KelabMama

Periksa Kesegaran Telur Sebelum Guna

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kes keracunan puding buih yang melibatkan 99 orang mangsa yang mana seorang daripadanya telah meninggal dunia. Keracunan itu disebabkan oleh telur ‘expired’ dan tak dimasak sempurna. Sebab tu kena periksa kesegaran telur dulu sebelum guna.

Yelah selalu lepas beli kita terus letak telur di bahagian telur. Tapi sebenarnya penting untuk kita ambil tahu telur yang kita nak gunakan tu segar atau tak.

Mama semua tahu tak ada cara untuk periksa kesegaran telur? Nak check pada pek telur pula dah dibuang. Macam mana nak tahu sama ada ianya masih elok dan boleh dimakan atau pun sudah rosak. Ini tipsnya!

4 cara mudah periksa kesegaran telur

Senang je nak tahu telur tu masih elok atau tak. Mesti lepas ni Mama semua ‘terer’; boleh tahu yang mana okay, mana tak. Jom Mama Siti kongsi tips yang betul dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jika mama rendamkan telur dalam air, telur yang segar akan tenggelam di dasar bekas, manakala telur yang sudah rosak akan terapung di permukaan air.

Ini disebabkan makin lama usia telur itu, makin banyak udara yang masuk telur melalui liang-liang halus di permukaan kulit dan menyebabkan telur semakin mudah untuk terapung!

Telur yang baik mempunyai tekstur telur kuning yang tak akan mudah pecah. Dan bentuk telur kuningnya masih bulat dan tidak leper. Putih telur yang segar berwarna sedikit keruh dan melekit; jika telur putih mama kelihatan cair dan jernih, makanya tak boleh lagi dimakan.

Jika telur itu berbau busuk, maka sudah tentu telur itu tak boleh dimakan lagi. Kalau telur yang pecah tembelang tu, hmm nauzubillah lah baunya! Itu memang confirm rosak!

Ini langkah yang paling mudah untuk ketahui telur itu masih baik atau tak. Perhatikan tarikh luput di pek telur tersebut. Tips ini perlu dilakukan semasa kita nak beli telur. Jangan lupa untuk pilih telur yang bersih; iaitu tak ada najis di permukaan kulitnya dan kulitnya belum retak.

Senang kan? Mudah je nak periksa kesegaran telur ni. Bukannya nanti nak jadi ahli saintis atau pegawai kualiti pemakanan pun. Dengan 4 tips mudah ni pun kita dah boleh tahu dah telur tu segar atau tak.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan & Food Safety Malaysia

BACA LAGI TELUR ‘EXPIRED’ MEMBAWA PADAH!

Pesan Mama Siti

Jadi, lepas ni harapnya tak ada lagi masalah keracunan telur lah. Semua dah tahu kan macam mana nak check tahap kesegaran telur. Moga kita semua terlindung dari segala penyakit yang berbahaya, Aamiin.