Kalau anak Mama memang peminat karakter Sanrio, ada satu celebration comel yang wajib masuk dalam kalendar! Pompompurin kini genap 30 tahun dan sempena ulang tahun istimewa ini, Sunway Pyramid bawakan sambutan yang penuh dengan aktiviti menyeronokkan untuk seisi keluarga.
Bermula 15 Oktober hingga 1 November, Mama dan anak-anak boleh datang ke LG2 Blue Concourse, Sunway Pyramid untuk menikmati pelbagai pengalaman bertemakan Sanrio.
Daripada aktiviti interaktif, photo spot yang comel, Bubble Party hinggalah peluang bertemu karakter Sanrio kegemaran, memang banyak perkara menarik yang boleh dilakukan sepanjang celebration ini.
Jom Main Dan Jadi Kreatif Bersama Cinnamoroll!
Salah satu aktiviti yang boleh anak-anak cuba ialah Doodle With Cinnamoroll.
Di sini, anak-anak boleh pilih rekaan kegemaran mereka, kemudian warnakan dan tambah sentuhan kreatif sendiri. Bila dah siap, jangan lupa tunjukkan hasil masterpiece masing-masing!
Aktiviti ini bukan saja menyeronokkan, malah boleh jadi peluang untuk Mama luangkan masa berkreativiti bersama si kecil.
Siapa Boleh Susun Buah Paling Banyak?
Kalau anak Mama suka permainan yang mencabar, cuba pula aktiviti Hello Kitty Basket of Joy.
Cara bermain pun cukup mudah dan boleh dilakukan bersama si kecil. Kanak-kanak boleh menggunakan giant spoon & fork, manakala Mama dan Papa pula boleh mencuba giant chopsticks.
Kemudian, gunakan peralatan tersebut untuk mengambil buah epal atau strawberi dan cuba letakkan lima buah di atas pai.
Nampak macam mudah, tapi bila guna peralatan bersaiz besar, boleh jadi kelam-kabut juga! Aktiviti ini pastinya lebih seronok kalau Mama dan anak cuba bersama.
Dah Lengkapkan Aktiviti? Ada Reward Menanti!
Mama, jangan terus balik selepas selesai bermain sebab ada Journey Reward yang boleh ditebus!
Untuk mendapatkan reward, pengunjung hanya perlu melengkapkan aktiviti interaktif Hello Kitty Basket of Joy.
Selepas selesai, Mama boleh terus ke redemption counter untuk menebus reward.
Cuma pastikan Sunway Super App sudah dimuat turun terlebih dahulu untuk melancarkan proses penebusan.
Anak Bawah 120cm? Jom Masuk Cake House & Bergambar!
Satu lagi tarikan yang mungkin buat anak-anak tak sabar ialah Big & Sweet Cake House.
Untuk menikmati pengalaman ini, Mama perlu membuat pembelian di event space terlebih dahulu. Kemudian, bawa resit pembelian ke stesen Doodle With Cinnamoroll untuk pengesahan dan mendapatkan entry ticket.
Selepas itu, bolehlah bawa si kecil ke Big & Sweet Cake House untuk bermain!
Aktiviti ini terhad kepada kanak-kanak di bawah 120cm dan satu resit hanya memberikan satu kemasukan untuk seorang kanak-kanak. Jadi, kalau Mama datang bersama lebih daripada seorang anak yang ingin masuk, pembelian tambahan diperlukan.
Menariknya, Mama dan anak-anak juga boleh menikmati pengalaman bermain dalam suasana yang lebih meriah dengan gelembung sabun di pintu masuk Cake House.
Bubble Party Kembali dengan Sesi yang Meriah!
Tak lengkap rasanya outing bersama anak-anak tanpa aktiviti yang boleh buat mereka betul-betul teruja.
Mama boleh bawa anak-anak menikmati Bubble Party pada 17, 18, 24, 25, 31 Oktober serta 1 November, yang berlangsung tiga kali sehari pada 1.30 petang, 5 petang dan 7.30 malam.
Yang bestnya, tak perlu membuat sebarang pembelian untuk menyertai Bubble Party ini.
Setiap sesi berlangsung selama lima minit dan jadual adalah tertakluk kepada perubahan.
Ini Masa Untuk Jumpa Karakter Sanrio Kegemaran!
