KelabMama

Elak Kelam Kabut Persiapan Raya Dengan “Checklist” Khas Untuk Papa

checklist raya

Sambutan Aidilfitri setiap tahun penuh kelam kabut dan huru hara dalam setiap isi rumah. Perayaan yang disambut hanya sekali dalam setahun pun boleh buat kita runsingkan?

Ini checklist khas untuk papa sediakan sebelum raya seawal mungkin.

Persediaan Sebelum Raya

Baju Raya

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:

“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.” 

 Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’i, jil. 1, ms. 327

Hadis diatas menjelaskan, digalakkan bagi seorang muslim menyambut hari perayaan degan memakai pakaian terbaiknya.

Bagi memeriahkan suasana raya, ianya menjadi kebiasaan untuk masyarakat islam di Malaysia untuk menyediakan pakaian baru khas pada hari raya. Kebiasaannya sepasang Baju Melayu, Kain Samping, dan Songkok bagi kaum lelaki.

Walaupun tak digalakkan beli baju baru semperna hari perayaan, tetapi tidak menjadi permasalahan selagi tidak membazir.

Kuih Raya

Teringat masa kecil, selalu sediakan kuih raya dengan ibu tercinta supaya anak-anak dapat merasa kuih raya, sedikit sebanyak ikut kemampuan sendiri. Bila dah dewasa, giliran kita pula untuk berikan yang terbaik semasa raya ini buat ibu bapa kita.

Papa boleh buat pilihan dengan belikan kuih, ataupun, tolong Mama bersama-sama buat kuih raya di rumah.

Banyak kuih raya yang mudah dibuat sendiri seperti tart nenas, cornflake madu, almond london, dan pelbagai lagi kuih muih, mengikut kemampuan dan kelapangan masa Papa & Mama.

Duit Raya

Bergantung kepada bajet masing-masing, duit raya ditentukan daripada bajet sedia ada dan bukannya lebih daripada kemampuan dan keperluan.

Sebelum raya, Papa kena senaraikan dulu senarai nama yang Papa nak berikan duit raya dan jumlah setiap satunya. Mudah nanti.

Jangan lupa juga duit raya untuk mak ayah, dan atuk nenek yang masih ada tau. Papa juga harus sediakan untuk kanak-kanak yang datang beraya di rumah dan yang paling penting sekali, mestilah untuk isteri tercinta.

Deco Raya

Nak sambut perayaan tambah lagi perayaan besar seperti hari raya Aidilfitri, dah menjadi budaya untuk rakyat Malaysia untuk mengemas dan menghias rumah.

Bergantung pada bajet papa dan mama, sekiranya ada lebih, boleh tukar perabot yang lebih bagus tetapi kalau tidak, sebenarnya memadai dengan menyusun semula perabot dan optimumkan “lighting“.

Nak lagi menarik, Papa boleh tambahkan sistem bunyi, penghawa dingin, atau cat semula rumah mengikut kemampuan, keselesaan dan kelapangan masa dan tenaga papa mama. Asalkan rumah nampak ‘baru’ pun dah cukup tau!


Perjalanan Ke Kampung

Kondisi Kereta

Untuk memastikan perjalanan selamat pergi dan balik, tanggungjawab papa amat penting untuk memastikan kenderaan yang akan digunakan berada dalam keadaan baik.

Setidaknya, tahu bagaimana untuk memeriksa perkara asas seperti minyak enjin, angin tayar, coolant radiator, air wiper, air bateri (bateri basah), lampu depan dan belakang, serta perkara-perkara lain yang terdapat pada kereta.

Bekal Perjalanan

Perjalanan pulang ke kampung sangat memenatkan. Dengan jalan yang penuh dengan kenderaan sepanjang perjalanan, lebuhraya ataupun jalan kampung, perjalanan yang sepatutnya sejam boleh mengambil masa 3-5 jam.

Jadi, Papa haruslah sediakan sedikit bekalan makanan dan kudapan penting supaya pemandu tidak mengantuk dan makanan ringan yang sesuai untuk anak-anak.

Sekiranya Papa pulang ketika masih berpuasa, sekurang-kurangnya bekalkan air dan kurma di dalam kereta kerana takut terpaksa berbuka di atas jalan nanti.

Duit Tepi

Selalunya, inilah kos yang kita macam tak perasan. Dan bila tak perasan, maka lupa jugalah nak sediakan sedikit ‘duit tepi’.

Kena jugak ambil kira kos beli juadah kat bazar Ramadan, duit sedekah, kos belanja breakfast atau lunch, duit untuk last minute shopping, duit nak beli songkok atau butang (kalau tertinggal kat rumah), duit tukar tayar pancit, dan macam-macam lagi.

Mana tahu tiba-tiba teringan nak makan Briyani Gam pulak raya ni, atau tiba-tiba anak-anak buah mintak belikan mainan, ini semua dikira sebagai kos dan tak boleh diambil mudah. Take note okay.