KelabMama

Perkembangan Mental Si Kecil Yang Mama Dan Papa Wajib Tahu

Bayi yang baru lahir sehingga mencapai usia 2 tahun ni memang perlukan perhatian yang sepenuhnya daripada mama dan papa. Bukan setakat pemakanan je yang kena pantau, perkembangan mental pun mama dengan papa kena alert contohnya, dah pandai senyum bila tengok orang, dah boleh berjalan dan pandai hisap jari.

Semua anak alami 10X perkembangan otak atau di sebut ‘LEAP’ dari usia 0- sekitar 2 tahun. 10 Leap akan terjadi pada tarikh-tarikh berikut (yang mewakili usia bayi) dengan *julat beza sekitar 1-3 minggu* sahaja bagi setiap anak:

5 minggu: Dunia Perubahan Sensasi

Anak ibarat baru tersedar dia telah bertukar dunia. Ini sebabnya ramai ibu berkata anak berubah jadi ‘sukar’ selepas habis tempoh pantang!

8 minggu: Dunia Corak & Bentuk

Anak baru nampak dan sedar dengan kehadiran pelbagai corak, tekstur dan bentuk di sekeliling dan di dalam/pada badannya. Anak mula suka ‘tenung dan kaji jari’ nya misalnya.

12 minggu: Dunia Perubahan Lancar

Anak mula faham dan nampak sebarang pergerakan ringkas yang berlaku di sekeliling dan di dalam badannya. Ramai anak mula hisap jari dan suka main tarik-tarik puting.

Ibubapa kena sentiasa pantau kesihatan mental si manja kerana ia berkait rapat dengan perkembangan dan pembangunan serta kesejahteraan sosial dan emosi mereka.

19 minggu: Dunia Kejadian

Anak mula ‘explore’ konsep ‘apa akan jadi seterusnya?’. Misalnya bola getah yang jatuh akan melantun naik.

26 minggu: Dunia Hubungan

Inilah usia kemuncak anak menjerit kalau kena tinggal walau sekejap dan dekat! 

37 minggu: Dunia Kategori

Usia anak paling pandai buat sepah dan mula pandai manipulasi, suka buat drama. Ibu mesti jaga-jaga.

46 minggu: Dunia Turutan

Aik? Tiba-tiba anak pandai menyusun dan mengemas di usia ini? 

55 minggu: Dunia Program

Anak mula suka buat projek senyap-senyap. Kalau anak senyap dan hilang tu, pasti ada lah kerja nya! Misalnya, aih? Tiba-tiba dia muncul dengan gincu ibu penuh di mukanya.

Aspek sosial dan emosi adalah komponen paling penting dalam tahap ini kerana ia akan beri kesan yang khusus kepada kesihatan mental mereka terutama apabila dewasa kelak.

64 minggu: Dunia Prinsip

Usia emas untuk ibu mula buat peraturan. NO, anak bukan lagi baby kecil yang jika buat silap boleh dibiarkan atas alasan ‘dia kan budak lagi…’ 

75 minggu: Dunia Sistem

Anak akhirnya lengkapkan acuan pertama untuk ‘jadi manusia bagaimana’. Ya, BUKAN SEMUA ANAK 2 TAHUN KENA JADI NAKAL. ANAK BOLEH PILIH UNTUK JADI ‘GOOD’ & ‘NICE’ DI USIA INI JIKA ASAS ACUAN NYA ELOK!

BEZA LEAP DENGAN GROWTH SPURT

Perkembangan mental bayi adalah sama penting dengan perkembangan fizikal bayi.

Atau

USIA LEAP BERDASARKAN TARIKH LAHIR ATAU TARIKH JANGKA LAHIR?

Kesemua 10 leap yang saya senaraikan adalah BERDASARKAN TARIKH JANGKA LAHIR (edd) yang di beri doktor semasa pertama kali anda di sahkan hamil dahulu.

Mengapa?

FASA LEAP

Jika simptom growth spurt lebih jelas, iaitu bayi meninggi, mula nampak keluar gigi, mula cuba-cuba bergolek untuk meniarap. Simptom leap apa pula? 3C :

1. Crying (banyak menangis)
2. Cranky (bad mood, serba tak kena)
3. Clingy (kerap nak berdukung, berdekatan dengan ibu)

Bayi yang baru lahir sangat memerlukan sokongan daripada individu di sekelilingnya.

Fasa 1: di cirikan dengan 3C
Fasa 2: bayi kurang sedikit 3C. Lebih terkawal.
Fasa 3: bayi selesai leap. Bayi kembali seperti dahulu.

USIA 10 LEAP yang di senaraikan ADALAH PADA FASA 2.

Maksudnya: bila ibu mula nampak anak tiba-tiba berubah perangai jadi 3C, maka ibu akan dapat lihat, tak lama lagi anak akan mula tunjuk skil-skil dan sikap baru yang di kita bincangkan bagi setiap leap. Maka, dengan ini, ibu akan lebih bersedia untuk membantu bayi dengan aktiviti dan ‘game’ yang akan mempercepatkan bayi menguasai leap tersebut. Hasilnya, lebih cepat bayi move on dari fasa 3C!

Nota tambahan:

Sumber: Baby Language

BACA JUGA PERKEMBANGAN BAYI | 4 PERINGKAT PERKEMBANGAN SELEPAS KELAHIRAN YANG NORMAL

Pesan Mama Siti:

Mama dan papa sebagai ibubapa sebenarnya memainkan peranan yang snagat penting dalam membentuk kesihatan mental yang baik buat anak mama. Kalau tanya Mama Siti apa yang mama boleh buat untuk jaga kesihatan mental si manja, mama boleh spend time dengan anak mama. Cuba communicate dengan mereka melalui sentuhan, senyuman, bercakap atau pun menyanyi. Simple kan?