KelabMama

PERBEZAAN PENTING ANTARA TASKA & TADIKA DI MALAYSIA

Pendidikan awal kanak-kanak kini semakin popular, dengan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke taska walaupun hanya berusia beberapa bulan. Tetapi setiap tahun ibu bapa baru selalu keliru mendengar istilah seperti “tadika“, “taska”, “nursery“, “pusat jagaan kanak-kanak” dan sebagainya.

Umum mengetahui bahawa di Malaysia terdapat dua jenis pendidikan awal kanak-kanak; iaitu Tadika & Taska. Namun, Mama tahu tak apakah perbezaan antara keduanya? Yang mana satu sesuai untuk anak-anak anda? 

Dibawah ini disediakan panduan untuk Mama yang masih keliru samada untuk menghantar anak ke Tadika atau Taska: 

1. Taska (Nursery) atau Pusat Penjagaan Kanak-kanak

“Taska” merupakan kata singkat untuk ‘taman asuhan kanak-kanak. Taska menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa.

CIRI-CIRI TASKA

JENIS-JENIS TASKA

  1. Taska di rumah: Kurang dari 10 kanak-kanak.
  2. Taska di pusat: 10 atau lebih kanak-kanak. Semua penjaga kanak-kanak wajib menjalankan kursus 10 hari (Kursus Asuhan Kanak-Kanak Asas, KAAK) yang ditentukan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Setiap pusat penjagaan kanak-kanak di Malaysia mesti didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MWFCD). MWFCD bertanggungjawab ke atas kelulusan dan penubuhan pusat jagaan kanak-kanak di Malaysia. JKM pula berfungsi sebagai pengawal dan penyelaras utama program penjagaan kanak-kanak dan pendidikan awal (ECCE ).

Walaubagaimanapun, tiada garis panduan kurikulum khusus untuk mereka yang menyediakan perkhimatan ini.

Oleh itu, ia adalah sangat penting ibu bapa selidik dahulu dan jangan terburu-buru apabila memilih pusat penjagaan untuk anak-anak. 

2. Tadika (Kindergarten/Preschool)

“Tadika” pula merupakan kata singkat untuk ‘taman didikan kanak-kanak’. Ia juga dikenali sebagai kindergarten atau preschool dalam Bahasa Inggeris. Tadika sesuai untuk kanak-kanak yang beumur antara 4 hingga 6 tahun. 

CIRI-CIRI TADIKA

Tadika, kindergarten dan preschool adalah di bawah jagaan 3 kementerian, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; dan Jabatan Perpaduan Negara.

Pada tahun 2003, KPM telahpun menetapkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang perlu diikut oleh semua sekolah prasekolah. Kurikulum ini bertujuan untuk membangunkan kemahiran sosial, intelek, fizikal, rohani dan nilai estetik kanak-kanak. Program tambahan yang ditawarkan oleh prasekolah mesti diluluskan oleh KPM terlebih dahulu.

Pendidikan awal adalah penting kerana anak-anak kita merupakan generasi seterusnya yang bakal meneraju masa depan negara dan masyarakat. Jadi, Mama dan Papa jangan ambil lewa mengenai hal ini, dan cuba untuk mencari tadika mahupun taska yang terbaik untuk anak-anak. Nanti anak-anak nak ke sekolah pun pasti lagi happy dan excited!