KelabMama

Dah Ready Ke Mama? 8 Persediaan Sebelum Anak Masuk Preschool

“Eh, lagi beberapa bulan je anak sulung saya akan masuk preschool atau pra sekolah! Stationery dan pakaian semua dah lengkap. Apa lagi agaknya ya yang perlu saya prepare?”

Pasti ramai parents tertanya-tanya apa lagi keperluan yang harus disediakan tatkala menjelang aktiviti persekolahan terutamanya jika ini adalah pengalaman pertama anak Mama dan Papa masuk ke sekolah.

Ada yang menganggap ilmu asas seperti mengeja perkataan mudah fahami nombor tambah tolak perlu dimahirkan dahulu. Sebenarnya, tidak menjadi masalah jika anak Mama dan Papa masih belum kuasai ilmu yang satu ni.

Walaupun ia penting, tapi para guru di pra sekolah tahu benar handle situasi murid yang belum menguasai sepenuhnya ilmu bacaan dan permainan nombor.

Yang lebih utama dan ramai terlepas pandang adalah persediaan melibatkan emosi si kecil serta situasi dalam kelas yang dihadapi oleh anak anda dan rakan sebayanya.

Apa persediaan preschool yang sebenarnya perlu diberikan perhatian tu? Jom tengok senarai di bawah ni Mama:

1. Anak Boleh Faham Arahan

Meskipun anak Mama mungkin telah mencapai usia empat tahun, namun ada sesetengah kanak-kanak masih belum boleh memahami arahan mudah seperti “keluarkan buku daripada beg”.

Bagaimana cara untuk memastikan si kecil anda dah boleh menerima mesej berbentuk arahan sedemikian sebelum melangkah ke sekolah? Caranya adalah Mama dan Papa perlu kerap mendedahkan anak dengan skill komunikasi yang biasa.

Kurangkan bertutur seperti mereka masih kecil dan bayi, namun beralih kepada cara perbualan seorang kanak-kanak.

Perbualan dengan bayi adalah seperti “Mama nak tu. Ok, mintak?” Sambil Mama hulur tangan.

Namun perbualan dengan kanak-kanak lebih kepada mengajar adab dan tatacara berkomunikasi dengan baik. Contohnya: “Abang boleh tolong Mama?” Bila mereka datang kepada anda, nyatakan dengan jelas apa yang Mama mahu. Contohnya “Air dalam cawan yang abang minum ni dah habis. Boleh tolong letak dalam sinki?”

Bukan setakat memastikan anak faham arahan mudah, namun dalam masa sama kaedah ini mendidik anak dengan kemahiran asas.

Walaupun nampak biasa, tapi memastikan anak faham arahan adalah penting supaya mereka tak rasa left out atau tak confidence setiap kali pergi ke preschool.

Jika Mama dan Papa belum lakukan perkara demikian, inilah masanya untuk menerapkan ilmu asas baharu pada mereka.

2. Anak Boleh Menceritakan Kepada Mama & Papa

Boleh bercerita di sini bukan maksudnya si anak tu petah bercerita. Hanya cerita basic jerr Mama seperti apa aktiviti yang dilakukan di sekolah, makan apa, belajar apa dan macam-macam lagi.

So, Mama dan Papa boleh tahu aktiviti anak sepanjang hari di preschool. Ia termasuklah memantau jika ada perkara mencurigakan berlaku pada mereka di sekolah.

Seperti dibuli rakan sebaya atau anak Mama didera guru. Ataupun mungkin rakan sebayanya didera, jadi dia tahu untuk menceritakannya pada anda.

3. Anak Boleh Jawab Soalan Basic

“Adik siapa nama?” “Adik tinggal di mana?”

Make sure anak tahu menjawab soalan asas seperti ini. Ia bagi memastikan keselamatan mereka seandainya anak hilang daripada pandangan guru.

Kerapkan bermain soal jawab bersama anak dengan bertanyakan nama mereka, umur, nama parents termasuklah menghafal nombor telefon salah seorang daripada Mama dan Papa ye.

4. Waktu Tidur Anak Teratur

Ini juga persediaan preschool yang penting dan selalu parents pandang ringan. Jika anak Mama selalu bangun tidur sekitar pukul 10 atau 11 pagi, dah tiba masanya untuk Mama dan Papa ubah rutin tidur mereka.

