KelabMama

Step By Step Permohonan MyKid (Secara Walk In & Online)

permohonan mykid

Kali ini Mama Siti nak kongsikan tentang cara-cara permohonan MyKid. Sama seperti kad pengenalan kita, MyKid ni sangat penting untuk semua kanak-kanak warganegara Malaysia.

Dalam bahasa mudah, MyKid ni kad pengenalan untuk anak-anak kita.  

Cip dalam kad pengenalan kanak-kanak tersebut mengandungi informasi seperti data kelahiran, maklumat kesihatan dan maklumat pendidikan.

Apa itu MyKid?

MyKid ialah kad pengenalan kanak-kanak yang berumur 12 ke bawah. Walaupun tiada cap jari dan gambar tetapi MyKid memudahkan Mama dan Papa kerana saiznya yang kecil dan ringan. Proses urusan dengan agensi kerajaan dan swasta juga menjadi lebih pantas.

Ia diberikan nama MyKid sebagai singkatan bagi dua maksud penting. My merujuk kepada Malaysia manakala Kid ialah Kad Identiti Diri. Nombor kad pada MyKid kekal sama walaupun mereka sudah memiliki MyKad.

Bagaimana Pula dengan Kelebihan MyKid? 

Memandangkan kita sudah pun menjejakkan kaki di era digitalisasi maka MyKid berfungsi untuk mengurangkan penggunaan borang ketika berurusan dengan agensi tertentu. 

Seterusnya, ianya sentiasa diperlukan bagi pemeriksaan kesihatan dan persekolahan melalui maklumat yang diperoleh dari cip dalam kad itu. 

Tambahan pula, MyKid mempunyai ciri-ciri keselamatan dan menghalang penyalahgunaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Walau bagaimanapun, kelebihan MyKid tidak terhenti di situ sahaja. MyKid dibangunkan dengan sistem yang berteknologi. Jadi segala maklumat boleh dikemaskini dengan pantas selagi menggunakan sistem kemaskini yang sama.

Permohonan MyKid SecaraWalk In & Online

> Permohonan MyKid Terus di JPN

Kredit gabar: WorldOrgs.com

Bagi memohon kad pengenalan anak. Mama dan Ayah perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berdekatan dengan membawa borang-borang seperti berikut:

> Permohonan MyKid Secara Atas Talian (Online)

Kredit gambar: eCentral

Permohonan MyKid secara atas talian ialah menerusi laman portal rasmi JPN sendiri. Pertama sekali, daftar pengguna baru disini

Kemudian Mama dikehendaki mengisi maklumat seperti berikut bagi mendaftar akaun di portal JPN.

Selanjutnya, Mama akan log in melalui pautan yang dihantar ke emel yang dimasukkan sebelum ini. 

Peringkat inilah Mama boleh mula membuat permohonan MyKid untuk anak Mama secara online.

Berapa Caj Yang Perlu Dibayar?

Kredit gambar: The Star

Berdasarkan laman sesawang rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). pendaftaran MyKid ialah percuma atau tidak dikenakan apa-apa bayaran. 

Namun begitu, Mama Siti nak ingatkan supaya Mama sediakan semua borang dan sijil yang diperlukan untuk memudahkan proses pendaftaran.

Semakan Status MyKid (Online & SMS)

Ketersediaan MyKid boleh disemak melalui beberapa cara. Pertama ialah secara online manakala cara kedua ialah secara pesanan ringkas (SMS).

Semakan Secara Online

Kredit gambar: weforum.org
  1. Pergi ke portal JPN atau klik disini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan kanak-kanak yang terdapat dalam resit rasmi semasa membuat permohonan.
  3. Isikan CAPTCHA dan klik butang SEMAK.
  4. Skrin paparan akan menunjukkan status permohonan MyKid samada sudah boleh diambil atau belum.

Semakan Secara SMS

Kredit gambar: Tatango

Jika Mama sukar mendapatkan talian internet, Mama boleh cuba alternatif kedua iaitu menggunakan kaedah SMS. 

  1. Taip JPN<jarak>MYKID<jarak>No MyKid 
  2. Hantar ke nombor 15888

Mama akan menerima balasan SMS berkenaan status MyKid anak-anak. Diharap Mama maklum bahawa kaedah SMS akan dikenakan caj bayaran RM 0.15 bagi setiap satu penghantaran. Manakala setiap mesej yang diterima akan dikenakan bayaran sebanyak RM 0.20. 

Harap-harap proses permohonan MyKid anak-anak Mama dipermudahkan lah ya. Urusan yang mudah baik kita buat segera kan. Kalau lambat-lambat nanti susah nak buat urusan kesihatan dan sekolah anak-anak. 


Dapatkan pelbagai tips keibubapaan yang lain dengan klik SINI.