 80% daripada sel imun kita ditemui. Oleh yang demikian amalan gaya hidup dan amalan menjaga kebersihan yang wajar untuk mengaktifkan dan mengawal selia sistem imun.

Untuk memulakan pengaktifan ini, kita boleh mula mengambil pemakanan sesuai yang terdiri daripada sajian yang seimbang dan berkhasiat yang merangkumi pelbagai kumpulan makanan penting dalam jumlah yang secukupnya. Kumpulan makanan yang dimaksudkan termasuk bijian penuh, sayur dan buah segar, daging tanpa lemak, produk tenusu dan makanan kurang lemak. Jangan lupa untuk kekal aktif dan minum air secukupnya. Tidur nyenyak pada waktu malam juga akan membawa perbezaan besar dalam cara badan kita menyokong sistem imun yang kuat dan berkesan!

Untuk kanak-kanak, susu adalah salah satu daripada keperluan makanan harian paling penting. Membran Globul Lemak Susu (MFGM), nutrien yang wujud secara semula jadi dalam otak kita dan susu didapati mempunyai kesan perlindungan terhadap jangkitan gastrousus yang seterusnya boleh mengurangkan dengan ketara bilangan hari anak mengalami demam [1].

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mengikuti perkembangan terkini, ibu bapa boleh memanfaatkan aplikasi mudah alih Kelab Enfamama A+. Aplikasi ini merupakan sumber percuma yang mengandungi artikel saintifik berunsur pendidikanuntuk rujukan ibu mengandung dan juga ibu dengan anak kecil, yang ingin meninjau topik seperti pemakanan, kehamilan, menjadi ibu dan pandangan pakar.

Artikel yang disediakan boleh dijadikan perpustakaan digital mini peribadi ini boleh didapati pada setiap masa, dan dikategorikan menurut keperluan dan anda boleh menandakan artikel pilihan untuk rujukan masa depan anda!

#2 Hidup secara teratur

Walaupun perubahan sentiasa dan pasti berlaku, amat penting bagi anda berpijak di bumi nyata dan hidup secara teratur. Ia membantu kita mengawal keadaan dalam suasana yang tidak menentu dan menetapkan keutamaan dengan pantas. Kita hidup dalam dunia yang sangat digital dan kunci kepada usaha merancang kehidupan dengan bijak ialah dengan menggunakan teknologi yang sedia ada.

Aplikasi mudah alih Kelab Enfamama A+ menyediakan penjejak sedia dibina untuk ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata dan juga mereka yang mempunyai anak yang berusia satu tahun dan ke atas. Aplikasi ini merupakan alat pengurusan yang sesuai untuk menemani anda sepanjang kehamilan atau menjejak peringkat perkembangan mengikut usia si manja anda.

Untuk ibu-ibu mengandung, ‘Senarai Semak Untuk Ibu’ ialah alat bantuan yang menjejak perjalanan kehamilan anda dari minggu ke minggu dan mencipta senarai semak dan panduan berasaskan setiap peringkat kehamilan dan tumbesaran si manja dalam kandungan.

Anda tidak akan terlepas setiap detik penting yang terukir sepanjang perjalanan bergelar ibu mengandung dan mengikuti pengisian dan mendapat maklumat yang dikemas kini untuk anda.

Lebih menarik, Ibu bapa juga boleh menjejak tumbesaran dan perkembangan anak-anak mereka dan malah boleh memantau keadaan najis mereka! Hakikatnya aplikasi ini bukan sahaja menjejak tetapi memberikan penerangan berasaskan maklumat yang anda muatkan.

Semua penjejak dirangka untuk memudahkan anda memantau tumbesaran si manja anda, corak pembuangan air besarnya dan juga mencatatkan aktiviti penting dalam pengalaman anda sebagai ibu. Semua maklumat ini disimpan dengan selamat dalam aplikasi, seperti dalam pustaka data. Rujukan dipermudah untuk membantu anda membuat persiapan dan lebih maklum semasa kunjungan doktor.

#3 Sentiasa galakkan komunikasi berterusan

Luangkan masa berkualiti bersama dan berusaha untuk berhubung dengan anak-anak anda, tanya soalan dan berikan keyakinan kepadanya. Uruskan perspektif anak anda secara aktif untuk membantu menetapkan jangkaan dan memudahkan peralihan antara rutin. Fikiran mereka akan lebih tenang, lantas menjadikan mereka lebih senang hati.

Aplikasi mudah alih Kelab Enfamama A+ memastikan bahawa ibu bapa tahu apa yang boleh dijangkakan dan menerima maklumat terkini tentang tahap perkembangan anak mereka. Mengetahui tahap perkembangan boleh membantu anda memahami, berhubung dan menambah baik tahap penjagaan, berasaskan usia mereka. ‘Milestone Tracker’ atau Penjejak Mercu Perkembangan merangkumi empat (4) set kemahiran penting dalam kehidupan anak anda – mental, komunikasi, motor dan sosial. Setiap penjejak kemahiran memberikan panduan praktikal dan butiran terperinci untuk membantu anda membesarkan anak-anak yang sihat dan cerdas.

#4 Bersyukur dan berkongsi dengan orang lain

Pokok akan tumbuh lebih subur jika anda menyiram air dan membubuh baja. Luangkan masa untuk merenung perkara yang anda hargai dan apa yang telah anda pelajari tahun ini. Rasa bersyukur mempunyai kuasa besar untuk menyuntik semangat dan mendorong pertumbuhan positif pada masa-masa sukar – kesyukuran berfungsi seperti kaca mata yang memberikan perspektif rasional dan boleh diuruskan yang tidak mudah diatasi oleh situasi sementara.

Apa yang kita pelajari pada 2020 ialah sokongan dan belas kasihan. Bersyukur kepada orang yang telah memberikan sokongan kepada anda dan hulurkan tangan anda kepada golongan yang menghadapi masalah. Mungkin langkah ini semudah membuat panggilan telefon untuk bertanya khabar atau memberikan hadiah kecil untuk mengingatkan mereka bahawa mereka sentiasa tersemat di hati anda, ataupun berkongsi alat yang telah membantu anda dalam kehidupan harian anda!

Muat turun dan daftar diri dalam aplikasi mudah alih Kelab Enfamama A+ untuk menerima promosi eksklusif daripada pelbagai rakan niaga runcit, termasuk dalam bidang kesihatan dan kecantikan, kanak-kanak, fesyen dan riadah. Tunjukkan penghargaan anda kepada orang-orang tersayang dengan menyampaikan maklumat dan berkongsi pelbagai promosi dan ganjaran yang ada di laman web kami!

Marilah kita menjadikan tahun 2021 satu tahun yang positif! Cuba aplikasi mudah alih Kelab Enfamama A+ hari ini dan nikmati manfaat ahli dengan baucar bernilai sehingga RM900! Aplikasi boleh dimuat turun menerusi App Store atau Google Play. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Kelab Enfamama A+.

*Penafian: Keahlian Kelab Enfamama A+ dibuka kepada ibu-ibu mengandung dan ibu dengan anak berusia 1 tahun ke atas sahaja.

Rujukan:

  1. Veereman-WautersGetal.Milkfatglobulemembrane(INPULSE)enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition. 2012;28:749-752. Dipetik daripada: https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0899900711003741?via% 3Dihub