KelabMama

Perhatian Kepada Penggemar Ubi Kentang! Ada Toksik Dalam Tunas

Perhatian kepada penggemar kentang! Ada toksik dalam tunas

Apa menu mama hari ni? Ubi kentang ke? Hmm, mesti sedap kalau buat sup kentang ke shepherd pie ke… Kecur air liur Mama Siti dengan menu ubi kentang ni. Tu belum kalau si manja minta buat french fries. Seguni kentang kita beli.

Bila dah banyak sangat, kita pun jadi lupa. Kentang pun ada yang dah bertunas dan bertukar warna hijau. Mama Siti nak tanya ni, mama tau tak yang kita tak dinasihatkan makan ubi kentang yang sebegini? Kalau tak tau, jom baca ni.

# Apa ada pada kentang bertunas dan berkulit hijau

Buat pengetahuan mama ubi kentang yang dah bertukar warna ala-ala hijau dan tumbuh tunas mengandungi toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin dan chaconine.

Kalau mama tengok kulit kentang tu warna hijau, itu menunjukkan kehadiran toksin dan kalau yang dah ada tunas, maksudnya kentang tu mengandungi kepekatan toksin yang sangat tinggi. Lain pula dengan isi ubi kentang, ia mengandungi toksin yang paling rendah.

Jadi, kalau mama makan ubi kentang yang warnanya dah bertukar hijau ke atau ada tunas sikit-sikit, mama mungkin berisiko terdedah kepada toksik semulajadi yang ada dalam kentang tu iaitu, glycoalkaloids iaitu solanin dan chaconine.

# Kesan makan kentang bertunas dan beracun

Ubi kentang yang tercemar dengan toksin ni rasa dia pahit dan pengambilan kentang ni boleh menyebabkan mama dengan anak-anak mama: cirit- birit, muntah, dan sakit pada bahagian abdomen. Tanda-tanda yang Mama Siti listkan ni biasanya dirasai dalam tempoh beberapa jam selepas makan.

# Memasak boleh hapuskan toksinkan?

TIDAK. Mama tak boleh hapuskan toksin ni dengan cara rebus, bakar atau goreng sekalipun. Tapi, kalau anak mama nak makan sangat, seeloknya mama kupas lah dulu kulit tu sebab kaedah ni dapat kurangkan kandungan toksin dalam kentang. Senangkan?

Mengupas kulit kentang dapat mengurangkan kadar toksin di dalamnya.

#Boleh ke simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama?

Alamak, Mama Siti tak galakkan ibu di luar sana buat macam ni.

Sebab apa?

Okay, meh Mama Siti terangkan bagi jelas. Dalam kentang ada kanji. Bila kita simpan kentang dalam peti sejuk, kandungan kanji tu akan bertukar kepada gula akibat proses penyejukan. Rasa kentang pun automatik jadi manis bila dimasak.

Lagi satu, kadar toksik dalam ubi kentang juga bertambah bila suhu terlalu rendah. Tapi sebenarnya bukan sebab tu saja, ia juga akan bertambah kalau kentang tu lebam atau terdedah kepada cahaya yang terlampau terang.

# Mama Siti ada tips ke nak beli ubi kentang?

Pilih kentang yang tidak bertunas dan berwarna kuning.

Ish, mestila ada! Bila beli ubi kentang tu, mama kena pilih yang:

Mama Siti sarankan beli tu ikut keperluan, bukan time ada sale je beli banyak-banyak. Nanti kalau simpan lama-lama, tumbuh tunas. Kan dah rugi duit mama.

# Tips simpan kentang tak ada ke?

Bila dah beli mestila nak kena simpan kan? Suhu memainkan peranan yang penting sebenarnya jadi mama kena simpan kentang di tempat begini:

Sumber: SirapLimau, Bahagian Kesihatan dan Kualiti Makanan (BKKM Kedah)

BACA JUGA MUNTAH & CIRIT-BIRIT BUKAN SEKADAR PENYAKIT BIASA KANAK-KANAK

Pesan Mama Siti:

Ada sesetengah yang suka makan kentang tanpa dikupas. Katanya senang. Kalau ada tunas, buang tunas saja. Ha, Mama Siti dah share risiko makan kentang yang bertunas dan berwarna hijau kan? Jadi, mama kena kupas kulit dulu tau!