KelabMama

Mama Harus Tahu! Ibu Muda Ini Kongsikan Perkara ‘Pelik’ Yang Berlaku Kepada Newborn

perkara pelik yang berlaku kepada bayi baru lahir

Perkongsian daripada Puan Ezzah Nor, yang terkejut bila tengok newborn-nya berak keluar warna hitam macam tak normal. Dia yang terkejut melihat situasi ni terus beritahu kepada midwife, tapi rupanya situasi ni adalah normal je.

Bukan tu je ada jugak beberapa perkara lain yang berlaku kepada newborn ni. Bagi first parents mungkin ini akan menjadi satu kerisauan bila tengok baby alami situasi ini.

Tapi Mama Papa jangan risau, sebenarnya situasi ni normal je. Jadi, jom kita baca apa lagi perkongsian dari Puan Ezzah Nor tentang newborn supaya Mama Papa dapat tambahkan lagi pengetahuan tentang baby.

6 Perkara ‘Pelik’ Berlaku Kepada Newborn

1. Darah pada Pampers Baby

Baby girl ada darah di kawasan bawah sebab kesan sampingan daripada hormon di dalam rahim.

Jadi, selalunya baby girl akan keluar darah macam darah period ni sebab pengeluaran estrogen selepas dilahirkan.

Tapi bukan berlaku kepada baby girl je, baby boy pun ada jugak yang keluar macam darah haid ni. Salah satunya disebabkan oleh pergerakan usus yang kasar dan boleh mengakibatkan calar atau luka pada dubur baby.

Oh ye, baby yang baru sunat pun mungkin akan ada jugak sedikit pendarahan pada nappy. Bleeding ni pun boleh jadi bila baby kena nappy rash atau ruam lampin.

2. Cradle Cap

Ezzah Nor sharing baby girl nya ada cradle cap ini. Kalau ada cradle cap ini agak susah nak tanggalkan. Dalam perkongsiannya, disebabkan susah nak tanggalkan jadi dia botakkan je anaknya.

Cradle cap ni nampak macam tompok yang bersisik, berkerak atau berminyak pada kepala baby.

Tapi Mama jangan risau cradle cap ni tak sakit pun atau mengatalkan kulit kepala baby. Cuma nampak tak bersih je la.

3. Milia atau Tompok Putih

Tompokan putih halus atau milia ni biasa berlaku kepada newborn. Biasanya akan muncul dekat area hidung atau mata baby.

50 % newborn yang ada milia ni selalunya akan hilang sendiri je dalam tempoh empat minggu. Jadi, Mama tak perlu risau ye.

4. Tompok Mongolia

Tompok mongolia ni macam lebam ni sebenarnya tanda lahir yang dikenali sebagai congenital dermal melanocytosis ataupun kita panggil tompok mongolia lah.

Biasanya tompok ni kan muncul pada bahagian belakang badan, punggung atau bahu baby.

Katanya lagi, walaupun anaknya sudah berusia dua tapi masih ada lagi tompok mongolia ni, cuma tak pasti tompok mongolia atau tanda lahir.

5. Badan Newborn Berbulu

Kredit Gambar: Calming Waters Birth Servics

Bulu halus atau rambut lanugo ni wujud untuk kekalkan suhu badan si manja sebelum wujudnya lemak badan dan biasanya akan gugur pada minggu akhir pregnancy Mama.

Saki baki bulu ni akan ada sikit dekat badan baby dan akan gugur sendiri je dalam beberapa minggu.

6. Najis Pertama Newborn Berwarna Hitam!

Siapa je yang tak terkejut bila nak tukar lampin, tengok najis pertama bayi berwarna hitam, yang lain dari kebiasaannya macam Puan Ezzah Nor ni kan?

Jangan risau Mama. Hal ini adalah normal bagi newborn.

Jadi, Mama Papa dah tahu kan beberapa perkara ‘pelik’ yang akan berlaku dekat si manja yang baru lahir nanti. Tapi tak semua baby akan alami perkara pelik ni macam cradle cap dan rambut lanugo ni.

Semoga perkongsian ini berguna buat Mama dan Papa.


Dapatkan informasi terkini mengenai perkembangan si manja di SINI.