KelabMama

Cuti Sebelum Mengundi Dah Umum, Apa Mama Perlu Buat? Persediaan Untuk Balik Mengundi di Kampung Halaman

Kredit gambar: Shutterstock

Pada Isnin lalu, Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri telah umumkan cuti Pilihan Raya Umum jatuh pada 18 hingga 19 November 2022 bagi seluruh Malaysia. Jadi, adalah idea yang bernas untuk Mama merancang perjalanan Mama lebih awal bagi mengelakkan perkara buruk yang berlaku sebelum hari mengundi.

Pada hari mengundi yang ditetapkan, pemilih-pemilih yang namanya ada dalam daftar pemilih, akan keluar mengundi di pusat-pusat mengundi yang telah ditetapkan. Masa mengundi yang ditetapkan oleh SPR ialah antara pukul 8 pagi hingga 6 petang di Semenanjung Malaysia dan mulai pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang di Sabah dan Sarawak.

Tapi ada kawasan yang masa mengundi dipendekkan atas sebab keselamatan dan kesukaran pengangkutan terutama di Sabah dan Sarawak. Untuk pengetahuan Mama, setiap pusat mengundi biasanya mempunyai lebih dari satu tempat mengundi (saluran). Diketuai oleh seorang Ketua Tempat Mengundi dan dibantu oleh dua hingga empat orang Kerani Pengundian.

Itu adalah secara am yang Mama perlu tahu tentang hari mengundi. Beralih kepada perkara lain, terdapat beberapa perkara yang Mama perlu bawa ke tempat undi untuk mengelakkan diri dari letih berdiri, kebuluran sebab tak sempat makan dan lain-lain.

Ramai orang akan berpusu balik mengundi ke kampung halaman. Dekat atau jauh, Mama harus bersedia.

Persediaan Sebelum Balik Mengundi

Kredit gambar: Shutterstock

Sebelum Mama dan sekeluarga pulang ke kampung halaman, terdapat beberapa perkara yang Mama harus check sebelum memulakan perjalanan. Pastikan Mama:

Persediaan Pada Hari Mengundi

Kredit gambar: Shutterstock

Pastikan Mama membawa:

Pastikan Mama kemaskan semua keperluan Mama dalam beg dan pergi mengundi. Setiap undian adalah penting jadi jangan lupa mengundi! Selamat menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat tau Mama~


Dapatkan info lanjut tentang mengundi di SINI.