KelabMama

“Polly Pocket” Kini Kembali! Mama Tahun 90-an Pasti Teruja & Tak Sabar!

Polly Pocket akhirnya kembali lagi! Bagi Mama yang membesar sekitar tahun 90-an, pasti anda masih ingat bagaimana alat permainan “Polly Pocket” menjadi kegilaan kanak-kanak perempuan zaman dahulu. Antara yang paling menjadi rebutan semestinya “micro-size compact” Polly Pocket sendiri!

Berita baik untuk anda, anda kini boleh mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dan bergembira bersama seisi keluarga di acara “Polly Pocket Tiny Fun in the Sun Life-size World” yang dibawakan khas oleh Sunway Putra Mall.

26 Feb – 8 Mac 2020, 10am -10pm @ Sunway Putra Mall

Aktiviti-aktiviti Menarik untuk Seisi Keluarga

Ini merupakan antara aktiviti yang bakal menanti Mama sekeluarga di Sunway Putra Mall sehingga awal Mac ini. Jangan risau, demi memastikan kebersihan dan keselamatan para peserta, pihak penganjur akan “sanitize” ruang ini dari semasa ke semasa.  

Flamingo Ball Pit 

Biarkan anak Mama bergembira bersama rakan-rakan barunya di gelongsor gergasi Flamingo yang turut dipenuhi dengan bola-bola plastik berwarna-warni. 

Pineapple Compact & Popsicle Area

Di sini, para pengunjung berpeluang untuk bermain beberapa aktiviti menarik yang disediakan, di samping melihat keunikan Polly Pocket Compact yang telah ‘berubah’ menjadi saiz sebenar!

Menyanyi & Menari 

Haa, ruang ini paling best sebab para pengunjung boleh melihat bakat terpendam dan menambah keyakinan si cilik dengan berkaraoke bersama Polly Pocket. 

Pada hujung minggu pula terdapat beberapa acara tambahan seperti Aktiviti Mewarna pada 26 Feb hingga 8 Mac, dan juga aktiviti kraftangan, iaitu DIY Bingkai Foto menggunakan Kayu Aiskrim pada 29 Februari, 1, 7, dan 8 Mac 2020, jam 12pm-1pm dan 4pm-5pm.

ISTIMEWA & EKSKLUSIF HUJUNG MINGGU

Selain aktiviti-aktiviti di atas, para pengunjung juga berpeluang untuk mengasah bakat di samping memenangi beberapa hadiah eksklusif dengan menyertai aktiviti-aktiviti berikut. 

Pertandingan Mewarna | 29 Februari 2020, 3pm -5pm

Serlahkan kreativiti si cilik anda dengan menyertai pertandingan mewarna yang akan berlangsung pada 29 Feb 2020, bermula jam 3pm hingga 5pm. Pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM2,000! Daftar di sini untuk menyertai pertandingan mewarna Polly Pocket x Sunway Putra Mall. 

Pertunjukkan Bakat Kanak-kanak | 7 Mac 2020, 3pm-5pm

Anak Mama ada bakat menyanyi, menari, bermain alat muzik, mahupun lip-sync? Haa, inilah masanya untuk Mama ketengahkan lagi bakat terpendam anak Mama. Sertai Pertunjukkan Bakat Kanak-kanak Polly Pocket x Sunway Putra Mall untuk memenangi hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,000! Klik disini untuk mendaftar

Pelancaran Koleksi Permainan “Polly Pocket” TERBARU 2020

Dalam pada itu, para pengunjung juga berpeluang untuk melihat pelancaran alat permainan “Polly Pocket” yang terbaru seperti Polly Pocket Mini Takeaways bersama “magnetic sand compacts” oleh Toy World, penjual rasmi produk “Polly Pocket”. Anda pasti terpukau (dan terpengaruh!) dengan kecomelan alat permainan “Polly Pocket” siri terbaru ini.

Lebih Banyak Tawaran Menarik

Para pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai koleksi alat permainan”Polly Pocket” yang eksklusif sepanjang acara ini berlangsung. Lebih menarik, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelampung merah jambu Flamingo* yang bernilai RM89.90, dengan pembelian minima RM150 barangan “Polly Pocket”.

Anda juga boleh mendapatkan satu (1) “Polly Pocket Go Tiny” yang bernilai RM19.90* dengan setiap pembelian RM50 dan ke atas.

* Sementara stok masih ada.

Setelah puas berseronok di acara “Polly Pocket Tiny Fun in the Sun Life-size World”, anda boleh membeli-belah dengan tenang dan mudah di pelbagai kedai pakaian yang sesuai untuk kanak-kanak seperti Mamours yang menjual barangan bayi (stroller, botol susu bayi dan sebagainya), MAX Fashion & H&M.

Sekiranya anda terlupa membawa stroller, anda boleh meminjam stroller, wheelchair, mahupun mendapatkan kit pertolongan cemas bagi mereka yang memerlukan di Kaunter Concierge, Ground Floor.

Bilik bayi yang terletak di aras LG, G, 1, 3, dan 4 pula dilengkapi dengan dispenser air Cuckoo, ruang menyusu dan menukar lampin, serta sabun dan sanitizer khas untuk mereka yang membawa anak kecil, Sunway Putra Mall turut menyediakan kemudahan untuk kanak-kanak autistik seperti “Calm Rooms” dan “Sensory Walls”.

Untuk keselamatan anak-anak, ibu bapa boleh mendapatkan “child wristbands” atau “emergency contact tattoo” yang akan ditekapkan pada tangan anak-anak, di Kaunter Concierge Sunway Putra Mall.

Para pengunjung juga boleh menjamu selera di pelbagai rangkaian restoran mesra keluarga seperti Chili’s, Franco, Swensen’s, The Chicken Rice Shop dan banyak lagi.

Jadi apa tunggu lagi? Jom bergembira bersama seisi keluarga di “Polly Pocket Tiny Fun in the Sun Life-Size World“, Sunway Putra Mall bermula 26 Februari hingga 8 Mac 2020 ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Sunway Putra Mall, dan follow Facebook dan Instagram Sunway Putra Mall hari ini. Jumpa anda di sana!