KelabMama

Mengikuti Perkembangan Anak Mama: Meraikan Pencapaian dan Memantau Kelewatan Perkembangan Mereka

Kredit gambar: Shutterstock

Apabila Mama mula-mula mengetahui Mama hamil, pasti terdapat rasa yang tak dapat digambarkan—TERUJANYA!

Terus ada rasa ingin tahu tentang perkara yang berlaku dalam rahim kita. Adakah sel-sel tersebut sedang mencipta sebuah badan janin? Jantung? Paru-paru?

Malah terdapat aplikasi mudah alih di mana anda boleh memasukkan maklumat yang berkaitan tentang kehamilan anda, dan ia akan menggambarkan pertumbuhan janin — daripada saiz sebiji beri biru kepada saiz sebiji melon!

Kredit gambar: Pexels

Mama Siti telah melihat ibu bapa yang memantau perjalanan kehamilan mereka dari beberapa minggu pertama sehingga sepenggal penuh, lengkap dengan maklumat saintifik dan bertanya semua soalan yang berkaitan sehingga ke tahap di mana… hmmm, mereka mungkin lebih (hampir) berpengetahuan dari pakar perbidanan mereka.

Walau bagaimanapun, menuntut ilmu tidak sepatutnya berhenti setelah bersalin. Sebaik sahaja si manja dilahirkan, Mama dan Papa harus terus memantau dan meraikan peristiwa penting, memastikan perkembangan mereka pada tahap yang betul.

Ini penting kerana ibu bapa akan dapat mengenal pasti sebarang kelewatan dalam pencapaian perkembangan anak kecil dengan segera.

Berikut adalah beberapa tanda Mama dan Papa harus berikan perhatian:

Kelewatan sosioemosi

Kredit gambar: Shutterstock

Juga dikenali sebagai kelewatan sosial dan emosi (sekiranya ia tidak jelas), ia merujuk kepada keadaan apabila kanak-kanak tidak mencapai pencapaian interaktif dan responsif yang sepatutnya untuk umur mereka.

Berikut adalah perkara yang perlu Mama perhatikan:

Kelewatan perkembangan visual

Kredit gambar: Shutterstock

Apabila si manja Mama dilahirkan, mereka hanya nampak warna hitam, putih dan kelabu. Jadi jangan tersinggung jika mereka tidak melihat ke arah Mama.

Walau bagaimanapun, penglihatan kaburnya perlahan-lahan akan menjadi lebih baik. Apabila dia mencecah usia 4 bulan, penglihatan warna si manja akan jadi lebih meluas secara perlahan-lahan. Pada usia 5 bulan pula, si manja akan mula melihat secara tiga dimensi.

Namun, kematangan visual yang tertangguh juga mungkin akan berlaku.

Tanda-tanda kelewatan yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa adalah termasuk:

Salah satu cara adalah memeriksa sama ada mata mereka mengikut objek yang bergerak atau mengikut perkara yang jaraknya satu hingga enam kaki. Berhati-hati jika mata mereka sering berair dan bukan kerana menangis. Jika mereka mengalami kelewatan perkembangan visual, mereka mungkin memerlukan cermin mata, pembedahan atau penutup mata.

Kelewatan sensorimotor

Kredit gambar: Shutterstock

Tubuh manusia terdiri daripada otot besar dan kecil. Otot besar badan melakukan kemahiran motor kasar seperti berlari dan melompat. Semasa bayi cuba memikirkan kemampuan badan mereka, mereka akan menggerakkan tangan dan kaki mereka secara rawak atau cuba menggenggam dengan jari kecil mereka.

Bagi bayi yang mengalami kelewatan sensorimotor, mereka mungkin mengalami kesukaran untuk berguling dan mengangkat kepala mereka. Sebaik sahaja mereka memasuki bulan ketiga, mereka sepatutnya mencuba untuk menggenggam dan memegang objek. Mama boleh memerhatikan dengan jelas dengan menyediakan baby mobile dan perhatikan bagaimana bayi Mama bertindak balas terhadapnya.

Menjelang 6 bulan, mereka sepatutnya boleh duduk tanpa bantuan dan banyak berguling (sebab itu Mama mungkin perlu meletakkan bantal dan selimut di mana-mana sahaja bayi Mama berada).

Sebelum mereka menyambut hari jadi pertama, mereka sepatutnya boleh merangkak dan berdiri dengan sokongan.

Kelewatan kognitif

Kredit gambar: Shutterstock

Kanak-kanak yang mengalami kelewatan dalam perkembangan kognitif mungkin menghadapi masalah mengikut arahan yang mudah. Sama seperti kelewatan perkembangan sosioemosi, mereka mungkin mengalami kesukaran bercakap dan meniru perkataan atau tindakan. Kerana ia melibatkan perkembangan otak, bermain dan berkomunikasi dengan orang lain mungkin ia menjadi satu cabaran.

