KelabMama

Perut Bukan ‘Airbag’, Jangan Culas Pakai Seat Belt!

Perut Bukan 'Airbag', Jangan Culas Pakai Seat Belt!

Ha, siapa cakap wanita hamil tak kena pakai seat belt? Hamil tak hamil, driver atau passenger, single or married peraturannya, semua orang wajib pakai seat belt bila memandu di jalan raya.

Sebab seat belt ni lah yang akan jadi penyelamat nyawa kita kalau berlaku kemalangan. Kalau ibu hamil yang memandu untuk pergi kerja atau hobinya memandu, seat belt ni wajib pakai sebab ia dapat menurunkan risiko kemalangan ketika memandu bagi ibu hamil.

Alasan remeh seperti berasa senak, atau lemas memakai tali pinggang sering diguna pakai oleh ibu mengandung untuk tak mengenakan seat belt sewaktu berada di dalam kereta.

Tapi, kalau dah nama pun hamil, nak pakai seat belt ni tak boleh sembarangan. Kena hati-hati, ada cara yang mama perlu ikut. Bukannya pakai macam biasa, ketat di perut tu. Tu yang ada komplen, tak selesa lah, ketat lah, susah nak bernafas lah.

Ha, kali ni Mama Siti akan kongsikan cara pemakaian seat belt kepada ibu hamil mengikut Dr. Muhammad Izzat. Semoga mama mendapat pencerahan!

Siapa Cakap Ibu Mengandung Tak Perlu Pakai Tali Keledar Keselamatan?

Cara pemakaian tali keledar keselamatan untuk ibu hamil saya terangkan seperti berikut :

Tali pinggang mestilah dipakai di bawah perut untuk mengelakkan kecederaan pada organ dalaman seperti hati, limpa, usus dan rahim sekiranya diletakkan di atas perut.

Penggunaan Tali Keledar Yang Tepat Kurangkan Risiko Kecederaan

TAK PAYAH beli pelbagai produk atau sponge untuk cover perut kononnya dapat melindungi rahim kalau berlakunya accident. Kajian menunjukan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dan tepat dapat mengurangkan kecederaan kepada orang mengandung TANPA menggunakan produk tambahan.

Pemakaian seat belt adalah amat penting tak kiralah sama ada untuk dewasa ataupun kanak-kanak bagi mengelak daripada sebarang bencana daripada berlaku.

Jangan bila mengandung saja sibuk nak pakai tali keledar. Tak mengandung pun kena pakai juga. Jangan lah terkial-kial pasang tali keledar keselamatan bila nampak abang polis atau JPJ.

Malang memang tak berbau, kalau nak accident tu memang accident juga. At least tali pinggang keledar keselamatan tu dapat mengurangkan impak accident. Perut yang besar tu TAK berfungsi sebagai ‘airbag’.

Sumber: Muhammad Izzat, National Highway Traffic Safety Administration

BACA JUGA TIP NAIK KENDERAAN BERSAMA SI KECIL. MAMA PAPA JANGAN PANIK YA!

Pesan Mama Siti:

Undang-undang pakai seat belt ni mestilah dibuat untuk jaga keselamatan mama dan juga anak mama sendiri. Walau pelbagai saranan diberikan tapi kalau tak ada kesedaran daripada diri sendiri, tak ada guna juga. Jadi, beringatlah sebelum terkena, okay?