KelabMama

Jangan Takut Mama. Ini 6 Perkara ‘Aneh’ Tentang Newborn Yang 1st-time Parents Harus Tahu

Sebagai first time parents, ia mungkin sedikit janggal jika lampin bayi bermacam-macam warna. Dan bagi Mama, ia mungkin membimbangkan kerana ia tidak normal. Untuk pengetahuan Mama, masalah tahi, kemaluan mereka, masalah bayi baru lahir dan lain-lain perkara ‘aneh’ pada newborn memang macam-macam dan tidak dapat dielakkan.

Satu perkara yang mungkin tidak diajar oleh manual parenting adalah, Mama akan menghabiskan masa dengan prihatin dengan tahi bayi dan perkara lain pada si manja. Mama Siti terjumpa post yang boleh beri Mama sedikit gambaran tentang kesihatan bayi baru lahir Mama.

Tapi jangan risau tau Mama. Semua ni sebenarnya normal. Jom baca dengan lebih lanjut supaya lepas ini Mama tak risau lagi!

Tahi pertama baby berwarna hitam, ada kesan darah di pampers macam period, badan baby berbulu dan macam-macam lagi keadaan baby baru lahir yang janggal untuk 1st time parent. 6 perkara aneh yang terjadi kepada baby yang baru lahir tapi sebenarnya normal yang first time parents kena tahu:

6 Benda Penting & ‘Aneh’ Tentang Newborn Yang Mama Harus Tahu

#1 Darah pada pampers – Untuk bayi perempuan, mereka mungkin alami beberapa kesan sampingan daripada hormon di dalam rahim. Situasi mini-haid adalah biasa kerana pengeluaran estrogen selepas dilahirkan.

Kredit gambar: Twitter Farmacora

Bagi bayi lelaki, ini boleh disebabkan oleh pergerakan usus yang kasar yang mengakibatkan calar atau luka pada dubur. Bayi yang baru disunatkan juga mungkin akan mengalami sedikit pendarahan pada lampinnya. Pendarahan juga boleh terjadi jika bayi mengalami ruam lampin.

#2 Cradle Cap – Ini adalah keadaan kulit yang menyebabkan tompok bersisik dan berkerak atau berminyak pada kepala si manja. Turut dikenali sebagai Seborrheic Dermatitis, ia tidak menyakitkan atau menyebabkan kegatalan. Tetapi tompokan berkerak berwarna putih atau kuning tebal agak sukar untuk ditanggalkan.

Kredit gambar: Twitter Farmacora

Ini berlaku kerana pengeluaran sebum yang berlebihan dan biasanya hilang dengan sendiri dalam tempoh beberapa minggu atau bulan. Jika keadaan kulit semakin teruk, doktor mungkin akan mengesyorkan penggunaan syampu atau losyen berubat ataupun rawatan tertentu lain.

#3 Bintik putih – Tompokan putih halus atau dikenali dengan nama milia ialah keadaan bayi baru lahir yang sangat biasa untuk terjadi.  Biasanya akan muncul pada sekitar hidung dan mata. Dianggarkan 50% bayi mempunyai milia pada wajah dan akan hilang dengan sendirinya dalam tempoh 4 minggu pertama kehidupannya.

#4 Tompok Mongolia – Melihat tompok biru atau biru-kelabu pd kulit baby boleh menyebabkan kerisauan, terutamanya kalau tak hilang. Tetapi tompokan seakan lebam ni adalah tanda lahir yg dikenali sebagai congenital dermal melanocytosis atau lebih dikenali sebagai tompok Mongolia. Tompok ini biasanya muncul pada sekitar belakang badan, punggung atau bahu bayi.

Kredit gambar: Twitter Farmacora

#5 Badan berbulu – Kehadiran bulu halus atau lanugo ini adalah untuk mengekalkan suhu badan bayi dalam rahim sebelum kehadiran lemak tubuh. Lanugo biasanya gugur pada minggu-minggu terakhir kehamilan. Tetapi ibu bapa mungkin dapat melihat saki bakinya pada belakang badan, lengan dan mungkin telinga si manja. Jangan bimbang, lama-kelamaan ia akan gugur dengan sendirinya.

Kredit gambar: Twitter Farmacora

#6 Tahi pertama baby juga akan berwarna hitam – Ibu bapa jangan risau, ini hanyalah normal dan bukan tanda apa-apa penyakit.

Siapa sangka Mama dan Papa perlu risau tentang kisah lampin si kecil kan? Buat ibu bapa pertama kali ia mungkin berasa agak janggal dan terkejut dengan keenam-enam perkara ‘aneh’ tentang newborn ni kan, tapi jangan risau!

Mama Siti berikan info-info ini untuk Mama top up ilmu tentang si kecil Mama, terutamanya bagi mereka yang bakal menyambut kelahiran pertama si manja tak lama lagi.

Lepas ni, Mama harus watch out dengan perkara-perkara ini dan lain-lain keadaan kesihatan newborn supaya Mama tahu apa yang berbahaya dan tidak. Semoga bermanfaat untuk Mama dan Papa sekeluarga!


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mama mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mama di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!

Kredit: Farmacora