KelabMama

PERKEMBANGAN ANAK LELAKI & ANAK PEREMPUAN MEMANG BERBEZA. BETUL KE?

Kata orang, anak lelaki biasanya lambat bercakap, manakala anak perempuan lebih petah. Anak lelaki susah duduk diam, manakala anak perempuan lebih senang dengar kata. Benarkah tanggapan ini? Semua anak yang dilahirkan istimewa. Dari segi saintifiknya, mungkin ia ada benarnya. Ini kerana cara pembentukan otak bayi lelaki dan perempuan berkembang dengan cara yang berbeza. Sedikit sebanyak, mereka dilahirkan dengan memiliki karakter tertentu serta minat pada benda yang berbeza.

 

  1. ANAK LELAKI SUKAKAN GERAKAN MESIN BERBANDING GERAK TUBUH MANUSIA

 

  1. ANAK LELAKI SUSAH DUDUK DIAM

 

  1. ANAK PEREMPUAN LEBIH MUDAH MEMBACA RAUT WAJAH

 

  1. ANAK PEREMPUAN CEPAT BERCAKAP

 

  1. ANAK LELAKI LEBIH BERANI

 

CARA DIDIKAN ANAK MEMAINKAN PERANAN PENTING

Walau apapun perbezaan anak lelaki dan perempuan, semuanya bergantung pada cara kita mendidiknya. Latih anak dengan nilai-nilai baik seperti yang kita idamkan. Ambil inisiatif untuk melatih kemahiran anak. Rajinkan diri untuk membaca buku pada anak supaya lebih petah bercakap. Bantu anak menghadapi ketakutannya. Latih anak supaya lebih aktif. Pokok pangkalnya, sediakan persekitaran yang dapat membantu perkembangan minda anak supaya mereka lebih cepat belajar. Lelaki atau perempuan, semua mempunyai peluang yang sama untuk belajar melalui pengalaman dan seterusnya menggilap potensi masing-masing!

 

 

 

 

 

Sumber: Internet / babycenter