KelabMama

Petua Murah Rezeki Yang Wajib Diamalkan

Rezeki Allah yang pegang, mintalah dengan Dia…

Mesti ramai diantara kita yang pernah alami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup. Kalau student, time tak cukup duit kita tengok nanti akhir bulan. Buat yang dah bekerja pula sering saja dikaitkan dengan hutang keliling pinggang.

Rezeki atau pun nikmat dikurniakan oleh Allah kepada manusia sesuai dengan sifat Al-RahmanNya. Sebab tu kalau kita tengok orang bukan Islam pun ada banyak harta yang melimpah ruah. Itulah sifat Al-Rahman Allah. Dia akan beri kepada sesiapa saja baik muslim atau pun non-muslim yang berusaha mencari rezeki.

Memang betul bila nak dapatkan rezeki ni, usaha kena bersungguh-sungguh. Tapi, Mama Siti nak share beberapa amalan yang mama boleh cuba supaya mudah dikurniakan rezeki. Nak tau, cepat skrol bawah.

Amalan ini menjadi sebab kenapa seseorang itu tak dapat rezeki yang murah seperti orang lain yang telah di anugerahkan oleh Allah SWT.

1. Tarik Rezeki Dengan Bersedekah

Ramai yang tak tahu bahawa amalan bersedekah mampu bawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islamni sama sekali takkan kurangkan wang kita, malah menambah lagi rezeki dan kekayaan kita. Tak percaya?

Bersedekahlah tanpa mengharapkan sebarang balasan. Mama pernah tak didatangi seorang peminta sedekah, meminta sedikit wang untuk membeli makanan? Apa respon mama terhadapnya? Berapa banyak wang yang mama berikan?

Bersedekah bukan bermaksud kita bagi sekecil-kecil wang yang kita miliki. Contohnya kalau mama bagi 10 sen kepada peminta sedekah tersebut. Bagus tindakan mama bersedekah tapi dalam hati berkata, “Mesti ada orang lain lagi yang akan bagi duit kat dia. Jadi tak payah bagi banyak sangat.” Kalau macam ni cara mama bersedekah, tak betul caranya.

Seba sepatutnya niat kita bukanalah untuk bersedekah, tapi sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut. Bersedekah semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” tu. Takkanlah mama hanya mampu hulur 10 sen saja, kan? Padahal duit berkepuk dalam dompet.

Sedekah Mesti IKHLAS!

Berinfak atau bersedekah mengikut kemampuan anda sebanyak dan sebaik mungkin.

Selalu kita dengar orang kata, kalau nak bersedekah kena ikhlas. Ikhlaskan hati sehabis mungkin. Jangan pula time kita bagi sedekah tapi dalam hati kita berniat agar peminta sedekah tu segera beredar. Atau tiba-tiba rasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang tu.

Satu lagi yang mama kena ingat, ketika menghulurkan sedekah, janganlah pula disusuli dengan perkataan yang menyakitkan hati si penerima. Contohnya, “Guna duit ni untuk perkara baik-baik, jangan pula membazir.”

Memang niat kita baik, nak batu orang tu, tapi dalam masa yang sama kita dah sakitkan hati si penerima tersebut. Jadi tindakan kita yang nak bersedekah tadi dah tak jadi sedekah dah. Rugi kan?

Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal. Mama kena ubah mindset tu. Harus ingat dalam setiap rezeki yang mama terima, pasti sebahagiannya milik orang lain.

Pernah tak lihat amalan masyarakat kita yang beri barangan atau pakaian buruk yang dah lama atau buku-buku yang ingin dibuang? Seeloknya, kita sedekah wang atau barangan yang masih baik, dalam keadaan elok. Bukannya dari barangan yang ingin dibuang. Kita nak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada mereka yang tak bernasib baik.

2. Tarik Rezeki Dengan Berdoa

Minta dahulu kepada Allah, selepas itu teruskan berusaha.

Selepas berusaha melakukan sesuatu kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita, cepat atau lambat saja.

Sebelum memulakan kerja, apa salahnya kalau mama mulakan hari mama dengan doa dulu. Pohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja untuk cari rezeki yang halal. Yang kita mahukan mestilah dilimpahkan rezeki yang halal dan paling penting, berkat.

3. Amalkan Solat Sunat Dhuha

Solat ni sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang amalkan solat sunat ni seperti sebahagian solat wajib. Solat Dhuha ni satu-satunya solat yang berikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas.

Solat dhuha ni ibarat magnet rezeki. Bila kita selalu solat dhuha, bergantung kepada Allah SWT, pasti segala apa yang dipohon akan segera datang kepada kita.

Sumber: akuislam

BACA JUGA 7 SEBAB HILANGNYA REZEKI SUAMI, ISTERI DAN KELUARGA

Pesan Mama Siti:

Satu lagi kalau mama nak sentiasa murah rezeki, kenalah sentiasa bersyukur. Bab bersyukur ni memang ramai yang tahu tetapi tak ramai yang melakukannya.  Termasuklah Mama Siti sendiri kadang-kadang. Ada yang kata duit asyik tak cukup saja, padahal dia yang boros dan jarang bersedekah. Asyik belanja saja untuk diri sendiri. Macam mana nak murah rezeki.