KelabMama

Perkembangan Bayi 7 Bulan – Ini Milestone Yang Mama Perlu Tahu

perkembangan bayi 7 bulan

Kredit gambar: www.ruangmom.com

Pejam celik pejam celik bayi Mama dah pun menginjak umur 7 bulan. Pastinya banyak yang sudah mampu dilakukan oleh si comel Mama kan? Tetapi adakah si kecil Mama membesar mengikut perkembangan bayi 7 bulan yang sepatutnya? Pastinya tertanya-tanya bukan?

Oleh itu, hari ini Mama Siti kongsikan perkembangan bayi 7 bulan dari segi fizikal, sensori, kognitif dan pertuturan yang boleh dijadikan panduan oleh Mama-mama di luar sana.

Jom ikuti perkongsiannya di bawah ini!

Perkembangan Bayi 7 Bulan

Kredit gambar: www.johnsonsbaby.co.id

Berikut merupakan perkembangan bayi 7 bulan yang perlu Mama ambil perhatian iaitu:

#1. Perkembangan Fizikal Bayi 7 Bulan

Perkembangan fizikal bagi bayi berusia 7 bulan ini boleh dilihat dari peningkatan berat badan dan ketinggian mereka. Bagi bayi lelaki berat purata adalah anatar 6.4kg sehingga 10kg, manakala berat purata bagi bayi perempuan adalah sekitar 7.2kg sehingga 9.5kg.

Bagi ketinggian pula, purata tinggi bagi baby 7 bulan lelaki adalah 68.58 cm manakala bayi perempuan ialah 66.04 cm.
Dalam tempoh ini juga, kemungkinan gigi bayi Mama akan kelihatan di bahagian tengah rahang bawahnya.

Namun, sekiranya masih belum tumbuh gigi pada usia ini tidak perlu Mama risau kerana ianya adalah normal gigi tidak kelihatan sehingga bayi mencapai umur 12 bulan.

Selain itu, terdapat juga antara bayi berusia 7 bulan ini sudah mampu untuk explore sekelilingnya dengan cara bergolek, berguling, merangkak dan meniarap. Mereka akan berusaha untuk mencapai objek yang mereka inginkan. Contohnya, cuba mengambil telefon yang dipegang Mama.

Di samping itu, mereka juga suka meloncat-loncat, mampu duduk tanpa sokongan (ada yang masih perlu disokong) dan semakin bijak menggunakan tangan untuk memegang objek yang dipegang. Bukan itu sahaja, bayi Mama juga akan boleh menepuk tangan, memegang sudu dan cawan, melambaikan tangan dan membuat blow kisses.

#2. Perkembangan Kognitif Bayi 7 Bulan

Pada usia 7 bulan ini, memori bayi Mama sudah semakin berkembang dimana mereka sudah boleh membezakan antara orang yang mereka kenal dan tidak kenal. Selain itu, bayi Mama akan menangis bagi menyatakan perasaannya atas pelbagai sebab.

Berbeza pada awal kelahiran di mana bayi Mama menangis untuk apabila lapar dan tidak selesa, tetapi pada usia 7 bulan mereka menangis untuk menyatakan perasaan mereka atas pelbagai sebab. Contohnya, inginkan mainan dan didukung oleh individu tidak dikenali.

Bayi Mama juga sudah boleh memahami akan konsep objek/individu boleh hilang dari pandangan tetapi tidak bermaksud ianya tidak wujud. Sebab itu mereka suka bermain au cak! Mama juga akan perasan yang bayi Mama suka mendengar lagu atau muzik yang berulang.

#3. Perkembangan Sensori Bayi 7 Bulan

Perkembangan dari segi sensori pula, mereka akan suka melihat objek-objek tertentu. Ini kerana otak mereka semakin berkembang. Pada tahap ini juga mereka sudah boleh mengenali wajah Mama dan Papa mereka.

Mereka akan menunjukkan reaksi ketawa dan melompat apabila melihat wajah Mama dan Papa. Mereka juga sudah boleh melihat dari jarak yang lebih jauh. Penglihatan mereka semakin berkembang walaupun tidak sebaik orang dewasa di mana mereka sudah boleh mengenal warna-warna di sekeliling mereka.

Dari segi sentuhan pula, bayi berusia 7 bulan sudah mampu memegang dengan baik. Mereka boleh memegang objek menggunakan jari jemari mereka dengan lebih baik. Mereka boleh mengutip mainan yang jatuh dan mengambil mainan yang diingini mereka. Malah mereka juga sudah mampu untuk memegang sudu dan cawan sendiri.

Dari segi pendengaran, bayi Mama yang berusia 7 bulan ini sudah mula mengenali nama sendiri dan akan mencari suara yang memanggilnya. Mereka akan menoleh dan mencari dari mana datangnya bunyi yang didengari mereka. Apabila Mama Papa bercakap mereka akan memberi tumpuan walaupun masih belum memahami apa yang diperkatakan.

#4. Perkembangan Pertuturan Bayi 7 Bulan

Bagi perkembangan pertuturan pula, bayi berusia 7 bulan akan mengulangi bunyi yang mereka dengar. Mereka akan membuat bunyi seperti membebel. Contohnya, “ba-ba-ba” serta “da-da-da” dan kemungkinan akan menyebut “mama” atau “dada” tidak lama lagi. Tak sabarkan?!

Tips Menjaga/Bermain/Berinteraksi dengan Bayi

Kredit gambar: genbest.id

Antara tips menjaga, bermain dan berinteraksi dengan si comel berusia 7 bulan adalah:

Tanda Amaran yang Perlu Dirisaukan Oleh Mama Papa

Kredit gambar: raisingchildren.net.au

Namun, jika terdapat tanda-tanda dibawah mama papa seharusnya risau dan bawa berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Tanda-tanda tersebut ialah:

Milestone bayi Mama Papa mungkin sedikit lambat berbanding bayi 7 bulan yang lain tetapi sekiranya terdapat progress dalam setiap perkembangan mereka ianya adalah normal. Hal ini kerana, perkembangan setiap bayi adalah berlainan.

Pastikan Mama Papa sentiasa ada dengan setiap jatuh bangun mereka. Perhatikan mereka dengan rapat dan enjoy waktu ini bersama bayi Mama Papa yang pastinya akan menjadi saat terindah dalam hidup Mama Papa.

Khas untuk Mama yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi. Jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my di SINI sekarang!


Dapatkan info mengenai perkembangan bayi 6 bulan di SINI!