Sudah tentu celebration ini tak lengkap tanpa peluang untuk bertemu karakter Sanrio kegemaran si kecil! Pompompurin akan membuat kemunculan pada 17 dan 18 Oktober, manakala Hello Kitty pula pada 24 dan 25 Oktober. Seterusnya, Kuromi akan menemui pengunjung pada 31 Oktober dan 1 November.
Setiap karakter akan hadir dalam tiga sesi pada 12.30 tengah hari, 4 petang dan 6.30 petang, jadi Mama boleh pilih waktu yang paling sesuai untuk bawa anak-anak. Jangan lupa siapkan kamera untuk abadikan detik-detik comel bersama karakter kegemaran mereka!
3 Karakter Sanrio, 3 Spot Untuk Bergambar!
Tak semestinya kena berada di kawasan utama event untuk bergambar dengan karakter Sanrio! Sepanjang berada di Sunway Pyramid, Mama dan anak-anak boleh temui inflatable karakter comel yang ditempatkan di beberapa lokasi sekitar mall.
Kalau nampak karakter kegemaran, jangan lupa singgah sekejap untuk bergambar. Antara photo spot yang boleh Mama cari:
- Hello Kitty & Kuromi – GF Orange Entrance (di hadapan H&M)
- Cinnamoroll – LG2, Blue Entrance
Jadi, kalau anak-anak dah siap dengan outfit comel masing-masing, bolehlah buat sedikit Sanrio photo hunt sambil meneroka sekitar mall. Siapa tahu, boleh dapat koleksi gambar dengan beberapa karakter kegemaran dalam satu hari!
Satu Keluarga Pakai Kuning? Jom Claim Deal!
Bila dah puas bermain dan bergambar dengan karakter Sanrio, bolehlah sambung jalan-jalan di sekitar Sunway Pyramid. Lagi best, ada beberapa shopping deals yang boleh Mama manfaatkan sepanjang celebration ini.
Kalau Mama sekeluarga datang dengan outfit berwarna kuning, jangan lupa buat pembelian minimum RM50 di mana-mana outlet Sunway Pyramid. Dengan resit pembelian yang sah, Mama boleh dapat RM10 off untuk koleksi Sanrio import dari Jepun dengan menunjukkan resit di campaign cashier counter.
Kalau jumlah shopping dah mencecah RM800, ada pula peluang untuk bawa pulang Sanrio Characters Foldable Umbrella Blind Box yang eksklusif. Mama hanya perlu mengumpulkan perbelanjaan dalam maksimum empat resit pada hari yang sama untuk menebusnya, tertakluk kepada stok yang tersedia.
Ada Lagi Tawaran Menarik untuk Diburu!
Bukan setakat promosi mall-wide, beberapa kedai yang mengambil bahagian turut menyediakan tawaran istimewa untuk peminat Sanrio.
Antaranya, Mama boleh dapat RM10 off dengan minimum pembelian RM60, manakala Hotpot Kitchen menawarkan 100g meat B1F1.
Kalau singgah ke TopTen10, pembelian minimum RM69 melayakkan Mama menerima complimentary tote bag. Nak rehat sekejap sambil menikmati sesuatu yang manis dan sejuk? Rich Kopitiam pula menawarkan ais krim kelapa percuma dengan minimum pembelian RM60.
Untuk peminat barangan Sanrio, jangan lupa singgah ke Miniso Land kerana ada 30% off untuk produk Sanrio Characters IP terpilih.
Dengan aktiviti, dekorasi dan shopping deals yang tersedia, bolehlah Mama jadikan sambutan Pompompurin 30th Anniversary ini sebagai alasan untuk luangkan masa bersama keluarga di Sunway Pyramid.
Jom Raikan 30 Tahun Pompompurin Bersama Keluarga Mama!
Dengan pelbagai aktiviti yang boleh dicuba, peluang bertemu karakter Sanrio, Bubble Party, photo spot dan ganjaran menarik, ulang tahun Pompompurin ke-30th ini memang boleh jadi salah satu aktiviti family outing yang menyeronokkan untuk Mama dan anak-anak.
Jadi, jangan lupa tandakan kalendar Mama dari 15 Oktober hingga 1 November dan singgah ke LG2 Blue Concourse, Sunway Pyramid.
Mana tahu, bukan anak saja yang excited nak jumpa Pompompurin, Mama pun boleh terlebih excited sama!
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Kelab Mama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Ketahui lebih banyak acara dan berita trending sekarang untuk Mama Papa ketahui DI SINI!
