KelabMama

6 Perkara Yang Mak Ayah Kena Double, Triple Inform Anak-anak Yang Baru Memasuki Alam Persekolahan

Kawasan dan persekitaran yang selamat dan kondusif merupakan perkara yang penting bagi anak-anak. Terutama bagi anak-anak yang baru memasuki alam persekolahan.

Mama Papa perlu mengingatkan anak-anak berulang kali untuk memastikan anak-anak memahami bahaya yang akan menimpa mereka sekiranya perkara tersebut berlaku.

Seperti yang dilaporkan dalam TV atau dalam akhbar tentang kes penculikan anak-anak atau menjadi mangsa buli oleh rakan mereka sendiri, terdapat pelbagai risiko yang mengancam nyawa anak-anak kita.

Bukan nak menakutkan, tetapi, dalam keadaan sekarang, memang mak ayah harus pantau anak-anak dengan jauh lebih ketat berbanding zaman dahulu.

Tambahan pula, anak-anak masih keliru dengan persekitaran yang baru. Justeru, Mama Papa perlu memainkan peranan dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin.

6 Perkara Penting Anak-anak Harus Tahu Sejak Hari Pertama Sekolah

1. Jangan Bercakap dengan Stranger!

Mama Papa perlu sentiasa ingatkan anak-anak yang bahaya untuk bercakap dengan orang yang tidak dikenali.

Lebih-lebih lagi jika stranger itu menegur mereka ketika berada di luar kawasan sekolah atau semasa berada ditempat menunggu Mama Papa menjemput.

Mama harus sentiasa pesan kepada anak-anak bahawa mereka tidak perlu untuk bercakap dengan orang tidak dikenali oleh mereka.

Mama juga harus mengajar anak-anak untuk katakan ‘Tidak tahu’ dengan kuat dan berlari masuk ke dalam kawasan sekolah sekiranya didekati oleh orang yang tidak dikenali.

2. Elakkan Mengambil Apa-apa Daripada Stranger

Mama Papa perlu berpesan kepada anak-anak supaya tidak mengambil apa-apa daripada orang yang tidak dikenali.

Terutamanya apabila mereka ditawarkan dengan gula-gula atau jajan. Anak-anak kecil kan mudah terpedaya dan tergoda dengan pemberian yang macam ni.

Walaupun anak-anak diajar untuk bersopan dengan orang sekeliling, tetapi mereka juga harus peka dan boleh ‘berlagak sombong’ sekiranya berada dalam keadaan begini.

3. Maklumkan Siapa Yang Akan Menjemput Mereka Pulang

Pastikan anak-anak dimaklumkan siapa yang akan menjemput mereka pulang pada hari tersebut. Adakah Mama atau Papa ataupun orang diberi kepercayaan oleh Mama Papa untuk menjemput mereka.

Mama Papa perlu share nombor ahli keluarga yang lain dengan anak-anak. Sekiranya berlaku kecemasan dan tidak dapat menghubungi Mama Papa, sekurangnya anak-anak boleh menghubungi ahli keluarga yang lain.

4. Menjadi Mangsa Buli

Untuk pengetahuan Mama Papa, mangsa buli pun sudah ada ye di sekolah rendah, dan bukan bermula dari sekolah menengah sahaja.

Sebab tu penting untuk Mama Papa ajar dan didik anak-anak dengan keyakinan dan kekuatan diri. Malah, ianya adalah lebih baik jika Mama Papa boleh daftarkan mereka ke kelas mempertahankan diri.

Dengan cara ini, dapat mengelakkan anak-anak Mama daripada senang dibuli oleh pelajar lain.

Kerana kebanyakkan anak-anak mangsa buli ini merasa diri mereka lemah serta tidak mampu untuk say “nokepada arahan pembuli. Ini kerana, mereka tidak yakin serta perasaan takut yang menebal dalam diri mereka.

Mama Papa ingat ye mengajar anak-anak tentang mempertahankan diri ini bukan untuk melawan semula dengan menggunakan kekerasan juga. Tetapi untuk menyakinkan diri mereka bahawa mereka tidak perlu takut sekiranya dibuli.

Sekiranya perkara ini berlaku, Mama Papa perlu ingatkan mereka untuk melaporkan kepada guru atau Mama Papa sendiri.

5. Melakukan Simulasi Penculikan

Mama Papa boleh menunjukkan simulasi penculikan kepada anak-anak. Simulasi ini bukan untuk menakutkan anak-anak tetapi lebih kepada berwaspada kepada anak-anak.

Mama Papa boleh lihat cara untuk membuat simulasi penculikan. Walaupun ada yang beranggapan akan menjadi trauma kepada anak-anak tetapi ini juga good for their learning. Ini dipanggil sebagai reverse psychology.

Sekiranya anak-anak bertindak untuk tidak mendengar nasihat Mama Papa maka, kejadian seperti inilah yang mereka akan hadapi.

6. Bahaya“Sexual Harassment”

Mama Papa perlu memberi pendedahan apa itu sexual harassment kepada anak-anak. Sexual harrassment ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira umur serta jantina.

Kalau dahulunya gangguan seksual ini lebih sinonim dengan budak perempuan, sekarang budak lelaki juga boleh menjadi salah seorang mangsa penderaan seksual ini.

Sexual harassment yang berlaku di sekolah selalunya dilakukan oleh orang yang dikenali atau individu yang berada di sekeliling mereka sahaja. Seperti guru mereka sendiri atau rakan sekelas.

Justeru itu, Mama Papa perlu memastikan anak-anak alert siapa yang melakukan perkara tersebut kepada mereka. Untuk memudahkan Mama Papa mengambil tindakan kepada individu tersebut sekiranya kejadian ini berlaku kepada anak-anak.

Ingatkan mereka untuk menceritakan apa sahaja pada mak ayah sepanjang waktu persekolahan.

Kredit gambar: cypopcolour / Shutterstock.com

Pesan Mama Siti

Anak-anak masih tidak mempunyai keupayaan untuk menjaga diri sendiri. Mama Siti syorkan Mama Papa menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami oleh mereka.

Lagipun ini adalah kali pertama mereka tidak diawasi oleh Mama Papa sendiri. Walaupun ada guru untuk memastikan keselamatan mereka tetapi Mama Papa tidak boleh mengharapkan 100% kepada guru.

Lagi satu, Mama Papa sendiri kena banyak berkomunikasi dengan anak-anak. Tanyakan dengan mereka aktiviti apa yang dibuat, cikgu mengajar apa, siapa kenalan dan sebagainya. Barulah anak-anak lebih bersemangat dan yakin untuk bercerita dengan kita.


Mama Papa perlu mengajar asas pendidikan seksual kepada anak-anak? klik DI SINI.