Ia bagi memastikan anak tak mengalami kejutan bila terpaksa bangun pagi.

Sekiranya mereka dipaksa bangun dalam keadaan si kecil masih tak mahu berpisah dengan bantal peluknya, ini boleh menjejaskan mood mereka sekaligus mengundang pelbagai drama air mata setiap pagi sebelum nak ke sekolah.

5. Anak Pandai Menyimpan Barang Miliknya

Nampak macam remeh kan? Tapi kalau tak diajar untuk menyimpan semula barang-barang mereka, alamatnya Mama dan Papa pun pening kepala sebab asyik kena berulang-alik ke DIY belikan semula alat tulis yang hilang.

Selain mengelakkan Mama dan Papa pening kepala, amalan ini juga dapat membentuk disiplin mereka untuk sentiasa mengatur semula barang ke tempat asal setelah selesai digunakan.

Selain itu, anak-anak juga akan belajar untuk sayang kepada barang-barang mereka dan tahu menjaganya.

6. Latih Anak Untuk Berkawan

Jika anak dah terbiasa bersendirian dan jarang bergaul dengan kanak-kanak lain, Mama dan Papa perlu berikan perhatian pada perkembangan mereka.

Sebaiknya, dedahkan anak dengan kanak-kanak sebayanya untuk anak belajar berkawan. Ia penting supaya anak tidak rasa janggal bila buat sesuatu aktiviti bersama kawan-kawan di preschool.

Terutama sekali jika perlu berkongsi atau meminjam barang. Di sinilah pentingnya peranan untuk belajar berkawan.

7. Sentiasa Tagged Barang Anak

Ni pula merupakan antara persediaan preschool yang paling penting. untuk ibu bapa supaya cakna untuk menandakan semua barang anak anda. Bukan bimbang dicuri semata-mata, tapi risau jika ada barang yang tak sengaja sama dengan kawan kelas.

Nanti bergaduh pula berebut alat tulis tu. Jadi pastikan Mama dan Papa aware untuk tag semua barang anak anda.

8. Dedahkan Anak Kepada Suasana Preschool

Bagi Mama Siti, point terakhir ini juga penting tapi ramai yang terlepas pandang. Mendedahkan suasana preschool dapat membuatkan anak lebih bersedia.

Mungkin kebanyakan anak-anak jika ditanya tentang persekolahan, mereka sangat teruja sebab membayangkan sekolah ada kawan-kawan yang ramai, ada mainan, ada aktiviti menyeronokkan.

Tapi sebaik sampai, ia tak seperti dalam fikiran mereka. Kadang-kala, kartun yang mereka tonton kebanyakkan memberikan imaginasi terlalu menarik tentang alam persekolahan.

Ini menyebabkan anak membayangkan sekolah mereka juga adalah sama seperti itu.

Sebaiknya, Mama dan Papa tunjukkan sekolah sebenar, apakah aktiviti yang dilakukan dan sentiasa beritahu bahawa Mama dan Papa tak boleh teman mereka di sekolah.

Mungkin anak-anak akan berat hati nak mulakan persekolahan, tapi pujuk mereka dengan keseronokan dan kegembiraan yang menanti di sana.

Tapi ingat, jangan tipu mereka ye sebab kanak-kanak mempunyai memori yang kuat dan pastinya mereka menantikan situasi yang Mama dan Papa ceritakan tu.

Dalam masa sama, pastikan juga anak-anak telah diajar tentang panggilan mereka sebagai murid bila di sekolah dan suasana seorang cikgu yang akan memberikan arahan secara beramai-ramai kepada anak muridnya.

Bukan seperti Mama dan Papa yang bercakap face to face dengan anak masing-masing, sebaliknya cikgu akan cakap secara random kepada semua murid.

Sebab itulah pentingnya persediaan preschool ini kepada si kecil Mama. Bukan setakat Mama Papa je kena ready tau, anak-anak pun harus mempunyai persediaan seperti di atas demi kemudahan dan keselamatan mereka.


Untuk pelbagai tips dan info tentang keibubapaan, Mama dan Papa boleh klik di SINI!