Kini, Mama dan Papa mungkin tidak dapat menyedarinya dalam beberapa bulan pertama selepas kelahiran, tetapi menjelang 12 bulan, mereka sepatutnya dapat mencari objek tersembunyi yang mereka dapat lihat. Mereka sepatutnya boleh melambai dan menunjuk pada imej semasa Mama sedang menamakannya. Sebaik sahaja mereka mencapai umur dua tahun, mereka sepatutnya dapat membezakan fungsi objek biasa, mengikut arahan mudah dan juga bertanya soalan—ya, banyak soalan ‘mengapa ini’ dan ‘mengapa itu’. Jika anak Mama boleh melakukannya, itu adalah satu kejayaan!

Bagaimana kalau…?

Kredit gambar: Pexels

Sudah tiba masanya untuk membuang semua ‘taboo’ tersebut.

Perkembangan anak anda bukan berdasarkan pantang larang, tetapi berdasarkan penglibatan anda dalam kehidupan mereka. Semasa Mama Siti bekerja sebagai seorang pendidik, saya melihat terlalu ramai ibu bapa yang tidak mahu menerima bahawa anak mereka memerlukan bantuan. Kenapa? Kerana mereka ingin percaya bahawa anak mereka tidak mengalami kelewatan perkembangan.

Sekarang, saya faham bahawa ia berpunca daripada kasih sayang dan kepercayaan terhadap anak mereka, tetapi menerima kemungkinan kelewatan perkembangan serta-merta akan lebih membantu mereka dalam perjalanan hidup.

Oleh itu, jika anda mempunyai anak yang mengalami kelewatan perkembangan, mereka memerlukan anda di sisi mereka. Apabila Mama bersama-sama anak untuk membimbingnya melalui semua ini, untuk memperbaiki kekurangan diri, anak Mama pasti akan dapat membesar dengan jayanya. Walau bagaimanapun, bantuan profesional masih diperlukan bermula dari saat Mama perasan tahap perkembangan si manja bukan pada tahap normal. Dengan mendapatkan bantuan pakar, ia mungkin dapat membantu perkembangan si manja berada di tahap yang betul.

Jika anda memerlukan sokongan tambahan, insurans adalah jaminan bahawa ia akan membantu walaupun terdapat cabaran membesarkan kanak-kanak dengan masalah perkembangan. Mempunyai insurans akan memberikan Mama ketenangan fikiran supaya Mama boleh memenuhi keperluan perkembangan anak anda tanpa perlu risau tentang wang.

Dapatkan bantuan yang Mama perlukan

Kredit gambar: Shutterstock

Kelewatan perkembangan tidak dapat dikesan semasa mereka lahir. Di kemudian hari, apabila Mama mula gembira dengan perkembangan bayi Mama, di mana mungkin tidak normal seperti tahap yang sepatutnya, apa yang Mama harus lakukan?

Mama Siti menasihati Mama untuk tidak berlengah masa dan melawat pakar pediatrik secepat mungkin. Mereka akan dapat menjalankan beberapa ujian untuk menentukan sama ada memang, terdapat kelewatan, atau sama ada anak Mama berada pada tahap normal, tetapi mungkin memerlukan sedikit masa. Tetapi, anak-anak seperti ini sebenarnya genius apabila mereka besar nanti!

Walau bagaimanapun, untuk ketenangan fikiran Mama, Allianz kini mempunyai perlindungan insurans PreciousCover dan BabyCover.

BabyCover menyediakan tambahan 20% daripada Rider Sum Assured apabila didiagnosis sebarang Gangguan Perkembangan Kanak-Kanak supaya Mama boleh memberi tumpuan kepada rawatan anak Mama.

Mama boleh mendapatkan akses eksklusif kepada sokongan Allianz Careline untuk mendapatkan nasihat perubatan segera—disokong oleh Sunway Medical Centre.

Pegawai perubatan atau jururawat Sunway Medical Centre akan memberikan nasihat perubatan tentang kesihatan ibu dan kanak-kanak. Sokongan telehealth dibuka dari Isnin hingga Jumaat, 10AM – 8PM (kecuali cuti umum). Hanya hubungi 1300 88 8822 atau WhatsApp ke 019 2212 398.

Mama dan Papa, anda mampu untuk membantu anak-anak mencapai tahap perkembangan mereka yang sepatutnya. Tak usah fikirkan segala ‘taboo’ tersebut dan mula ambil perhatian mengenai perkembangan mereka. Apabila si manja berjaya melakukan sesuatu, raikan; dan jika tidak, berikan sokongan. Dengan cara ini, mereka akan mencapai potensi tertinggi mereka!

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.