KelabMama

Mengembara Bersama PJ Masks, Robocar Poli & Tobot di Sunway Putra Mall

“Mana nak bawa anak Mama cuti sekolah ni ye? Nak ke pantai, cuaca macam panas sangat…”

Apa kata Mama realisasikan impian anak Mama di Sunway Putra Mall pada cuti sekolah ini? Mac ini, anak-anak Mama boleh mengunjungi dunia permainan yang penuh dengan keseronokan di Adventure Land, yang bakal berlangsung di Main Concourse, Sunway Putra Mall! Anak-anak Mama berpeluang untuk bertemu dengan watak kartun kegemaran mereka seperti Robocar Poli, PJ Masks dan Tobot.

Selain daripada itu, anda juga peluang untuk memenangi pelbagai hadiah daripada jenama permainan popular kanak-kanak seperti L.O.L Surprise, Hello Kitty, Num Nums dan banyak lagi. Nak tau lagi acara apa yang bakal berlangsung sepanjang Adventure Land diadakan?

“Meet & Greet” bersama Roy dari Robocar Poli


Mama tau tak karakter mana yang paling kuat dalam Robocar Poli? Semestinya Roy! Bawa anak-anak anda bergambar bersama Roy, si kereta bomba pada 23 Mac 2019, pada jam 12 tengah hari atau 2 petang.

Bertemu Tobot Adventure K & Tobot Adventure Y

Adakah anak Mama peminat si Tobot? Bersiap sedia untuk bertemu Tobot Adventur Y dan Tobot Adventure K di Adventure Land! Ketika acara ini, anak-anak Mama berpeluang untuk bergambar dan ‘meneroka’ Adventure Land bersama-sama dua hero Tobot ini.

Bergambar bersama PJ Masks!

Di samping itu, para peminat PJ Masks juga berpeluang berjumpa dan beramah mesra bersama Catboy, Gekko dan Owlette pada 30 dan 31 Mac ini. Seperti sesi ‘meet and greet‘ bersama hero-hero yang lain, anda boleh bertemu hero PJ Masks pada dua sesi – 12-12:30pm dan 2-2:30pm.

Daftarkan anak anda sebagai Putra Junior Club dan dapatkan pas Express Lane untuk bertemu dengan hero-hero PJ Masks ini. Ahli Autsome pula berpeluang bergambar bersama hero PJ Masks pada jam 11-11:30 pagi dan boleh menyertai aktiviti yang disediakan bermula jam 10:30 pagi hingga 12 tengah hari.

Putra Junior Club Express Lane:

Jika anak anda merupakan peminat tegar PJ Masks, jangan lepaskan peluang ini! Dalam pada itu, anda juga boleh mendapatkan gula-gula kapas PERCUMA untuk anak anda.

Para pengunjung juga boleh menyertai pelbagai acara yang lain seperti Robocar Poli Puzzle Game, Robocar Poli Roy Fire Safety Game, Robocar Poli: Poli Paper Car DIY, aktiviti mewarna Robocar Poli dan banyak lagi. Rakamkan saat-saat terindah anda sekeluarga ketika berada di Adventure Land di Tobot Photobooth, di mana anda dibenarkan bergambar dengan watak-watak kartun Tobot – Tobot Adventure X, Tobot Adventure Y, Tobot K dan Tobot Mach W.

Jika anak-anak Mama merupakan seorang yang aktif dan gemar aktiviti-aktiviti lasak, bawa mereka ke The Parenthood Playland di Ground Floor, West Wing, Sunway Putra Mall. Bermula 11 Mac hingga 1 April 2019, anda boleh menikmati promosi percuma iaitu, Beli 1 PERCUMA 1 Tiket!

“The CAT Playground”

Selain itu, para penggemar kucing pula boleh bermain bersama kucing-kucing yang comel di The CAT Playground di Aras 1 Sunway Putra Mall! Nantikan kemunculan istimewa “Disney Princesses” – “Snow White”, “Princess Elsa & Princess Anna” pada 23-24 Mac 2019 dan 30-31 Mac 2019 ini.

Jadi apa tunggu lagi. Tandakan kalendar dan tetapkan peringatan di telefon pintar anda untuk bergembira bersama anak-anak di Sunway Putra Mall sepanjang cuti sekolah ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Sunway Putra Mall, atau dapatkan informasi terkini di Facebook @sunwayputramall dan Instagram @sunwayputramall.