KelabMama

POSISI PENYUSUAN SALAH PENYEBAB BAYI TERSEDAK SUSU

Kes bayi tersedak susu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Malah lebih menyedihkan apabila ia melibatkan kematian. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana risiko kelalaian tidak mengira sama ada dilakukan oleh pihak pengurusan taska, pengasuh mahupun ibu bapa bakal meragut nyawa. Insiden lemas susu biasanya terjadi kerana kedudukan dan posisi bayi yang tidak betul ketika menyusu botol. Keadaan itu menyebabkan susu tersebut akan memasuki paru-paru dan dalam masa yang sama akan menghalang saluran pernafasan lalu menyebabkan bayi tersedak dan lemas.

                Malah lebih parah, sekiranya keadaan itu berlaku apabila bayi itu memegang sendiri botol yang menyebabkan dia tersedak. Bagaimana pun dalam masa yang sama, masalah injap yang tidak matang juga merupakan faktor berlaku bayi tersedak susu. Sekiranya bayi tersebut berusia empat bulan ke bawah dan berada dalam keadaan terbaring. Bagaimanapun ia berbeza dengan situasi anak-anak yang berusia empat bulan ke atas di mana mereka boleh minum susu dalam keadaan duduk.

 

POSISI MENYUSU YANG SESUAI

                Sebagai pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu ketika bayi menyusu adalah sangat tidak baik kerana ia boleh meningkatkan risiko insiden. Sebaiknya cuba letakkan kepala bayi lebih tinggi dari perutnya manakala botol susu pula perlu dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas. Keadaan ini mengelakkan bayi termuntah semasa sedang menyusu dan muntah tersebut akan memasuki hidung dan mengganggu laluan pernafasan mereka.

                Kebiasaannya apabila susu termasuk ke dalam paru-paru, seorang bayi akan tersedak atau batuk. Tindakan refleks itu sebenarnya adalah satu mekanisme perlindungan untuk bayi tersebut. Walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit, ia sudah cukup untuk melemaskan mereka. Sebab itu, elakkan bayi meminum susu dalam keadaan terlentang sebaiknya pangku bayi dalam keadaan kepalanya lebih tinggi dari perutnya bagi tujuan memudahkan penghadaman.

 

LAKUKAN INI JIKA BAYI ANDA TERSEDAK SUSU

 

TIPS MENGELAK BAYI TERSEDAK

 

 

 

Sumber: Pakar Diet Pemakanan, Norul Hazliza Sham Hashim & Utusan