KelabMama

Pokok Hidup Agen ‘Relaxing’ Bantu Tidur Nyenyak

Mama-mama pernah tengok deko bilik tidur yang ada pokok hidup tak? Mesti cantik kan bila tengok bilik tu ada pokok hidup yang cantik dekat dalam bilik tidur kita. Bukan je sedap mata memandang, pokok ni boleh bersihkan udara dalam rumah dan boleh bertindak sebagai agen ‘ relaxing’. Guna pokok yang hidup ye, bukan yang plastik ya mama-mama.

Selain pokok ni boleh jadi hiasan dalaman, pokok ni boleh kurangkan gas karbon dioksida dan habuk. Yang menariknya, pokok ni boleh tingkatkan kualiti tidur kita dan tidur jadi lena tau. Senang citer, kita boleh tidur macam baby lah.

Dalam rumah, bilik tidur lah merupakan kawasan yang paling tercemar dalam rumah. Selain tu, kita menghabiskan satu per tiga hayat kita dengan tidur. Jadi, pentingnya ada pokok ni supaya kita dapat bernafas dengan udara yang bersih.

Jom kita ikuti perkongsian rakan kita iaitu, Huda Zainal tentang jenis pokok yang senang dijaga dan boleh buat tidur kita makin lena.

Jenis-jenis Pokok Hidup Untuk Bilik Supaya Tidur Nyenyak

#1 Areca Palm

Areca palm ni boleh bersihkan udara dalam bilik tidur kita dan mampu meningkatkan kelembapan dalam udara dan kesannya supaya kita mudah bernafas. Menurut penulisan artikel ‘Joy Of Plants’, areca palm sangat bagus untuk yang sesiapa yang selalu selsema, bersin dan sinus.

#2 Aloe Vera

Menurut dalam kajian NASA, aloe vera antara pokok yang banyak membebaskan oksigen pada waktu malam. Lebih tinggi oksigen dalam udara mampu meningkatkan kualiti tidur kita. Paling penting, pokok aloe vera ni sangat mudah untuk dijaga.

#3 Ivy Plant

Satu kajian yang dibuat oleh American College of Allergy, Asthma dan Immunology mendapati ivy plant ni boleh singkirkan kotoran dalam udara sebanyak 94% dan mampu menyingkirkan kulat bawaan udara sebanyak 78% dalam tempoh hanya 12 jam. Ia sangat bagus untuk orang yang selalu bersin di waktu malam sehingga mengganggu tahap kualiti tidur.

#4 Garbera Daisy

Garbera bukan hanya mampu bersihkan udara namun boleh menaikkan seri bilik. Warna-warni garbera daisy mampu tingkatkan emosi yang positif dalam diri. Emosi yang positif sebelum tidur boleh beri kepuasan ketika tidur.

#5 Jasmine

Jasmine bukan hanya mampu memberi haruman yang sangat wangi ya mama-mama. Namun menurut ‘Psychologist di Wheeling Jesuit University’, bau haruman jasmine boleh tingkatkan tahap kualiti tidur.

#6 Lavender

Susah untuk tidur, asyik bergolek kiri dan ke kanan namun masih belum boleh tidur? Haruman lavender sangat membantu sebab haruman lavender ni merupakan agen penenang kepada otak. Lebih tenang, maka lebih mudah untuk kita tidur pada waktu malam.

#7 Snake Plant

Pokok hidup yang paling popular bukan hanya senang nak dijaga namun kerana kebaikan yang diberi pada kita. Menurut buku Houseplant yang ditulis oleh Steinkopf, snake plant bukan hanya bebaskan oksigen tapi boleh menyingkirkan karbon dioksida dan tapis toksin beracun dalam udara seperti formaldehyde, trichloroethylene dan benzene.

#8 Peace Lily

Peace lily ni bukan hanya boleh bersihkan udara, ia juga boleh singkirkan toksin dan meningkatkan kelembapan udara. Sangat bagus untuk sesiapa yang ada masalah kesukaran bernafas, kerap selsema, bersin dan sinus.

Banyakkan kebaikan dia bila kita ada tumbuh-tumbuhan ni dalam bilik tidur kita. Bukan je buat tidur kita lena tapi boleh juga bersihkan udara. Lagi bagus dari guna penapis udara elektrik tu. Lepas habis PKPB, jom kita cari dekat nursery. Harga pun ok kalau nak beli pokok ni.

Sumber: Huda Zainal

Baca Juga: Hati-hati Pokok Hiasan Mama Mungkin Boleh Membahayakan Anak

Pesan Mama Siti

Bila dah ada pokok ni, hati-hati! Biasa orang lupa nak check tempat takungan bawah pasu tu. Tempat tu lah nyamuk suka duduk. Mesti check 3 kali seminggu ya. Nanti, jadi kes denggi pula. Jangan lupa bagi baja dan cahaya matahari supaya pokok ni sentiasa sihat membesar.