KelabMama

Bukan Baju Sekolah Je. Ini Perbelanjaan “Hidden” Bila Anak-anak Kembali ke Sekolah

mak ayah risau hidden cost sekolah anak

Perbelanjaan hidden ini sebenarnya perbelanjaan dalam jumlah yang sedikit tetapi lama-kelamaan jumlah itu akan menjadi satu jumlah yang besar kalau dihitung. Senang cakap, jumlah pengeluaran yang sering dilakukan adalah sedikit, tetapi, kerap kali di berbelanjakan.

Kalau dihitung jumlahnya akan menjadi besar juga. Hidden cost ini susah semestinya tidak nampak kerana bukan dibelanjakan setiap hari. Tambahan pula dengan musim persekolahan yang akan dibuka tak lama lagi ni – mesti Mama Papa banyak keluarkan belanja untuk anak-anak bukan?

Mama Papa perlu memantau hidden cost ini kerana lama-kelamaan ia boleh menjejaskan kewangan Mama Papa. Berikut merupakan beberapa hidden cost bila anak-anak kembali ke sekolah, sedar atau tidak:

Hidden Cost Bila Anak-anak Kembali ke Sekolah

1. Uniform Sekolah dan Aksesori

Sekolah kerajaan atau swasta mempunyai uniform yang telah ditetapkan. Undang-undang pemakaian ini perlu dipatuhi oleh setiap pelajar. Oleh itu, Mama Papa perlu membeli uniform sekolah selengkapnya.

Kos untuk uniform sahaja pun sudah beratus bukan Mama Papa? Uniform tahun lepas bukan tidak boleh dipakai, tetapi anak-anak sudah membesar, jadi baju yang sedia ada itu mungkin sudah tidak muat atau ada anak-anak yang akan memulakan tugas menjadi pengawas pada tahun persekolahan yang baru.

Selain membeli uniform sekolah, Mama Papa juga perlu membeli lencana sekolah dan nametag kerana wajib dipakai oleh pelajar.

Sekolah Kerajaan

Untuk sekolah kerajaan memerlukan dua uniform iaitu uniform sekolah biasa dan uniform sekolah agama bagi anak-anak yang belajar di peringkat sekolah rendah.

Di peringkat menengah pula, lebih kurang sama sahaja dengan sekolah rendah. Bagi pelajar perempuan, berbaju kurung dan bertelekung. Bagi yang bukan beragama Islam pula boleh memilih sekiranya ingin memakai baju kurung juga.

Untuk pelajar lelaki, mereka boleh berkemeja lengan pendek atau panjang mengikut peraturan sekolah masing-masing. Memakai tie dan bersongkok jika mahu. Kedua-dua peringkat sekolah ini memakai kasut berwarna hitam.

Uniform pengawas pula berlainan terutamanya bahagian aksesori. Mereka memerlukan blazer serta nametag yang juga berbeza dengan pelajar biasa.

Sekolah Swasta

Berlainan pula dengan sekolah swasta yang mempunyai uniform tersendiri. Sudah pasti harga uniform tersebut lebih mahal berbanding uniform sekolah kerajaan.

Antara aksesori yang berbeza ialah mewajibkan pelajar membeli blazer, vest dan tie. Etika pemakaian ini bukan sahaja kepada pelajar lelaki malah kepada pelajar perempuan juga.

2. Keperluan Buku (Rujukan, Latihan, Tulis)

Kredit gambar: KK Dawood Book Store

Merupakan satu kelengkapan yang wajib yang diperlukan oleh setiap pelajar. Buku yang digunakan akan bertukar setiap tahun.

Bukan sahaja buku rujukan malah buku kerja juga sama. Ini kerana buku tersebut harus dibeli setiap tahun . Dan ini merupakan hidden cost yang telah dibelanjakan, sama ada secara sedar atau tidak.

Harga untuk sesuatu buku juga mahal serta bergantung pada berapa buah buku yang diperlukan oleh anak-anak. Sekiranya anak-anak mengambil subjek yang banyak, maka Mama Papa perlu berbelanja lebih banyak untuknya.

Malah, di sekolah swasta lagi banyak subjek yang diperkenalkan termasuklah mempelajari bahasa asing. Justeru, buku rujukan dan buku kerja ini merupakan salah satu keperluan yang perlu dipenuhi oleh Mama Papa.

Bagi sekolah kerajaan pula, pihak sekolah mewajibkan Mama Papa untuk membeli buku tulis di koperasi sekolah. Ini untuk menyeragamkan penggunaan buku tulis yang mempunyai lambang lencana sekolah.

