KelabMama

PERMAINAN YANG BAHAYA UNTUK ANAK ANDA MAIN

Anak anda membesar dan mempelajari tentang dunia dengan bermain, tetapi terdapat beberapa mainan kanak-kanak yang mungkin boleh membahayakan anak anda. Ini senaraikan lapan permainan yang berbahaya untuk anak anda.

 

Mainan seperti helikopter kawalan jauh atau mainan lain yang mempunyai kipas sesuai untuk remaja sahaja, Kanak-kanak kecil masih tidak boleh mengendalikan mainan seperti ini dengan betul dan mereka mudah cedera di jari jika mainan itu dihidupkan. Pilih mainan dengan kipas yang diperbuat daripada plastik lembut dan tepi bilah iu haruslah tumpul.

 

Kanak-kanak pasti akan menggunakan alat dari kit ini pada diri mereka sendiri atau pada kanak-kanak yang lain dan “prosedur perubatan” itu mungkin akan menyebabkan beberapa bahagian kecil yang terdapat pada kit itu tersumbat di dalam hidung atau saluran pernafasan. Selain itu, permainan seperti ini akan menimbulkan minat anak anda kepada suntikan sebenar, gunting dan pil. Antara permainan kit yang terbaik adalah kit yang tidak mengandungi bahagian kecil, jarum suntikan atau alat yang boleh menyebabkan rongga anak anda tersumbat.

 

Pelampung tangan atau lengan sebenarnya tidak menjamin keselamatan yang sempurna untuk anak anda ketika berada di dalam air. Ini kerana pelampung tersebut dengan mudah sahaja boleh tercabut dari lengan mereka. Di samping itu, sesetengah produk jenis ini mengandungi toksik isophorone, fenol dan heksanone yang boleh menyebabkan masalah pada kulit yang berlarutan dan pelbagai masalah lain seperti kanser. Pastikan pelampung ity dilaraskan dengan ketat kepada saiz kanak-kanak dan gunakannya di bawah pengawasan orang dewasa. Pastikan pelampung itu tidak dipakai selama lebih dari setengah jam.

 

Bateri dengan permukaan leper dan rata kelihatan seperti gula-gula dan anak anda mungkin akan memasukkannya ke dalam mulut. Sai dan bentuknya memudahkan mereka untuk menelan dan litium di dalam bateri tersebut boleh menyebabkan keracunan yang teruk atau terbakar. Bateri tersebut haruslah dilindungi dengan panel plastik yang dipasang dengan skru.

 

Kanak-kanak sering mengabaikan jarak tembakan yang perlu dilakukan dan langkah keselamatan lain untuk bermain dengan pistol mainan tersebut. Akibatnya, mainan yang menembak apa juga jenis peluru, walaupun air atau aerosol akan menjadi punca kepada kecederaan wajah terutama sekali pada mata. Sekiranya anda bercadang untuk membeli senjata mainan untuk anak anda, pastikan anda membeli gelas perlindungan (goggle).

 

Permainan popular ini sering dilihat dilabel sebagai mainan untuk kanak-kanak yang berusia lima tahun ke atas tetapi sebenarnya permainan ini sesuai untuk remaja yang berusia lebih daripada 14 tahun. Dalam percubaan untuk melepaskan bola magnetik dengan gigi mereka, kanak-kanak sering menelan bukan satu tetapi beberapa bola magnet tersebut sekalius. Hal ini akan menyebabkan kecederaan yang serius pada dinding usus anak anda. Mainan dimana magnetnya dilindungi dengan pembalut plastik adalah lebih selamat.

 

Belon boleh meletup ketika sedang ditiup udara ke dalamnya atau ketika anak anda sedang bermain dengannya, bunyi kuat daripada belon yang meletup boleh memberikan masalah kepada deria pendengaran mereka. Dan dalam suasana cemas juga, mereka boleh secara tidak sengaja boleh menelan serpihan belon tersebut. Sebab itu, belon udara ini lebih sesuai untuk kanak-kanak berusia lebih dari lapan tahun. Pastikan anda tidak membeli belon yang asalnya berkedut atau mempunyai bau yang kuat. Jika anda mengenggamkan belon yang berkualiti rendah, ia akan mengeluarkan bunyi seperti kertas dan juga mengambil masa yang lama untuk kembali ke bentuk awalnya.

 

Sebahagian daripada permainan ini boleh terputus semasa berputar dan akan menyebabkan kecederaan. Terdapat juga kes dimana anak anda mungkin tertelan bahagian permainan tersebut. Selain itu, mainan ini juga dikatakan boleh menghalang tumpuan kanak-kanak yang membawa kepada masalah pembelajaran. Di beberapa negeri di Amerika Syarikat, penggunaan mainan ini di sekolah adalah dilarang oleh undang-undang. Gantikan mainan pemutar ini dengan alat latihan jari kanak-kanak yang tidak hanya akan mengisi masa terluang anak anda tetapi juga mengembangkan kemahiran motor mereka.

 

 

 

 

Sumber: Jelita