KelabMama

14 Petua Hilangkan Sakit Gigi – Berkumur Antara Yang Paling Berkesan!

petua hilangkan sakit gigi dengan bahan-bahan semula jadi

Ilmu orang dulu-dulu merangkumi aspek kesihatan gigi juga. Sebab itu lah kali ini, Mama Siti kongsikan 14 cara pulihkan sakit gigi dengan bahan masakan dan herba. 

Diharap Mama patuh dengan pantang larang petua ini ya. Mama Siti cuma bimbang kalau ada kesan sampingan yang lebih serius. 

14 Petua Hilangkan Sakit Gigi Yang Berkesan

#1 Petua Hilangkan Sakit Gigi Menggunakan Air Garam

Larutkan satu sudu besar garam dalam ½ cawan air suam. Kemudian, berkumur-kumur selama 30 saat dan akhir sekali bilas dengan air bersih. 

Secara semula jadinya air masin mampu mengurangkan keradangan dan mempercepatkan proses penyembuhan. 

#2 Bawang Putih

Hancurkan bawang putih atau kunyah tepat pada gigi Mama yang sakit. Allicin di dalam tanaman herba itu berupaya mencegah bakteria dan mikrob. 

#3 Petua Hilangkan Sakit Gigi Menggunakan Ais

Kredit gambar: chaymauchanrang.co

Letakkan pek ais di bahagian luar mulut tepat pada gigi yang sakit. Tips ini berkesan lebih-lebih lagi kalau Mama sedang mengalami keradangan dan bengkak. 

#4 Petua Hilangkan Sakit Gigi Menggunakan Bunga Cengkih

Cara pertama adalah dengan gigit tiga kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Cara kedua pula ialah letakkan bunga cengkih yang telah ditumbuk pada gigi yang berlubang. 

Namun begitu, Mama Siti tidak mengesyorkan Mama cuba kaedah kedua kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kerosakkan lebih serius. 

#5 Kapur Sirih

Kredit gambar: Liputan6.com

Ini petua orang dulu-dulu. Katanya kalau kita letak kapur sirih, sakit gigi akan mulai berkurang. Ada juga yang kata supaya kunyah daun sirih yang bercampur sedikit kapur sirih untuk melegakan kesakitan. 

#6 Petua Hilangkan Sakit Gigi Menggunakan Lidah Buaya

Isi lidah buaya yang telah dibersihkan hendaklah diletakkan pada kawasan yang terjejas. Selepas dua hingga tiga jam, sakit gigi mula reda.

#7 Daun Serai

Langkah pertama ialah tumbukkan serai sehingga halus. Kemudian, masukkan ke dalam air suam dan tambahkan garam. Selepas itu, barulah Mama boleh berkumur dengan air tadi. 

#8 Asam Jawa

Kalau ada buah asam jawa, Mama gorengkan beberapa minit. Garam pula perlu diletakkan di dalam daun pisang sebelum dibakar. Tumbukkan kedua-dua bahan itu dan letakkan pada gigi yang sakit. 

#9 Tomato Muda

Kredit gambar: Freepik

Dapatkan buah tomato yang masih muda di mana-mana pasaraya. Ia hendaklah dibelah kepada dua bahagian sebelum diletakkan pada gigi yang sakit. 

Dikatakan jika gigi dijangkiti ulat, ia akan keluar dengan sendirinya kerana tidak selesa dengan rembesan cecair dari tomato muda. 

#10 Habbatus Sauda

Habbatus sauda atau juga dikenali dengan nama jintan hitam membantu dalam melegakan sakit gigi secara semula jadi. 

Caranya adalah dengan metakkan sedikit habbatus sauda dalam bentuk cecair (minyak) atau serbuk dalam gigi yang berlubang. 

#11 Air Rebusan Daun Sirih

Selain mengunyah daun sirih, kaedah berkumur dengan air rebusannya pun boleh diamalkan juga. Pertama, Mama petik 10 helai daun sirih. Seterusnya, rebus dalam air dengan sukatan empat hingga enam gelas. 

Tutupkan api apabila sudah mendidih. Biarkan sejuk seketika kemudian Mama berkumur-kumur dengan air rebusan tadi. 

#12 Gambir

Kredit gambar: Tokopedia

Rendamkan gambir dalam air suam. Kemudian, tumbuk kasar hingga separuh hancur. Selepas itu, barulah kita letakkannya pada gigi yang sakit. 

Nota: Terlalu banyak gambir mengakibatkan gigi menjadi sangat kebas.

#13 Rebusan Garam dan Limau Nipis

Alternatif seterusnya adalah dengan berkumur-kumur dengan air rebusan garam dan limau nipis. Lakukan secara kerap, sekurang-kurangnya satu kali setiap hari sehingga sakit gigi pulih. 

#14 Teh Uncang Pudina (Peppermint)

Rendam seuncang teh pudina dalam air putih kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Apabila sudah agak sejuk, sapukannya ke bahagian gigi yang sakit. 

Untuk kesan lebih ketara, Mama titiskan beberapa minyak pudina pada kapas dan sapukan terus pada gigi yang terjejas. 

Kredit gambar: Freepik

Barulah tahu, kaedah berkumur antara petua hilangkan sakit gigi yang terkenal. Rupa-rupanya, kita boleh berkumur-kumur dengan daun serai, daun sirih dan limau nipis. 

Gambir pun boleh diaplikasikan juga dengan syarat tidak terlalu banyak. Mama Siti harap tips yang dikongsikan ini membantu menyelesaikan masalah sakit gigi yang membelenggu hidup Mama. 


Dapatkan lebih banyak informasi kesihatan dan klinik gigi di SINI!