3. Kos Pengangkutan

Kredit gambar: Harian Metro

Mama Papa yang menggunakan servis van atau bas sekolah sebagai pengangkutan anak-anak ke sekolah semestinya harus mengira hal ini dalam bajet Mama dan Papa.

Dan sekiranya anak-anak mempunyai kelas tambahan maka, makin bertambahlah perbelanjaan dari segi pengangkutannya.

Inilah hidden cost yang ditanggung oleh Mama Papa. Walaupun dibayar setiap hujung bulan sahaja, tetapi apabila dikira untuk setahun, perbelanjaan tersebut mungkin boleh mencecah RM1,000 dan keatas.

Mama Papa yang bekerja terpaksa menggunakan servis ini kerana kekangan masa untuk menjemput anak pulang dari sekolah. Malah ada juga Mama yang suri rumah tangga menggunakan servis ini kerana tidak boleh memandu kenderaan.

4. Perbelanjaan Projek Subjek

Setiap mata pelajaran sudah pasti mempunyai kerja luar atau projek yang akan dihasilkan dalam kelas. Terutama untuk subjek seni visual yang memerlukan bahan yang baru setiap minggu. Untuk subjek lain juga ada tetapi tidak terlalu kerap untuk membeli bahan seperti seni visual.

Walaupun bajet untuk membeli bahan tersebut hanyalah kecil tetapi kalau setiap minggu perlu membelinya sudah pasti kalau dihitung jumlahnya akan banyak juga.

Itu kalau anak-anak di sekolah rendah sahaja kalau sekolah menengah lagi banyak projek yang perlu mereka hasilkan.

5. Lawatan Lapangan dan Acara

Setiap sekolah sudah pasti mempunyai perancangan aktiviti luar sepanjang tahun yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah. Itu belum termasuk lagi termasuk acara-acara tahunan yang akan disambut.

Acara sekolah pula adalah wajib untuk disertai oleh pelajar. Untuk aktiviti lawatan selalunya bergantung kepada anak-anak untuk sertai atau tidak. Tetapi, kebanyakan anak-anak akan tertarik untuk menyertainya.

Kerana aktiviti ini akan dijalankan di luar kawasan sekolah. Sama ada akan dilakukan di dalam negeri sahaja atau ke luar negeri. Jadi, anak-anak akan excited untuk menyertainya bersama rakan-rakan mereka.

Walalaupun ada ketika, pihak sekolah mendapat sponsor, tetapi Mama Papa harus mengeluarkan perbelanjaan untuk anak-anak juga.

Sekiranya anak-anak menyertai tiga program walaupun yang berlainan waktu, sudah pasti Mama Papa akan mengeluarkan perbelanjaan untuk keperluan anak-anak. Inilah sebenarnya hidden cost tanpa Mama Papa perasan.

Itu belum termasuk lagi termasuk acara-acara yang dianjurkan oleh pihak sekolah yang mewajibkan pelajar untuk menyertainya. Apabila disebut acara tahunan sudah semestinya acara sukan.

Kalau kasut tak sukan tak muat, takkan Mama Papa hendak paksa pakai juga kan? Sudah semestinya akan beli yang baharu.

6. Perbelanjaan Sampingan

Perbelanjaan sampingan ini bukan perkara yang wajib dibeli tetapi kekadang diminta oleh anak-anak. Sudah pasti Mama Papa hendak memenuhi permintaan tersebut.

Barangan seperti beg sekolah, alat tulis, kalkulator dan botol air. Harganya murah tetapi kalau rosak atau dicuri, sudah pasti Mama Papa harus membelinya lagi. Walaupun nampak seperti sesuatu yang remeh sahaja tetapi kalau dibeli beberapa kali sudah tentu akan melebihi cost asal yang ditetapkan untuk perbelanjaan sekolah.

Belum termasuk lagi dengan kejadian kasut hilang ke baju sekolah rosak ke, atau alat tulis kena curi. Sekiranya kejadian ini berlaku, maka Mama Papa perlu membelinya lagi.

Bagi sekolah swasta pula, perbelanjaan dari segi alatan elektronik seperti komputer riba atau tablet juga diperlukan kerana sekolah jenis ini menggunakan pendekatan pembelajaran secara moden.

Selain itu, termasuk juga dengan yuran bulanan seperti makanan serta kemudahan dan kelab-kelas khas yang akan digunakan dan disertai oleh anak-anak ketika berada di sekolah swasta tersebut.

Mama Papa perlu bijak dalam handle kewangan supaya sentiasa alert dengan hidden cost ini dan tidak menganggapnya remeh. Ini juga memudahkan Mama Papa untuk mengira perbelanjaan tahunan anak-anak.


Dapatkan lebih banyak info tentang keibubapaan di SINI.